Ultraman Wiki
Advertisement

Hutan Terlarang (入らずの森, Hairazu no Mori) ialah episod keenam dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

SSP mendengar laporan mengenai penampakan UFO di sebuah hutan yang kononnya tidak ada sesiapa pun yang pernah berjaya keluar daripadanya dan turut dipercayai berhantu.

Plot[]

Di sebuah tempat persembunyian yang tidak diketahui, Don Nostra mengumpulkan anak buahnya dan bersedia untuk mendengar laporan mereka. Dari Alien Metron Tarude, dengan bilangan perokok yang semakin berkurang, rancangan halusinogen mereka terpaksa dibatalkan. Walaupun Alien Nackle Nagus merancang untuk memusnahkan planet ini, rancangan tersebut akan sia-sia kerana Bumi berada di bawah perlindungan Ultraman Orb. Jugglus kemudian mendekati kumpulan itu sebelum memperkenalkan dirinya dan menyatakan hasratnya untuk mengambil tugas menangani Ultraman Orb.

Sementara itu, di pangkalan SSP, Jetta dan Shin menemui persamaan antara Gai dengan gambar dari 100 tahun yang lalu, tetapi mereka akhirnya mengabaikan andaian itu kerana lelaki tersebut sepatutnya sudahpun berusia 100 tahun pada ketika itu. Sementara itu, Naomi sedang mencuci pakaian, manakala Gai berehat santai menunggu pakaiannya dibersihkan. Kapten Shibukawa melawat pangkalan dan memberitahu mereka tentang penampakan UFO di kawasan hutan, yang merupakan hutan terlarang sejak Zaman Edo kerana ia adalah kubur bagi seorang tokoh purba dan kini merupakan harta kerajaan. Jetta juga mendengar desas-desus bahawa sesiapa yang memasuki hutan itu tidak akan dapat keluar. Jetta hampir meminta Gai mengikut SSP, tetapi Gai tiba-tiba menghilang. Setibanya di hutan, kumpulan itu bertemu dengan seorang kanak-kanak yang telah memberikan laporan kepada Shibukawa mengenai penampakan UFO tersebut. Salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa kali ini, seorang pelajar sekolah menengah telah masuk ke dalam hutan untuk ujian keberanian dan terserempak dengan seorang wanita misteri berpakaian putih.

Jugglus dan ahli Planet Invasion Union sedang bermain poker menggunakan Kaiju Card, dengan Nagus menyatakan bahawa manusia tidak lama lagi akan menemui tempat persembunyian mereka (di hutan terlarang), manakala Tarude pula memuji keindahan matahari terbenam Bumi sambil mendakwa bahawa pemodenan manusia terhadap alam semula jadi adalah satu jenayah. Nagus berjaya menyusun tangan Four of A Kind yang terdiri daripada Kad Kaiju Angin (Litra, Melba, Silverbloome, Nova) dan satu kad Tanah (Antlar) tetapi Jugglus membalasnya dengan Five of A Kind menggunakan kad-kad yang berasaskan Raja (Red King, Eleking, King Guesra, King of Mons dan King Joe). Tidak puas hati atas kekalahan, Nagus menarik keluar pistolnya, tetapi Jugglus segera menepis dengan pedangnya.

Sementara SSP sedang meronda di hutan, Shin menemui bahawa hutan itu sebenarnya adalah sebuah tanah perkuburan dari abad ke-4 dan Naomi terlihat seorang wanita berpakaian putih sebelum dia menghilang. Mereka telah diintip oleh pengikut Alien Nackle Nagus, yang mengira jumlah pengunjung sebagai empat orang, tetapi Tarude melihat lima orang kerana turut melihat wanita berpakaian putih itu. Tidak lama selepas itu, Nagus mengarahkan sistem distorsi untuk diaktifkan bagi memerangkap para pengunjung dan pergi bersama pengikutnya untuk menyerang anggota SSP, memaksa mereka lari tanpa arah tujuan. Naomi tersandung atas sebuah batu, yang ternyata merupakan tempat peristirahatan Tamayura Hime no Mikoto, dan jelmaan wanita yang sama membimbing mereka ke arah jalan keluar. Walaupun Nagus terkejut dengan kejadian ini, dia akhirnya berjaya mengepung mereka. Pada masa yang sama, Shibukawa cuba menunjukkan kepakaran seni bela dirinya, tetapi dia tewas akibat kekuatan Nagus yang luar biasa.

Gai muncul dan menahan para penjahat untuk memberi peluang kepada SSP melarikan diri. Jugglus menyeru Aribunta menggunakan Kad Kaiju untuk memberi perlindungan kepada ahli Planet Invasion Union agar mereka dapat meloloskan diri, sementara Gai bertukar menjadi Ultraman Orb dan bertarung dengan Aribunta menggunakan ketiga-tiga bentuknya sebelum mengakhiri pertarungan itu dengan Trident Slash. Kumpulan itu kemudian berkumpul semula, dan menurut Shibukawa, memandangkan hutan tersebut ditemui sebagai kawasan perkuburan, rancangan pembangunan perlu dikaji semula. Shin kemudian memberitahu mereka bahawa wanita misteri tersebut ialah Tamayura Hime, dari sebuah legenda yang sudah lama dilupakan. Gai memandang jelmaan Tamayura, dan mereka saling tersenyum sederhana sebelum dia menghilang.

Pada waktu malam, Nostra akhirnya muncul lalu memperkenalkan dirinya sebagai Alien Mefilas dan memuji Jugglus kerana menggunakan Kad Kaiju Raksasa Dahsyat yang dianggap sangat jarang ditemui. Jugglus menyatakan bahawa Orb sebenarnya telah kehilangan kuasa asalnya dan oleh itu, dia terpaksa bergantung pada kuasa dua Pahlawan Ultra terdahulu. Ketika Jugglus berlalu pergi, Tarude ragu-ragu jika Jugglus boleh dipercayai, memandangkan dia pernah berada di pihak cahaya dan bimbang dia akan mengkhianati mereka suatu hari nanti, yang mana dipersetujui oleh Nostra. Nostra kemudian mendedahkan Ultra Fusion Card milik Ultraman Belial sambil menyatakan bahawa mereka akan segera mengkhianatinya dengan merampas kesemua enam Kad Raja Raksasa yang dimilikinya. Sambil melihat piring terbang kumpulan itu pergi, Jugglus turut memberikan komen tentang siapa yang akan mendapatkan tawa terakhir, memberikan bayangan bahawa dia berkongsi fikiran yang sama dengan Nostra.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Wira kita hari ini ialah... inilah dia! Memperkenalkan...
  • Orb Ring: Ultraman Ginga!
  • Gai: Ultraman yang datang dari masa depan, Ginga. Kristal di badannya boleh berubah warna, dan membolehkannya menggunakan pelbagai jenis serangan istimewa. Manakala raksasa kita hari ini pula...
  • Orb Ring: Alien Mefilas!
  • Gai: Alien Mefilas, Don Nostra. Kita tak tahu apa yang dirancangnya, tapi kita tak boleh cuai. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Puteri Tamayura (タマユラ姫, Tamayura Hime): Mala Morgan (モーガン 茉愛羅, Mōgan Māra)
  • Daiki (ダイキ): Aoto Nishiguchi (西口 青翔, Nishiguchi Aoto)
  • Kenji (ケンジ): Kaito Takamura (高村 佳偉人, Takamura Kaito)
  • Pelajar (中学生, Chūgakusei): Kyoji Horikawa (堀川 恭司, Horikawa Kyōji)
  • Anah Buah A (部下A, Buka Ei): Yoshiki Kuwabara (桑原 義樹, Kuwabara Yoshiki)
  • Anah Buah B (部下B, Buka Bī): Wataru Inaniwa (稲庭 渉, Inaniwa Wataru)

Pelakon suara[]

  • Alien Mefilas Nostra (メフィラス星人ノストラ, Mefirasu Seijin Nosutora): Hiroki Yasumoto (安元 洋貴, Yasumoto Hiroki)
  • Alien Metron Tarude (メトロン星人タルデ, Metoron Seijin Tarude): Koichi Toshima (外島 孝一, Toshima Kōichi)
  • Alien Nackle Nagus (ナックル星人ナグス, Nakkuru Seijin Nagusu): Tetsuo Kishi (岸 哲生, Kishi Tetsuo)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Spacium Zeperion, Burnmite) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu), Alien Mefilas Nostra (メフィラス星人ノストラ, Mefirasu Seijin Nosutora): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Aribunta (アリブンタ): Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)
  • Alien Metron Tarude (メトロン星人タルデ, Metoron Seijin Tarude): Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Alien Nackle Nagus (ナックル星人 ナグス, Nakkuru Seijin Nagusu): Keita Rikimaru (力丸 佳大, Rikimaru Keita)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod 6 siri Ultraseven, Zon Gelap. Frasa tajuk ini disebut apabila SSP memasuki hutan misteri itu dan menyimpulkan bahawa kawasan tersebut mungkin merupakan zon gelap.
    • "Zon Gelap" itu sendiri merujuk kepada dimensi poket milik Alien Pegassa yang digunakan untuk bersembunyi dan sebagai alat pengangkutan tersembunyi.
  • Semasa Gai sedang berehat, dia dilihat membaca sebuah majalah bernama Noa. Ini mungkin merupakan rujukan kepada Ultraman Noa.
  • Alien Nackle dilihat mengetuai dua lelaki berpakaian hitam sebagai pengikutnya. Kedua-dua mereka merupakan rujukan kepada pengikut Alien Nackle pertama dari episod 39 siri Return of Ultraman, Ultraman Mati di Senja Hari.
  • Piring terbang berkembar milik Planet Invasion Union diilhamkan daripada piring yang digunakan oleh Alien Metron pertama.
  • Kecenderungan Aribunta untuk meniru hampir setiap pergerakan yang dilakukan oleh Orb dalam bentuk Hurricane Slash adalah penghormatan kepada Silvergon.
GaiEP6

Perbandingan Gai Kurenai (kiri: 2016 dan kanan: 1908)

  • Semasa Shin mencari imej yang serupa dengan Gai di internet, dia terjumpa sebuah foto berusia 100 tahun yang menunjukkan wajah yang seiras. Foto tersebut memaparkan Gai memegang ekor raksasa, yang didedahkan sebagai ekor Kingsaurus II daripada Bab 5 dalam Ultraman Orb 10 Episode Plan.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement