Ultraman Wiki
Advertisement

Hari Esok Yang Dilitupi Kabus (霧の中の明日, Kiri no Naka no Ashita) ialah episod ketujuh dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Seorang wanita mengalami mimpi tentang setiap raksasa yang dilawan oleh Ultraman Orb dan sering bermimpi akan raksasa yang akan muncul pada keesokan harinya. Pada suatu hari, dia bermimpi bahawa Ultraman Orb akan tewas dalam pertarungan seterusnya dan percaya bahawa takdir itu tidak mungkin diubah. Namun, mampukah Gai meyakinkannya bahawa takdir boleh diubah?

Plot[]

Seorang wanita muda terjaga di sebuah tempat berkabus yang aneh, di mana dia bertemu dengan seekor raksasa bermata biru bercahaya. Ternyata, semua ini hanyalah mimpi dan wanita itu terjaga, lantas melukis raksasa tersebut lalu menyiarkan tentang mimpinya itu dalam talian.

Di markas SSP pasukan tersebut mendapati bahawa wanita muda bernama Haruka itu menyiarkan mimpinya tentang raksasa di laman webnya yang dipanggil "Blog Mimpi Haruka" kerana mimpinya berfungsi sebagai ramalan kepada serangan raksasa. Ternyata, mimpi-mimpinya telah menjadi kenyataan kerana raksasa yang dipaparkan di blog tersebut adalah raksasa yang telah menyerang bandar sebelum ini. Pasukan SSP menyedari bahawa Haruka mempunyai mimpi ramalan dan setelah melihat catatan terbaharunya, Naomi membuat keputusan untuk menghantar e-mel kepadanya dan menjemput Haruka datang ke markas mereka untuk berbincang.

Apabila Haruka tiba di markas SSP, dia disambut dengan keramahan oleh Shin dan Jetta. Haruka menjelaskan kepada Naomi bahawa dia telah mengalami mimpi ramalan tentang raksasa sejak kecil dan mengesahkan bahawa catatan yang dimuat naik pada pagi itu meramalkan bahawa seekor raksasa akan muncul di Taman Gajah Sayap pada keesokan harinya. Walaupun yang lain berpendapat mungkin ada cara untuk mengubah ramalannya, Haruka tetap percaya bahawa takdir tidak dapat dilawan dan tidak boleh diubah. Naomi kemudian memberitahu Haruka bahawa dia pernah bermimpi serupa ketika kecil, tentang seorang gergasi cahaya, dan ia adalah sebahagian daripada sebab mengapa dia menubuhkan SSP. Setelah selesai berbual, Haruka pun berangkat ke sekolah, yang menyebabkan kekecewaan kepada Shin dan Jetta kerana mereka berharap dapat berbual lama sikit dengannya.

Ketika di kawasan taman, Haruka mendapat satu lagi penglihatan tentang seekor raksasa dan Ultraman Orb yang muncul untuk menentangnya. Ketika itu, Gai Kurenai tiba dan berkata bahawa tiada siapa yang tahu bila raksasa akan muncul secara nyata dan dia berharap keamanan akan berkekalan. Namun, Haruka sudahpun mengetahui bahawa Gai sebenarnya ialah Ultraman Orb berkat daripada mimpinya, menjadikan Gai agak resah. Keadaan menjadi lebih meriah apabila beberapa kanak-kanak yang mendengar perbualan tersebut turut teruja dan mendesak Gai untuk bertukar menjadi Ultraman Orb.

Kemudian, Gai memperkenalkan dirinya kepada Haruka dan meminta bantuannya. Namun, Haruka terus bertegas bahawa takdir sudah ditetapkan dan dia dapat meramal masa depan melalui mimpinya, termasuklah peristiwa sedih seperti patah hati pertamanya dan perceraian ibu bapanya. Gai kemudian bertanya mengapa dia memulakan blog mimpinya itu sambil menceritakan bahawa dia juga pernah gagal melindungi seseorang yang disayanginya. Dia juga menjelaskan bahawa dia kehilangan bentuk asalnya dan kini bergantung kepada kuasa Ultraman lain untuk bertarung, namun pada masa yang sama Haruka tetap menekankan mengatakan bahawa dia tidak dapat menyelamatkan orang melalui mimpinya. Gai kemudian berkata bahawa walaupun masa lalu tidak boleh diubah, masa depan masih boleh.

Di markas SSP, Naomi memberitahu tentang blog mimpi Haruka pak ciknya, Ittetsu dan merayu agar dia menghubungi VTL sebagai persediaan sekiranya raksasa benar-benar muncul. Pak ciknya menyindir Naomi mengenai kostum lembu yang dipakainya untuk kerja sambilan dan menyarankan agar pasukan SSP menukar kerjaya daripada penyiasatan kepada membuat kek sebelum berlalu pergi. Shin dan Jetta pula melaporkan kepada Naomi bahawa mereka tidak melihat tanda-tanda raksasa di taman, kecuali Gai bersama Haruka, yang membuat Naomi sedikit cemburu.

Di rumah Haruka, dia memuat naik satu lagi catatan di blognya untuk memaklumkan orang ramai tentang ramalannya dan meminta agar mereka segera mengambil langkah berjaga-jaga, walaupun menerima beberapa komen negatif yang acak tentang laman tersebut. Kemudian, Haruka mengalami satu lagi mimpi ramalan yang menunjukkan Ultraman Orb tewas kepada raksasa tersebut dan akibatnya, Gai kehilangan nyawanya. Apabila Haruka terjaga, tepat pada pukul 8:20 pagi seperti yang diramalkan, tanah mula bergegar dan kabus tebal menyelubungi seluruh bandar. Raksasa yang diberi nama Hoe muncul di Taman Gajah Sayap, namun taman itu telah dikosongkan tepat pada masanya. Gai bertemu dengan Haruka, yang menjelaskan kepadanya bahawa raksasa itu bertindak liar disebabkan oleh tenaga negatif atau dikenali sebagai Minus Energy yang terkumpul. Walaupun Haruka cuba untuk membantah, Gai menyedari dan menjelaskan bahawa Hoe muncul kerana kesedihan dan keputusasaan Haruka yang menghalang masa depan daripada berubah. Gai mendorong Haruka untuk bangkit melawan keputusasaannya dan kemudian dengan Orb Ring, dia bertukar menjadi Ultraman Orb Burnmite untuk menghentikan raksasa tersebut.

Pada mulanya, Orb mengalami kesukaran melawan Hoe, tetapi selepas Haruka akhirnya keluar dari belenggu depresinya dan memberikan semangat kepada Ultra untuk tidak berputus asa dan bangkit semula, Orb mula menguasai pertempuran. Selepas bertukar menjadi bentuk Spacium Zeperion dan terlihat menitiskan air mata, Orb menumpaskan Hoe dengan serangan Sparion Beam seraya mengembalikan raksasa itu kepada bentuk asalnya. Kemudian, Ultra itu terbang meninggalkan kawasan itu menuju ke arah matahari terbenam.

Kembali di markas SSP, Naomi sedang menyusun surat-suratnya sebelum dia menemui sepucuk surat daripada Haruka. Dalam surat tersebut, Haruka memohon maaf kerana telah beredar mereka lebih awal sambil menyatakan bahawa pandangannya terhadap masa depan telah berubah dan memaklumkan bahawa gergasi cahaya yang dilihat dalam mimpinya itu mungkin ada kaitan dengan takdir dirinya dan Ultra itu. Dia berharap agar cahaya kebenaran akan sampai kepada mereka semua suatu hari nanti. Di taman, Haruka bertemu dengan Gai sekali lagi semasa dia sedang melagukan Orbnica, dan dia menceritakan tentang mimpi terkininya yang menggambarkan sesuatu yang menyeramkan—Ultra Fusion Card Ultraman Belial. Namun, mereka berdua hanya menganggap itu sekadar bayangan buruk sambil berkata bahawa takdir itu boleh dielakkan. Selepas itu, mereka saling berterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal, tetapi sebelum beredar, Gai mengingatkan Haruka sekali lagi agar tidak hilang harapan terhadap masa depan.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Wira kita hari ini ialah... inilah dia! Memperkenalkan...
  • Orb Ring: Ultraman Victory!
  • Gai: Ultraman Victory adalah rakan rapat kepada Ultraman Ginga. Dia mempertahankan dunia bawah tanah dari raksasa dengan senjata istimewanya, Ultlance. Manakala raksasa hari ini pula...
  • Orb Ring: Hoe!
  • Gai: Raksasa Asid Sulfurik, Hoe. Raksasa yang lahir dari Minus Energy yang dikeluarkan dari perasaan negatif manusia. Serangan asidnya memang betul-betul menyusahkan saya. Be sure to watch next time!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Natasha: Vlada (ブラダ, Burada)
  • Haruka Kirishima (霧島 ハルカ, Kirishima Haruka): Narumi Uno (宇野 愛海, Uno Narumi)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Hoe (ホー, ): Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Adegan yang Dipadam[]

  • Adegan 11: Dalam satu babak, Jetta dan Shin dilihat sedang merakam perbualan antara Gai dan Haruka.
    • (Nota: Terjemahan mungkin kurang tepat) Penjelasan: Apabila Naomi pergi makan, dia memberitahu bahawa Jetta dan Shin telah melihat Gai bersama Haruka, membuatkan angin buruk Naomi reda seketika. Mungkin Naomi sendiri tidak sedar akan perkara ini, tetapi Jetta dan Shin dapat merasakannya. Jadi, bagaimana mereka tahu bahawa Gai dan Haruka bersama? Sebenarnya, terdapat babak tersembunyi yang menunjukkan petunjuk tersebut sebelumnya.
    • Komen dari Pengarah Ichino: Jetta-kun dan Shin-kun datang ke lokasi tersebut, khusus untuk satu babak pada hari itu sahaja, tetapi saya minta maaf atas kesulitan dari segi skala penyiaran. Penyunting yang merasa kesal disebabkan oleh perkara itu, dengan lembut menggunakan tema "cinta" untuk penutup cerita.

Trivia[]

WowDayMagazine
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement