Ultraman Wiki
Advertisement

Imbasan Masa Lalu (過去の瞬き, Kako no Mabataki) ialah episod keempat belas daripada siri Ultraman Arc.

Sinopsis[]

Sekali lagi sesuatu yang pelik dikesan semasa memantau Monohorn!

Ketika Yuma dan Shu keluar untuk menyiasat, mereka mendengar kata-kata misteri dan kemudian diikuti dengan serangan tiba-tiba!?

Perayap dalam bayang-bayang adalah pengejar misteri dari angkasa...

Kemudian, Arc muncul di depan Yuma dan memberitahunya kebenaran semasa 16 tahun yang lalu.

Bahaya yang dihadapi oleh Bumi menjadi semakin jelas ...!

Diari Shu Ishido[]

Buka untuk membaca entri diari Shu Ishido.

Saya menulis entri diari ini di lobi hospital. Saya bawa Yuma yang tak sedarkan diri ke hospital dan sedang tunggu keputusan rawatannya. Dia tidak alami sebarang kecederaan fizikal semasa saya jumpa dia, jadi saya harap ia tidak serius.

Banyak juga perkara yang perlu dibimbangkan. Kaiju itu melarikan diri, Ultraman Arc hilang dan Oniks akhirnya mendedahkan dirinya. GDF sedang adakan mesyuarat tergempar dan saya sedang tunggu arahan mereka seterusnya. Keadaan jadi lebih terdesak dan tak stabil setiap detik. Inilah sebabnya kenapa saya mesti tulis semua yang berlaku hari ini dengan fikiran yang jernih.

Saya berjumpa dengan Encik Nibuya sehinggalah SKIP hubungi dan beritahu saya tentang keadaan Monohorn yang agak lain, jadi saya berjumpa dengan Yuma dan pergi ke Gunung Shishio.

Dalam perjalanan, kami jumpa sebuah polihedron terapung (seketika dahulu, GDF menamakannya "Tesseractone") da kami diserang olehnya. Serangan balas Elemagun tidak berjaya. Semasa kami disekap, halangan separa telus muncul di sekeliling kami, dan ia melindungi kami.

Penghalang itu nampak sama seperti Penghalang Giga Arc yang kami dah lihat berkali-kali. Saya tak boleh sahkan apa-apa tanpa siasatnya terlebih dahulu, tapi saya percaya yang Arc dah tolong kami. Walaupun saya tak boleh melihatnya, saya dapat rasakan kehadirannya.

Namun mengenangkan kejadian seterusnya masih buatkan hati saya berdebar-debar ketakutan.

Saya tak sedarkan diri semasa berada di dalam penghadang, dan sebaik sahaja saya bangun semula, saya berbaring di atas sofa. Kemudian, saya baru tahu yang tempat itu ialah sebuah pawagam lama di Bandar Hoshimoto. "Shu Ishido..." saya dengar seseorang panggil nama saya dan dengan cepat saya bangun, dan saya jumpa seorang perempuan berpakaian hitam, yang terus melepaskan gelombang tenaga yang kuat ke atas saya. Pada masa tu, seluruh badan saya menggigil dan saya tak dapat bergerak. Walaupun susah untuk dipercayai, ingatan saya dah... Macam mana saya nak gambarkan...? Ah, disiasat.

Rasanya macam beribu-ribu sesungut merayap di fikiran saya, rasa yang menjijikkan...! Dia kumpulkan semua maklumat yang saya ada tentang Oniks dan melarikan diri ke sebuah tempat. Disebabkan oleh gelombang tenaga, saya tak dapat gerakkan jari, dan dibiarkan dengan tidak sopan tersangkut di sofa. Saya ingat saya dah ada di situ selama berabad-abad, tapi tak sangka hanya beberapa minit baru berlalu. Sekatan saya tiba-tiba dilepaskan, dan saya merasakan tanda-tanda pertempuran, lalu saya bergegas keluar.

Ketika itulah, saya nampak siluet pelik seekor Kaiju, (yang GDF namakan "Zadime, Makhluk Ganas Galaksi", kerana ciri-ciri mengaum) dan Arc melawannya sambil memakai Luna Armor. Arc melakukan kerja yang hebat dengan Luna Saucer, tetapi Zadime kemudian mula menggunakan Tesseractone terhadapnya. Arc Eye Sword mula berkembang menjadi "Sasumata". Senjata kutub lama yang digunakan oleh samurai, dan melepaskan serangan yang lebih kuat, tetapi ia akhirnya diserap dan tenaga itu dipantulkan semula kepada Arc dalam bentuk pancaran.

Dan bukan itu sahaja, Zadime juga dapat gunakan Tesseractone sebagai perisai terhadap Arc Finalize, dan menyerap kuasanya juga! Saya tak pasti sama ada ia disebabkan oleh had kepada jumlah yang boleh diserap. Tapi Tesseractone hancur serta-merta selepas itu dan Zadime melarikan diri. Menggunakan ekornya, ia membuka koyakan di langit dan melompat ke dalamnya. Zadime betul-betul menunjukkan kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Arc menggunakan semua kekuatannya dan menghilang. Bagi saya, dia seperti menggigil marah. Saya memang gunakan Elemagun saya untuk membantu Arc semasa berlawan, tetapi pada waktu ini, saya tak rasa apa-apa selain kekecewaan atas ketidakupayaan saya sendiri.

Sebaik sahaja saya berlari ke tempat Arc hilang, saya secara mengejutkan menjumpai Yuma yang tidak sedarkan diri. Selepas menyelamatkan kami, Arc membawa saya ke teater dan Yuma ke medan perang, tapi saya tak tahu kenapa dia buat begitu. Yuma mungkin ingat sesuatu tapi tak ada cara untuk tanya dia sekarang.

...Selepas memeriksa dengan kakitangan hospital, nampaknya keputusan akan mengambil sedikit masa.

Saya sangat bimbang pasal Yuma, tapi saya rasa lebih baik saya kembali ke SKIP dan bantu sediakan semuanya untuk kecemasan. Saya pun perlu laporkan kepada Ketua dan semua orang tentang apa yang berlaku hari ini dan kebenaran yang saya sembunyikan sehingga kini.

Ya, saya mesti beritahu mereka.

Walaupun ia adalah penghujung.[2]

Ask TsuPi[]

Minggu ini, "Ask TsuPi" ialah tentang Tesseractone Zadime!

Navi Ultraman Arc Yuma[]

Navi Ultraman Arc Yuma #15

Hari ini, Yuma membincangkan tentang identiti sebenar Ultraman Arc, "Rution" dan bagaimana dia melindungi Bumi pada mulanya dan memperkenalkan Kaiju yang muncul dalam episod ini dan seterusnya, "Zadime".

Pelakon[]

Pelakon Jemputan[]

  • Sweed (スイード, Suīdo): Eriko Sato (佐藤 江梨子, Satō Eriko)
  • Nibuya (丹生谷): Kohei Shiotsuka (しおつか こうへい, Shiotsuka Kōhei)
  • Yuma Hize (kanak-kanak) (飛世 ユウマ(少年時代), Hize Yūma (shounen jidai)): Rihito Tachibana (立花 利仁, Tachibana Rihito)
  • Takako Hize (飛世タカコ, Hize Takako): Keiko Maki (牧 佳子, Maki Keiko) (Imbas kembali)
  • Tetsuya Hize (飛世テツヤ, Hize Tetsuya): Masato Hagiwara (萩原 聖人, Hagiwara Masato) (Imbas kembali)

Pelakon Suara[]

Alih suara Inggeris[]

  • Yuma Hize (飛世 ユウマ, Hize Yūma): Paul Castro Jr.
  • Shu Ishido (石堂 シュウ, Ishidō Shū): Micah Solusod
  • Rin Natsume (夏目 リン, Natsume Rin): Dani Chambers
  • Hiroshi Ban (伴 ヒロシ, Ban Hiroshi): Tony Oliver
  • YouPi (ユピー, YuPī): Brandon Mclnnis
  • Ultraman Arc (ウルトラマンアーク, Urutoraman Āku): Christopher Wehkamp
  • Sweed (スイード, Suīdo): Sam Slade
  • Nibuya (丹生谷): Daniel Penz

Pelakon Sut[]

  • Ultraman Arc (ウルトラマンアーク, Urutoraman Āku): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • YouPi (ユピー, YuPī): Daiki Yazaki (矢崎 大貴, Yazaki Daiki)
  • Zadime (ザディーメ, Zadīme): Shun Takahashi (高橋 舜, Takahashi Shun)
  • Monogelos (モノゲロス, Monogerosu): Yoshiki Kuwabara (桑原 義樹, Kuwabara Yoshiki)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Babak pawagam dalam episod ini telah difilemkan di Kawagoe Scalaza, yang terletak di Bandar Kawagoe, Prefektur Saitama. [5][6]
  • Dalam babak teater filem episod ini, poster untuk Explosion Battle Record Don Shine muncul, yang merupakan rancangan fiksyen dari Ultraman Geed.
    • Dalam reka bentuk set lain, poster untuk pelbagai siri Tsuburaya Productions dipaparkan, termasuk Dinosaur Squadron Koseidon, Dinosaur Great War Izenborg, Star Wolf, Bio Planet WoO, dan Neo Ultra Q.

Rujukan[]

Episod Ultraman Arc
Arc Menuju Masa Depan | Legenda dalam Hutan | Realisasikan Imaginasimu! | Atas Ekor Kaiju | Lautan di Puncak Gunung | Selamat Datang ke Vila Akebono | di SKIP Cawangan Bandar Fujiyama | Jawapan Bulan Purnama | Internet Kanegon | Selamat Jalan, Rin | Kepada Kawanku yang Jauh | Mesej | Engkaulah Givas | Laporan Shu | Imbasan Masa Lalu | Masa Depan yang Tiada Arahnya | di SKIP Cawangan Bandar Miyako | Cahaya Menggerunkan | Pedang Meteor Pencencang Iblis | Mengharapkan Kerjasama Arc | Impian Melangkau Jauh | Sesuatu yang Diturunkan | Burung Impian | Lelaki Bertopeng Putih | Tiga Kali Musibah | Untuk Semua di SKIP Cawangan Hoshimoto | Mimpi yang Diturunkan | Lari, Yuma!
Advertisement