Hertz ialah Kaiju yang hidup dari Ultraman Taro. Dia muncul dalam episod 37. Salah satu daripada pelarian dari perang yang tidak adil terhadap bangsanya oleh Alien Medusa, Hertz melarikan diri ke Bumi untuk mencari keselamatan, hanya untuk dikejar oleh salah seorang penyerangnya, yang cuba mengelirukan ZAT supaya mempercayai yang Hertz ialah ancaman.
Gelaran: Raksasa Pelarian
Sejarah[]
Ultraman Taro[]
Di Jepun, musim sejuk akhirnya tiba apabila seorang lelaki tua menyedari raksasa Hertz, yang datang dari angkasa, jatuh dari langit. ZAT segera bertolak untuk menyiasat penemuan itu selepas lelaki itu melaporkannya pada mereka. Hertz tidak menyerang atau memusnahkan apa-apa. Sebaliknya, dia hanya cuba membawa mereka ke arah sesuatu. ZAT mula melepaskan tembakan ke arah Hertz, yang mengetuai pasukan menuju ke dasar lembah, walaupu pasukan itu menghentikan mereka setelah menyedari bahawa raksasa itu merayu agar mereka berhenti.
Kotaro kemudian menawarkan untuk mengambil sampel sel dari kaki Hertz dalak bentuk biopsi untuk mengetahui dari mana dia berasal, tetapi proses itu menyebabkan Hertz sangat sakit, jadi Kotaro cuba menyelesaikan prosedur itu secepat mungkin. Dengan sampel yang diperoleh, Kotaro kembali dan sel dihantar untuk dianalisis.
Pada petang berikutnya, Hertz masih berada di lembah, pulih daripada kecederaannya sementara ZAT memerhatikannya. Seorang wanita misteri muncul, dan meminta pasukan untuk membunuh Hertz kerana dia mendakwa raksasa itu membunuh datuknya. ZAT akhirnya berjaya menentukan asal usul Hertz; dia berasal daripada planet yang mengorbit bintang bernama Medusa mendapati bahawa gangguan telah berlaku, menunjukkan bahawa perang telah meletus.
Keesokan harinya, ketika Hertz memikirkan urusannya sendiri, dia tiba-tiba diserang oleh Moriyama yang dirasuk, yang telah mencuri salah satu pesawat ZAT dan mula menembaknya tanpa hati. Ini berterusan sehingga Kitajima meyerangnya di Sky Condor, mengakibatkan pertempuran udara sehingga ia menembak jatuh pesawat Kitajima. Kotaro berubah menjadi Ultraman Taro dan mendedahkan wanita itu sebagai musuh Hertz, Alien Medusa.
Selepas mendedahkan niatnya dan mendakwa bahawa Hertz sudah mati, Taro melawang makhluk asing itu dan selepas pertarungan sama rata, Taro memusnahkannya dengan Strium Beam. Nasib baik, Hertz masih hidup. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Taro kerana menyelamatkannya, dia kembali ke angkasa.
Trivia[]
- Sut Hertz ialah hasi pengubahsuaian sut Antron dari Jumborg Ace.
- Sut Hertz muncul dalam episod 9 Ultraman Leo sebagai salah satu daripada raksasa Corps Kingdom.
Data[]
- Statistik
- Ketinggian: 53 meter
- Berat: 40,000 tan
- Tempat Asal: Bintang Medusa
- Kuasa dan Senjata
N/A