Ultraman Wiki
Advertisement

Ikan Duyung Bandar (都会の半魚人, Tokai no Hangyojin) ialah episod kelapan dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Kesemua ikan di kawasan itu habis terjual dan SSP membuat spekulasi bahawa terdapat makhluk yang memakan semua ikan tersebut. Sementara itu, seorang lelaki menyembunyikan dua Ragon di kedainya dan melindungi mereka daripada pengetahuan orang ramai.

Plot[]

Episod ini bermula di sebuah pasar ikan tempatan di mana seorang penjual ikan bernama Encik Tomatsu menutup kedainya selepas berbual dengan seorang wanita dengan menyatakan bahawa waktu malam adalah masa terbaik untuk menjual ikan. Selepas itu, dia membawa beberapa ekor ikan, sotong dan kerang ke dalam sebuah gudang gelap lalu memanggil seseorang. Dari belakang, muncul makhluk akuatik yang menyerupai manusia yang kemudiannya dipanggil Ragon, dia cuba menakut-nakutkan Tomatsu, tetapi ternyata dia hanya menyembunyikan makhluk itu bersama anaknya di situ. Setelah memberikan makanan laut kepada mereka untuk makan malam, Tomatsu memberikan sebuah bot mainan kepada anak Ragon sebagai hadiah dan dia sangat menyukainya.

Sementara itu, Naomi Yumeno iaitu kapten SSP mendapati dirinya terperangkap di dalam markas yang sedang terbakar dan meminta tolong agar seseorang menyelamatkannya. Ketika dia menyedari bahawa Jugglus Juggler sedang menyelamatkannya, dia berubah fikiran, sehinggalah dia mendengar suara Gai Kurenai yang segera menggantikan Jugglus dan menyelamatkannya dengan terbang dengan sangat tinggi, lalu dia pun menjerit sekuat hati. Kemudian, terungkap bahawa semua itu hanyalah sebuah mimpi oleh Naomi, yang mana mirip dengan mimpi tentang gergasi cahaya yang dialaminya semasa kecil, cuma tidak sama. Sementara itu, ketika Gai sedang tidur siang di katil gantung, Shin dan Jetta sedang menonton berita dan terjumpa sebuah cerita mengenai kehilangan ikan yang berlaku di perairan tempatan sejak beberapa hari lalu. Mereka menduga bahawa mungkin ada spesies invasif yang menyebabkan kehilangan ikan ini atau mungkin ada kaitan dengan kemunculan raksasa, lalu menarik perhatian Naomi. Shin berpendapat bahawa alam semula jadi kini semakin tidak seimbang, yang menyebabkan Bumi dipanggil sebagai "Zon Ketidakstabilan", sementara Jetta percaya bahawa kemunculan raksasa ini adalah tanda-tanda kemusnahan dunia. Gai kemudian terjaga sebelum merungut kerana "suara-suara itik" yang menyebabkan tidurnya tidak lena, dan dia mencadangkan bahawa raksasa sebenarnya tidak mahu muncul di hadapan manusia.

Di gudang, salah satu daripada Ragon menggunakan kain tanda sebagai penyamaran untuk pergi ke pasar ikan, tetapi sekumpulan wanita melihatnya dan segera menghubungi VTL untuk melaporkan mengenainya. Seorang lagi wanita di pasar ikan menyedari bahawa pasar tersebut tidak lagi menjual ikan dan mengesyaki bahawa ada raksasa di sebalik kejadian ini. Walaupun Tomatsu menafikan apa yang dikatakannya, Ragon akhirnya muncul di hadapan wanita itu, menyebabkannya menjerit dengan kuat. Kapten VTL, Ittetsu Shinukawa, kemudian mengambil tindakan dan bergerak ke pasar ikan di mana orang ramai yang terkejut serta makhluk raksasa itu berada.

Tomatsu memarahi Ragon kerana datang ke situ, namun dia cuba menjelaskan bahawa anaknya tidak sihat dan memerlukan ikan sebagai sumber makanan. Oleh itu, Tomatsu membawanya keluar dari kedai dengan menutupinya menggunakan penyamaran dan payung, sementara Ittetsu, SSP dan wanita-wanita yang terkejut itu (yang menyuruh Naomi dan Ittetsu untuk menangani raksasa tersebut) memerhati dari jauh. Shin dan Jetta berjaya mendapatkan beberapa rakaman makhluk berupa manusia ikan itu dan memutuskan untuk mengekori mereka secara diam-diam untuk menyelidik lebih lanjut.

Di ibu pejabat SSP, Gai sedang melagukan Orbnica apabila dia merasakan gegaran gempa bumi dan segera bergerak keluar setelah mendengar berita bahawa seekor raksasa sedang bergerak ke pedalaman dari kawasan pantai, menyebabkan air memercik keluar dari saluran pembentungan dan menolak penutup lubang takungan. SSP berjaya menyusup masuk ke dalam gudang untuk mencari makhluk manusia ikan itu dengan menggunakan alat pengesan milik Shin. Mereka akhirnya bertemu dengan salah satu Ragon dari belakang mereka, menyebabkan semua empat anggota SSP panik dan melarikan diri. Dalam kekecohan itu, Shin menemui anak Ragon yang sakit bersama si penjual ikan, lalu menawarkan untuk memeriksanya. Namun, ia menyebabkan anak itu menangis meronta-ronta sehingga Naomi menyanyikan lagu tidur untuk menenangkannya setelah Tomatsu memberitahu mereka bahawa muzik biasanya boleh menenangkan anak itu. Setelah anak raksasa itu berasa lebih baik, keenam-enam mereka merasakan gempa bumi lagi dan Gai segera masuk ke situ untuk menyuruh mereka segera meninggalkan kawasan tersebut.

Apabila mereka keluar, mereka bertembung dengan raksasa Gubila yang muncul di daratan untuk memakan ikan yang disajikan di sana setelah melahap semua ikan di perairan tempatan. Gai menawarkan untuk menarik perhatian raksasa itu sementara yang lain mengevakuasi keluarga tersebut. Anak Ragon kemudian menyedari bahawa dia terlupa membawa balik mainan botnya dan kembali ke dalam gudang untuk mengambilnya, namun mendapati dirinya berada di muncung gerudi Gubila apabila raksasa itu menggali sehingga ke dalam gudang untuk mendapatkan lebih banyak stok makanan laut. Ia kemudian mula melahap makhluk itu, lantas mengejutkan ibu dan penjaganya, tetapi kemudian Gai bertukar menjadi Ultraman Orb dalam bentuk Hurricane Slash tepat pada masanya dan memaksa Gubila memuntahkan semula anak Ragon tersebut dengan bantuan semburan air, dan dia pun kembali dalam keadaan selamat. Kedua-dua gergasi itu kemudian bertarung sengit sehingga Orb menyelubungi raksasa tersebut dalam gelembung menggunakan teknik baru Shutdown Protect dalam bentuk Spacium Zeperion, dan menghantarnya kembali ke laut, di mana dia tidak lagi merbahaya.

Selepas itu, Encik Tomatsu, Ittetsu, Gai dan SSP mengiringi kedua-dua Ragon ke perairan terdekat. Apabila bekas penjaga itu mengucapkan selamat tinggal, anak Ragon itu terharu dan memeluknya dengan erat. Oleh kerana Ragon itu bukan ancaman kepada manusia, Ittetsu memutuskan untuk tidak menangkap mereka memandangkan mereka dianggap sebagai spesies yang terancam. Ketika anak Ragon menarik Ittetsu untuk mengajaknya bermain, SSP tertanya-tanya seketika apa sebenarnya yang menyebabkan ketidakstabilan Bumi jika bukan raksasa-raksasa itu. Walaupun mereka akhirnya mendapat rakaman yang cantik, mereka memutuskan untuk tidak memuat naiknya ke internet. Anak Ragon itu kemudian meminta Naomi untuk menyanyikan lagi lagu tadi, dan dia pun menyanyi sebagai lagu perpisahan apabila kedua-dua Ragon itu masuk ke dalam air sebelum hilang dari pandangan. Apabila Gai mendengar nyanyian itu dan bertanya kepada Naomi tentangnya, dia sendiri tidak tahu mengapa kerana seperti sudah lama tahu lagu itu, kemudian pengembara itu turut memainkan Orbnica sambil mengiringi nyanyian Naomi. Setelah semuanya selesai, Gai pulang ke pangkalan dengan memesan piza untuk makan malam, manakala Tomatsu menggalakkannya untuk makan ikan kerana lebih sihat.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita untuk hari ini... ini dia!
  • Orb Ring: Ultraman Dyna!
  • Gai: Dyna terkenal dengan semangat bertarungnya. Jenis Strong memiliki kekuatan fizikal yang tinggi, manakala jenis Miracle pula memiliki kebolehan psikik. Bertarung menggunakan kedua-dua jenis ini mengikut keadaan. Manakala raksasa hari ini pula...
  • Orb Ring: Gubila!
  • Gai: Raksasa Laut Dalam, Gubila. Gerudi di kepalanya adalah ciri yang unik. Habis semua ikan dia makan, menyusahkan betullah! Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Gensaburo Tomatsu (戸松源三郎, Tomatsu Gensaburo): Kenji Anan (阿南 健治, Anan Kenji)
  • Housewife: Miki Matsumoto (松本 海希, Matsumoto Miki)
  • Woman: Etsuko Sanada (眞田 恵津子, Sanada Etsuko), Kiyomi Nakarai (半井 きよみ, Nakarai Kiyomi)
  • Radio Annoucer (Voice): Junro Maruyama (丸山 純路, Maruyama Junro)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Spacium Zeperion) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu), Ragon (ラゴン): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Gubila (グビラ, Gubira): Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Ragon Jr. (ラゴン Jr., Ragon Junia): Satomi Maruta (丸田 聡美, Maruta Satomi)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Adegan yang Dipadam[]

  • Dalam adegan di mana Ragon dilihat oleh orang awam, terdapat dua adegan yang tidak digunakan:
    • Dalam adegan ketika Shin mengesan kehadiran makhluk dengan pengesan buatan sendiri, terdapat dialog tambahan antara Jetta dan Shin.
    • Terdapat juga dialog tambahan antara Shibukawa dan orang awam dalam adegan tersebut.

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod 6 siri Ultraman, Pengawal Perintah Pantai.
  • Judul yang dicadangkan untuk tajuk utama laman SSP iaitu The Unbalanced Zone Called Earth (Zon Ketidakstabilan Dipanggil Bumi) mungkin merupakan rujukan kepada tajuk asal yang dirancang untuk Ultra Q, iaitu UNBALANCE.
  • Dalam mimpi buruk Naomi, suara Maga-Basser, Maga-Grand King, Maga-Jappa dan Maga-Pandon kedengaran di latar belakang.
  • Episod ini pada asalnya dirancang untuk menyaksikan pertarungan antara Orb dan Gubila di atas air (kemungkinan berhampiran pelabuhan), namun ia tidak berlaku disebabkan oleh kekangan masa.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement