Gorian ialah seorang Ultra yang muncul dalam manga Ultraman Story 0. Dia merupakan yang terkuat dalam kalangan rakan-rakan Ultranya yang lain.
Sejarah[]
Ultraman Story 0[]
Seperti Ultra dari zamannya yang lain, Gorian pada asalnya merupakan makhluk yang menyerupai manusia sebelum bertukar menjadi bentuk Ultra akibat fenomena dari Plasma Sun. Dia juga antara Ultra yang berlawan dengan segerombolan raksasa yang menyerang planetnya itu.
Tidak seperti kebanyakan Ultra yang lain, Gorian telah dikurniakan satu kuasa sumpahan dari tenaga Plasma Sun iaitu satu kuasa yang menyebabkan dia akan mengamuk seperti raksasa semasa sedang berlawan dengan pihak musuh. Mujurlah Flare berjaya mengawal perasaan amuk Gorian itu dengan mengorbankan sedikit dari nyawanya. Berterima kasih kepada Flare, Gorian kini menjadi lebih tenang dan dengan kuasa yang dimilikinya, dia berazam mahu membantu para Ultra yang lain.
Selepas planetnya diselamatkan, Gorian merantau ke setiap planet untuk mencari petunjuk tentang sifat sebenar kepada radiasi Plasma Sun yang telah menjangkiti ke seluruh alam semesta. Apabila Gorian ingin masuk ke dalam seketul batu besar yang pelik, dia telah ditelan oleh raksasa yang besar di sana. Mujurlah dengan kekuatan yang dia ada, Gorian telah memaksa raksasa itu untuk membuka mulutnya, lalu mengambil masa yang ada untuk melepaskan diri. Gorian kemudiannya mencampakkan raksasa ganas itu ke udara lalu memusnahkannya menggunakan teknik Ultra Buster miliknya. Semasa raksasa itu berkecai, Gorian mendapati bahawa raksasa itu adalah sebahagian dari teknologi bio-mekanikal.
Gorian kemudiannya kembali ke Negeri Cahaya, di mana dia cuba untuk melindungi nyalaan api di Ultra Tower dari kegelapan yang dihasilkan oleh teknologi makhluk Baltan. Para Ultra akhirnya berjaya menyelamatkan nyalaan itu apabila Zoffy memusnahkan peranti yang menghasilkan kegelapan itu melalui sinaran M87 Beam miliknya.
Selepas itu, Gorian telah merantau ke angkasa bersama-sama dengan Flare untuk mencari Ultraman Ace di timbunan asteroid yang bertaburan di angkasa. Mereka berdua akhirnya diserang oleh beberapa ketul asteroid yang kecil ketika itu. Dengan menggunakan kekuatan yang hebat dari Gorian, dia telah berjaya menangkap kesemua batu-batu itu dan telah menghancurkannya ke arah asteroid yang besar. Merasakan ada tenaga pelik yang datang darinya, Flare kemudiannya menggunakan kuasanya untuk membuka sebuah pintu dimensi untuk melihatnya sendiri apakah yang ada di sana.
Di sana, mereka berdua terlihat segerombolan raksasa yang sedang berlegar-legar di dimensi itu. Secara tiba-tiba entah dari mana, satu kuasa sinaran telah mengenai mereka. Mereka berdua akhirnya ternampak Ultraman Ace sedang bertarung di sana dan mereka menyedari bahawa dia sedang berada di dimensi yang berbeza dan sedang bertarung dengan beberapa ekor raksasa.
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 65 meter
- Berat badan: 75,000 tan
- Umur: 25,000 tahun
Transformasi[]

Gorian mempunyai bentuk manusia sendiri. Apabila bertukar ke bentuk Ultra, dia menggunakan Gorian Belt, iaitu sebuah tali pinggang yang mengandungi Plasma Ore, bahan khas yang disinari oleh Plasma Sun. Dia mempertemukan kedua-dua penumbuknya bersama-sama dan menyeru namanya sendiri untuk bertukar.
Kebolehan[]
- Kekuatan: Gorian memiliki kekuatan besar yang boleh menjangkau seperti kekuatan dari bentuk Tiga Power Type dan Dyna Strong Type. Kekuatan Gorian juga dimilikinya dalam bentuk manusianya, di mana dia mampu menumbuk Kaiju seperti Black King dan menyebabkan kecederaan, malah dapat menahan beberapa serangan daripada mereka.
Teknik[]
- Spacium Cannon: Gorian mengangkat lawannya ke udara dan menumbuknya ketika kembali ke tanah. Apabila terkena, terdapat pelepasan tenaga besar yang meliputi seluruh tubuhnya dan menghancurkan lawannya.
- Ultra Buster: Gorian melemparkan lawannya ke udara dan mereka jatuh ke atas mahkota kepalanya, di mana mereka meletup.
Galeri[]
Trivia[]
- Gorian merupakan seorang Ultra yang mempunyai misai seperti Ultraman Chuck, walaupun dia tidak cukup tua secara kanonik untuk memiliki misai.
- Misai Gorian mungkin disebabkan oleh usia fizikalnya pada waktu transformasinya menjadi seorang Ultra.
- Warna asal Gorian dalam keadaan amukan merupakan terbalik daripada warna normalnya. Tubuhnya berwarna merah dengan jalur putih.
- Dalam keadaan amukan ini, matanya kelihatan serupa dengan peniruan Ultraman oleh Alien Zarab, atau mata Ultraman Belial.