"Warnai saya dengan kuasa kamu! Ruebe!"
- ―Slogan transformasi bersama Katsumi Minato
Isami Minato ialah salah satu watak utama dalam siri Ultraman R/B dan merupakan anak kedua dalam keluarga Minato. Dia adalah hos manusia bagi Ultraman Blu.
Perwatakan[]
Isami sangat menghormati abangnya, Katsumi, dan memberikannya semangat dalam sukan untuk menanggung keluarga mereka. Walaupun kedua-dua mereka kadangkala bergaduh, mereka tetap bekerjasama antara satu sama lain ketika bertempur dengan musuh. Isami adalah seorang pemuda yang berjiwa bebas. Kerana sikapnya yang cemerkap, dia tidak mampu mengucapkan rasa terima kasihnya kepada orang lain. Percakapannya dalam arkeologi angkasa berpunca daripada keperluan untuk menghormati ibunya yang telah menghilangkan diri. Kebaktiannya terhadap penyelidikan saintifik membuatkan dirinya lebih gemar melakukan perkara sendiri daripada membantu ahli keluarganya di kedai.
Sejarah[]
Ultraman R/B[]
Isami menemui Grigio Bone pada hari lahir ibunya yang telah hilang dan menerima kedua-dua Kristal R/B dan R/B Gyro ketika melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya. Lalu Isami berkebolehan berubah menjadi Ultraman Blu, bertempur bersama abngnya Katsumi untuk mempertahankan bandaraya Ayaka daripada sebarang ancaman raksasa. Tidak lama selepas serangan Black King, dia mendapat tahu bahawa kedua-dua ibunya dan Makoto Aizen pernah bekerjasama dalam kajian Kristal R/B dan sejarah bandaraya Ayaka semasa lawatan ke Aizen Tech.
Walaupun keazaman Isami untuk membantu rakannya berakhir dengan memperoleh Kristal Tiga. Keraguannya untuk menyasarkan Mecha Gomora sementara Kaoru dijadikan sebagai tebusan di dalamnya membuatkan Isami berada dalam keadaan emosi sebelum dia kembali tenang.
Tanpa disedari oleh mereka, pertempuran mereka disaksikan dan dianalisis oleh Makoto, yang memberikan mereka beberapa percubaan seperti memerangkap kawan lama di dalam Mecha Gomora. Apabila Makoto mendedahkan kepada mereka sifat sebenar dan asalnya, kedua-dua beradik bertempur dengannya secara langsung apabila dia berubah menjadi Ultraman Orb Dark. Meskipun akhirnya mereka dikalahkan dengan mudah.
Selepas pertempuran itu, Katsumi dan Isami melakukan latihan di pergunungan supaya mereka dapat mengalahkan Orb Dark. Sewaktu sesi latihan kedua mereka, kedua-dua beradik itu dibantu secara tidak langsung oleh Asahi dalam penemuan Kristal Victory di dalam sebuah gua yang memberikan mereka kuasa tanah. Dengan kuasa baru itu serta latihan mereka, mereka mencabar Orb Dark untuk bertarung sekali lagi dan akhirnya berjaya mengalahkannya. Mereka kemudian mengambil Orb Ring NEO daripada Makoto.
Transformasi[]
Isami mengambil satu Kristal R/B dari Pemegang Kristal R/B dan menaikkan satu tanduk kristal. Dia memasukkan kristal tersebut pada permukaan R/B Gyro lalu ia dibuka. Gyro itu diletakkan di hadapan dadanya dan menarik pemegang di sisinya sebanyak dua kali. Isami menggerakkan Gyro ke hadapan dan menarik pemegang buat kali ketiga dan meletakkan Gyro di hadapan dadanya semula, sebelum berubah berdasarkan kuasa elemental kristal tersebut. Apabila hendak bertukar kristal dengan Katsumi, berbanding mengambil kristal baru dari pemegangnya, kristal baru itu akan muncul dari atasnya. Urutan yang sama berterusan selepas itu.
"Ditenggelami Kemuncak! Keemasan Alam Semesta!"
- ―Slogan transformasi Ruebe
Urutan transformasi bermula apabila kedua-dua Katsumi dan Isami masing-masing mengambil Kristal Ultraman dan Belial, menaikkan tanduk kristal itu dan kemudian memasukkan kristal tersebut ke dalam R/B Gyro membuatkan permukaannya terbuka. Gyro itu kemudian dihadapkan ke hadapan dan pemegangnya ditarik sebanyak tiga kali, lalu membuatkan kedua-dua kristal itu bergabung dengan Kristal Taro, Ginga, Tiga dan Victory dan membentuk Kristal Kiwami.
Katsumi menaikkan semua tanduk hadapan Kristal Kiwami sementara Isami berdiri di sisinya, mendedahkan Kanjinya dan memasukkannya ke dalam Gyro miliknya. Dia kemudian meletakkan Gyro di hadapan dadanya dan menarik pemegangnya sebanyak tiga kali sebelum kedua-dua mereka bertukar menjadi Ruebe dan bangkit dengan tangan kirinya menghadap ke hadapan.
Kuasa dan Kebolehan[]
- R/B Gyro: Isami menggunakan alat ini untuk berubah menjadi Ultraman Blu.
- Pemegang Kristal R/B Blu: Pemegang kristal yang membolehkan Isami untuk menyimpan Kristal R/B miliknya.
- Kristal R/B: Isami menggunakan Kristal R/B bersama dengan R/B Gyro untuk berubah menjadi pelbagai bentuk elemen Ultraman Blu. Nampaknya dia berkongsi kristal tersebut dengan Katsumi.
- R/B Slugger Blu: Isami boleh menggunakan senjata ini yang berasal dari dalam kepalanya semasa pertempuran melawan musuh sebagai Blu.
- Vibe Spa Penderia pengesan Kaiju buatan Isami. Ia akan berputar apabila mengesan kemunculan Kaiju. :
- Orb Ring NEO: Isami menggunakan Orb Ring NEO untuk mengaktifkan pelbagai serangan milik Orb sebagai Ultraman Blu.
- R/B Kourin: Isami menggunakan Ruebe Kourin semasa berlawan sebagai Blu.
Pemilikan Kristal R/B[]
Meskipun kedua-dua Katsumi dan Isami berubah menjadi Ultraman yang berlainan, mereka berkongsi koleksi R/B Kristal yang sama dan hanya satu kuasa kristal yang boleh digunakan pada satu masa. Apabila tidak berubah menjadi Ultraman, Katsumi berkemungkinan memegang Kristal R/B tambahan.
- Kristal Type Change
- Ultraman Ginga: Diperoleh bersama Gyro dan Pemegang Kristal R/B. Ia adalah kristal utama Isami untuk dia berubah menjadi Blu Aqua.
- Ultraman Taro: Diperoleh bersama Gyro dan Pemegang Kristal R/B. Ia adalah kristal utama Katsumi.
- Ultraman Tiga: Diperoleh setelah mengeluarkannya dari dalam tanah dengan menggabungkan serangan Rosso dan Blu.
- Ultraman Victory: Diperoleh selepas menemuinya di dalam gua gunung semasa latihan bersama abangnya.
- Kristal tambahan
- Ultraman Zero: Diperoleh daripada Matsuo Kumashiro.
- Ultraseven: Diperoleh daripada Kumashiro Matsuo.
- Ultraman X: Diperoleh daripada Kumashiro Matsuo.
- Ultraman Orb (Orb Origin): Dalam bentuk Orb Ring NEO.
- Ultraman Belial: Diperoleh daripada Asahi Minato.
- Ultraman: Diperoleh daripada Asahi Minato. Digunakan untuk menyeru Kristal Kiwami dengan kristal Ultraman untuk bertukar menjadi Ruebe.
- Kristal Wira Generasi Baru: Diperoleh bersama Kristal Kiwami.
Trivia[]
- Baju yang dipakai oleh Isami memiliki nombor 3 sebagai rujukan kepada Bumi sebagai planet ketiga dalam sistem suria. Sebagai alternatif, ia juga merujuk kepada pelakonnya sebagai peminat Ultraman Tiga.
Hos dan Bentuk Manusia | |
---|---|
Hos Showa | Shin Hayata | Dan Moroboshi | Hideki Go | Seiji Hokuto | Yuko Minami | Kotaro Higashi | Profesor Ohtani | Shuuhei Aragaki | Tetsuya Kitajima | Tadao Nanbara | Takashi Ueno | Gen Otori | Choichiro Hikari | Kyoko Kodaka | Takeshi Yamato | Ryoko Hoshi | Scott Masterson | Chuck Gavin | Beth O'Brian |
Hos Heisei | Jack Shindo | Dan Moroboshi (Heisei Ultraseven) | Kenichi Kai | Masaki Kazamori | Genki Kagura | Gadis Misteri | Shin Kenmochi | Ejen Sean | Masato Usami | Katsuto Asahi | Daigo Madoka | Tsubasa Madoka | Amui | Shin Asuka | Gamu Takayama | Hiroya Fujimiya | Ginga Yumeboshi | Musashi Haruno | Julie | Shunichi Maki | Jun Himeya | Ren Senjyu | Nagi Saijyo | Kazuki Komon | Kaito Touma | Ikuo Hasunuma | Mirai Hibino | Kazuya Serizawa | Ryu Aihara | Shingo Sakomizu | Jin | Run | Nozomu Taiga | Hikaru Raido | Sho | Daichi Oozora | Sayuri Tachibana | Yuuto Tamaki | Gai Kurenai | Riku Asakura | Leito Igaguri | Katsumi Minato | Isami Minato | Rosso | Blu | Asahi Minato |
Hos Reiwa | Hiroyuki Kudo | Haruki Natsukawa | Kengo Manaka | Ribut | Ignis | Shinji Kaminaga | Kanata Asumi | Decker Asumi | Dinas | Gento Hiruma | Yuma Hize |
Hos Ultra Jahat | Keigo Masaki | Riko Saida | Shinya Mizorogi | Hiroyuki Misawa | Mitsuhiko Ishibori | Soso | Utsuutsu | Arie Ishikari | Makoto Aizen | Kirisaki | Zabil |
Media Ultraman Lain | Takeshi Yoshioka (Hyperspace) | Ikuru | Shin Moroboshi | Kazuma Asuka | Akiko Fuji (Ultraman F) | Shin Hayata (Marvel) | Dan Moroboshi (Marvel) | Lili Archive | Ken Sato | Hayao Sato |
Hos Lain | Takeshi Hongo | Kyotaro Kagami | Officer Sakomizu | Goro Kirishima | Yuji Hayase | Tetsuo Hayase | Lily Hayase | Daisuke Misaki | Naoki Tachibana | Kochan | Ai Tachibana | Zen Tachibana | Go Toki | Naoto Sho | Takeshi Todo | Ippei Baba | Yuka Inoue | Mai Midorikawa | Sam Collins | Akira Kageyama | Rei | Nao | Tomoya Ichijouji | Daisuke Misaki (Glenfire) | Amate | Yuta Hibiki | Hikari Kaizaki | Chloe |