"Dia akan menyeret musuh ke ruang ilusi, Lumagion dan mengalahkan mereka dengan pergerakan pantasnya. Dia membenci akan Tiga dan menganggapnya sebagai pengkhianat."
- ―Pencerita dalam Ultraman Trigger: Preview Special
Hudra merupakan salah seorang Gergasi Kegelapan yang muncul dalam Ultraman Tiga: The Final Odyssey sebagai salah seorang antagonis sekunder. Dia mempunyai kelajuan super yang lebih pantas berbanding Gergasi Kegelapan yang lain.
Gelaran: Pahlawan Tangkas
Sejarah[]
Zaman purba[]
30 juta tahun yang lalu, Hudra wujud sebagai salah seorang Gergasi Cahaya Ultra Purba yang wujud pada zaman Peradaban Ultra-Purba di R'lyeh. Namun, Hudra, Camearra, Darramb dan Tiga menemui sebuah kuasa "kegelapan" dalam hati mereka dan menjadi Gergasi Kegelapan. Mereka menggunakan kuasa mereka untuk kejahatan dan menghancurkan dunia di pertengahan peperangan antara Gergasi Ultra Purba. Akhirnya, Yuzare entah bagaimana telah meyakinkan Tiga untuk berpihak kepada cahaya sekali lagi, lalu dia mengkhianati rakan-rakan seperjuangannya. Tiga mengalahkan ketiga-tiga Gergasi Kegelapan dan mengambil kuasa mereka yang memberikannya kebolehan Type Change, lalu menyegel mereka sebagai patung batu di runtuhan R'lyeh. Dengan menukarkan tenaga kegelapan Hudra menjadi cahaya, Tiga memperoleh Sky Type miliknya.
Ultraman Tiga: The Final Odyssey[]
"Saya kena cepat penuhkan badan saya dengan jeritan ketakutan manusia!"
- ―Hudra
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 57 meter
- Berat badan: 52,000 tan
- Umur: Tidak diketahui
Ciri-ciri Badan[]
- Kristal Cahaya: Hudra mempunyai kristal di dahinya, tetapi ia tidak diketahui jika ia mempunyai sebarang fungsi.
- Pemasa Warna: Seperti Ultra yang lain, Hudra juga memiliki Pemasa Warna yang berfungsi sama seperti yang lain.
- Protektor: Baju perisai khas yang menutupi muka, bahu dan bahagian atas tubuh badan Hudra. Ia merupakan bahagian anatominya yang paling tahan lama.
- Drafork : Hudra mempunyai bilah di tangan kanannya yang boleh dibuka seperti gunting sebagai senjata utamanya. Ia juga nampaknya menjadi pemangkin untuk dia menembakkan pancarannya.