Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement

"Nama saya Gillvalis. Saya telah ditugaskan untuk mengekalkan keamanan di dunia ini. Saya telah menghakimi adat dan ekosistem kehidupan di planet ini."

―Gillvalis


Gillvalis (ギルバリス, Girubarisu)[1][2] merupakan Kaiju robotik sentimen dan antagonis utama dalam filem Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!. Sebagai pencipta dan guru kepada robot-robot Galactron, Gillvalis yang bertanggungjawab bagi setiap Galactron yang dihadapi oleh Ultra sebelum kekalahannya di tangan Geed.

Gelaran:

  • Core: Otak Mekanikal Gergasi[1] (巨大人工頭脳, Kyodai Jinkō Zunō, lit. Otak Buatan Gergasi)
  • Perfect Form: Penghakiman Terakhir (ラストジャッジメンター, Rasuto Jajjimentā)[2]

Sejarah[]

Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes![]

Gillvalis merupakan kecerdasan buatan yang dicipta oleh Rakyat Kushia di dimensi alternatif dan pada asalnya ia dinamakan sebagai Telaharkis (テラハーキス, Terahākisu) yang bermaksud "Selamat Sejahtera" dalam bahasa Kushia untuk memelihara keamanan di planet mereka. Namun robot buatan itu memutuskan bahawa bentuk kehidupan sentimen adalah halangan untuk memelihara keamanan lalu menjadi penyangak dan menamakan semula dirinya sebagai Gillvalis. Gillvalis mencipta model pertama Galactron dan terus menghapuskan penciptanya kecuali Airu Higa setelah bapanya, Buran Saderuna mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anaknya daripada Tentera Galactron. Gillvalis telah menukarkan Kushia menjadi sebuah planet siber dan menjadikannya sebagai pangkalan operasi mereka.

Selepas kejadian itu, Gillvalis telah menghantar model pertama Galactron ke beberapa dunia di beberapa semesta dengan satu dihantar ke Bumi Orb untuk menilai dan akhirnya menetapkan semula ekologi setiap planet dengan menghapuskan kehidupan. Aktiviti Gillvalis telah dimaklumkan kepada Pasukan Pertahanan Antara Galaksi di Nebula M78 yang telah menghantar Ultraman Taro dan beberapa Pahlawan Ultra ke Planet Siber itu. Menara yang memegang teras Gillvalis telah dimusnahkan oleh Taro menggunakan Strium Beam, tetapi teras itu bertahan dan mendigitalkan seluruh planet itu lalu berpindah ke tempat lain tanpa meninggalkan sebarang jejak. Selepas kekalahan Galactron pertama dan setelah peristiwa Ultraman Orb Chronicle, Jugglus Juggler pergi ke Planet Siber Kushia dan mendengar tentang Keluli Merah. Selepas menemui Gillvalis, Juggler melarikan diri ke Bumi Geed dengan planet itu merupakan sasaran Gillvalis yang seterusnya untuk dihakimi dan ditetapkan semula. Dengan keberadaan keluli merah di Bumi, Gillvalis menghantar Tentera Galactron dengan model baru serta sekumpulan Valis Raider untuk mendapatkannya.

Setelah Orb, Geed, Zero dan Juggler berhadapan dengan beberapa Galactron, Juggler pergi ke entah ke mana sementara sekumpulan Ultra itu pergi ke Planet Siber Kushia untuk menyelesaikan perseteruan mereka. Gillvalis bertukar menjadi Perfect Form untuk bertarung dengan Ultra itu secara langsung. Selepas mereka berhempas pulas, Zero dan Orb masing-masing berjaya menghancurkan perisainya dengan Zero Twin Shoot dan Orb Supreme Calibur dengan Geed melemahkannya dengan Giga Thurst dan Riser Ray Beam. Geed kemudian menamatkan pemerintahan Gillvalis dengan memusnahkan terasnya menggunakan Crescent Final Geed.

Ultraman Z[]

Gillvalis entah bagaimana telah dihidupkan semula dari Devil Splinter. Ia meneruskan usahanya untuk membasmi kehidupan yang cerdas. Ia menyerang Planet Ain (惑星アイン, Wakusei Ain) dan bertembung dengan Geed di sana. Geed bersedia untuk menggunakan Giga Finalizer untuk menentangnya tetapi dia diserang sebelum dia sempat bertukar menjadi Ultimate Final dan mengakibatkan Geed Riser miliknya mengalami kerosakan. Pega telah diberikan Z Riser oleh Ultraman Hikari dan dia menyerahkannya kepada Riku supaya dia dapat mengejar Gillvalis yang telah melarikan diri ke Bumi.

Gillvalis mendarat di Bumi di mana Haruki Natsukawa dan Yoko Nakashima masing-masing sedang berlatih dalam SAA Sevenger dan Windom mereka dan hampir menghancurkan mereka. Geed yang telah bertukar menjadi Galaxy Rising berjaya mengejar Gillvalis dan memusnahkan badannya dengan kuasa barunya itu. Teras Gillvalis dapat bertahan tetapi telah mengalami kerosakan lalu mencari silikon untuk diserap dan memperbaiki dirinya. Yuka Ohta menjalankan sebuah rancangan untuk memancingnya keluar dengan memasukkan maklumat palsu di Internet dan telah berjaya mendapatkan perhatian Gillvalis. Apabila ia diserang, Gillvalis bertukar menjadi Perfect Form sekali lagi tetapi mengalami beberapa kekurangan kerana kerosakan pada terasnya.

Haruki dan Riku masing-masing bertukar menjadi Ultraman Z dan Ultraman Geed untuk bertarung dengannya. Yuka dan Yoko juga turut membantu dalam pertarungan itu dengan memuat naik Millennium Prize Problem ke dalam sistem Gillvalis secara paksa lalu memperlahankan fungsi-fungsinya yang lain apabila AI cuba untuk menyelesaikan soalan itu. Z dan Geed mengambil peluang itu untuk menamatkannya dengan Geed menggunakan Galaxy Burst untuk meletupkan perisainya lalu Z memusnahkan terasnya menggunakan Z Lance Arrow. Kembalinya Lelaki Itu!

Devil Splinter asal Gillvalis telah diambil oleh Celebro untuk menggantikan Devil Splinter miliknya yang telah hilang dan mensintesis dengan DNA Riku untuk mencipta Medal Belial.

Celebro berjaya mencipta Medal Kaiju Gillvalis. Marah akan kehilangan Medal Belial, Celebro menggunakan Medal Gillvalis dan Galactron MK2 untuk menukar paksa Horoboros menjadi Metsuboros. Tangisan Seekor Singa

Data[]

Core

Core (コア, Koa) merupakan bahagian utama Gillvalis. Ia disimpan di dalam struktur yang kelihatan seperti menara putih.

Statistik
  • Ketinggian: 40 meter
  • Berat badan: 40,000 tan
  • Tempat asal: Planet Siber Kushia
  • Kelemahan:
    • Teras itu hanya boleh dimusnahkan menggunakan Giga Finalizer yang merupakan satu-satunya alat yang boleh membelah logam tebalnya.
    • Jika teras itu mengalami kerosakan, ia tidak dapat membina semula Perfect Form dengan sempurna dan mengakibatkan ketahanannya berada pada tahap yang rendah.
    • Teras Gillvalis boleh digodam iaitu dengan memasukkan soalan matematik yang sukar yang akan menyebabkan ia memperlahankan fungsi-fungsinya yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kuasa dan Senjata
  • Ketahanan: Seperti yang dinyatakan oleh Juggler, dalam Core Form, Gillvalis memiliki ketahanan yang luar biasa apabila ia tidak mengalami kecederaan daripada pancaran penamat Ultra dan masih meneruskan misinya. Satu-satunya kelemahannya ialah Giga Finalizer dan disebabkan itulah sebahagian dari penaklukannya adalah untuk mencari dan menghancurkan alat itu.
  • Tentera Galactron: Gillvalis dapat memanipulasi tentera Galactron.
    • Penghubung Visual: Oleh kerana Galactron merupakan robot ciptaannya, Gillvalis boleh melihat rasa mereka.
  • Valis Raider: Gillvalis mengawal sekumpulan tentera robot yang bersaiz manusia.
  • Digitasi: Gillvalis boleh mendigitalkan cakerawala besar seperti planet dan juga manusia.
  • Pertukaran: Teras Gillvalis boleh menukarkan dirinya menjadi Perfect Form. Untuk bertukar, Core perlu menyerap silikon yang secukupnya ke dalam dirinya.
  • Penerbangan: Jika menara yang memegang teras utama dimusnahkan, teras itu boleh terbang dan melarikan diri dengan sendiri.
  • Pancaran Elektrik: Core boleh menjana beberapa pancaran elektrik yang boleh mengambil sesuatu objek atau menyerang.

Perfect Form

GillvalisNormal

Normal Mode


GillvalisSalvo

Salvo Mode


Perfect Form (完全態, Kanzen-tai) Gillvalis diperoleh dengan membina perisai dan senjata dan di sekelilingnya.

Statistik
  • Ketinggian: 75 meter
  • Berat badan: 97,000 tan
  • Tempat asal: Planet Kushia
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 6
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 1.5
  • Kuasa Melompat: 800 meter
  • Kekuatan Lengan: 197,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 130,000 tan
Kuasa dan Senjata
  • Ketahanan: Perisai Gillvalis memiliki ketahanan dan mampu bertahan dengan serangan tanpa henti dari senjata tiga Ultra dan beberapa serangan penamat secara berturut-turut sebelum akhirnya rosak.
  • Valis Torretta (バリストレッタ, Barisu Toretta): Menara kecil yang terletak di seluruh badan Gillvalis.[2] Namanya berasal dari bahasa Itali yang bermaksud "Menara".
    • Senjata Tangan: Gillvalis memiliki senjata pistol di tangannya.
    • Valis Distorts (バリスデストルツ, Barisu Desutorutsu): Pancaran besar yang dilancarkan dari meriam Gillvalis.
    • Valisucchione (バリスチオーネ, Barisuchiōne): Peluru cahaya gergasi. Namanya berasal dari bahasa Itali yang bermaksud "Tembak".
    • Valis Braccia (バリスブラチア, Barisu Burachia): Gillvalis memutar sisi badannya dan menukar lengannya dengan menara yang banyak. Namanya berasal dari bahasa Itali yang bermaksud "Lengan". Ia juga dipanggil sebagai Salvo Mode (一斉射撃モード, Issei Shageki Mōdo).[3]
      • Valis Daltifi (バリスダルティフィー, Barisu Darutifī): Menggunakan senjata-senjata yang lain sekaligus, Gillvalis melepaskan rentetan peluru berpandu dan laser dari senjata di seluruh badannya.
  • Valiscornora (バリスコルノーラ, Barisukorunōra): Tanduk Gillvalis boleh digunakan untuk menyerang. Namanya berasal dari bahasa Itali yang bermaksud "untuk Menghina".
  • Valis Luce (バリスルーチェ, Barisu Rūchel, Tidak digunakan): Sebuah penghalang yang bertindak sebagai pertahanan. Namanya berasal dari bahasa Itali yang bermaksud "Cahaya".
  • Machine Control Roar: Gillvalis melepaskan "ngauman" yang boleh mengawal mesin lain secara sementara.

Barang dagangan[]

Ultra Monster DX[]

Galeri[]

Trivia[]

  • Berita di laman web Bahasa Inggeris rasmi telah tersilap mengeja nama Gillvalis sebagai Gilbaris.[1]
  • Perfect Form Gillvalis telah direka bentuk sedemikian untuk memperkenalkan seorang lawan yang mampu berhadapan dengan tiga Ultra sekaligus.
  • Pelakon suara Gillvalis iaitu Katsyuki Konishi pernah menyuarakan Beast the One dalam filem ULTRAMAN.
  • Selain menjadi pengawal Galactron, Perfect Form miliknya juga memiliki aspek dari segi reka bentuk mereka.
  • Bentuk Core miliknya dan babak di mana tentera Valis Raider di hadapannya merupakan rujukan kepada Venjix Virus dari siri Power Rangers RPM. Ia juga merupakan versi sfera RE.M. di dalam Neo Brittania yang diwarnakan semula.
  • Dalam Rekod Pasifik, Gillvalis digambarkan sebagai seekor penyu gergasi yang dinamakan sebagai Syaitan Besi (鉄の悪魔, Tetsu no Akuma). Ilusi ini dilukis oleh Yasushi Ochi dan Koichi Sakamoto menggambarkannya sebagai makhluk yang serupa dengan "Mecha Gamera".

Rujukan[]

Kaiju Ultraman Geed
Ultraman Geed Alien Pegassa Pega | Skull Gomora | Alien Shadow (Zenna, Kuruto) | Alien Sturm Kei Fukuide | Dada | Darklops Zero | Alien Hook | Alien Pitt Tree-Tip | Eleking | Samekujira | Lunah | Arstron | Thunder Killer | Galactron | Tyrant | Alien Zobetai Nabia | Zandrias | Alien Groza | Alien Serpent | Alien Pedan | Alien Zelan | Alien Doble | Alien Neril | Alien Bado | Pedanium Zetton | Alien Ckalutch | Zegun | Cicada Woman | Alien Godola (Godo-Wynn) | Chimeraberus | Legionoid Dada Customize | Zaigorg | Mecha Gomora | Star Bem Gyeron | Lecuum | Gubila | King Galactron | Lidorias | Alien Reiblood | Reibatos | Alien Mefilas Sly | Alien Hipporit Jatar | Alien Temperor Villainous | Alien Groza Grocken | Alien Deathre Deathlogue
Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes! Rakyat Kushia (Buran Saderuna, Airu Higa) | Alien Pegassa Pega | Jugglus Juggler | Tentera Galactron | Gillvalis | Valis Raider | Alien Jaki Arlon | MJ Galilee | Gukulushisa | Ruffle | Alien Norvar | Rawaan Man | Alien Gemaha | Idarada | Magdom | Bruck | Alien Nackle | Alien Ckalutch | Alien Shaplay | Galmess | Hupnath | Alien Bado | Kemur | Lecuum
Ultraman Festival 2017 Ultra Dark-Killer | King Galactron | Alien Pedan | Perfect King Joe
Ultraman Fusion Fight! Capsule Fusion MagaMaga-Arch Belial | Strong Gomorant | Bemzeed | Burning Bemstra
Another Gene Nix Kanaya | Alien Shadow Zena | Alien Sturm Kei Fukuide | Dori-chan | Ele-chan | Gubi | Alien Magma
Kaiju Ultraman Z
Ultraman Z Gomess | Sevenger | Genegarg | Bullton | Celebro | Neronga | Majappa | Bemstar | Segmeger | Windom | Guigass | Gomora | Telesdon | Erimaki-Telesdon | Peguila | Jugglus Juggler | Zeppandon | Gillvalis | Alien Pegassa Pega | Valis Raider | Skull Gomora | Thunder Killer | Pedanium Zetton | Alien Pitt | Tri-King | Five King | King Joe | Alien Barossa | Red King A & B | Giestron | Grigio Raiden | Kanegon | Greeza | Horoboros | Metsuboros | Alien Barossa II | Pagos | Kemur | Baraba | M1 | Kelbim | Mother Kelbim | Alien Barossa III | Ultroid Zero | Takkong | King Guesra | Demaaga | Gomess (S) | Destrudos
Fight! Sevenger Sevenger | Jugglus Juggler | Crazygon | Diplas | Jirangon | Majaba | Red Smogy | Samekujira | Idatenran | Vortex Fire | SC-2 Prototype Machine | Gakuma | Ashuran
Sevenger Fight Sevenger | Jugglus Juggler | Jirahs | Alt-Helzzking | Eleking | Dancan | Pigmon | Garamon | Gazort | Reconstructed Pandon | Alien Icarus | Gandar | Alien Ghose | Beam Missile King | Pestar | Satan Beetle | Alien Boze | Alien Akumania | Alien Kettle | Oni-on
Ja no Michi wa Hebi Sagittari/Grigio/Grigio Raiden | Jugglus Juggler | Biranki | Alien Nackle | Alien Salome | Alien Godola | Phalaris | Alien Arcana Doman Seman | Alien Chibull Mabuze | Zigzag | Alien Serpent | Gango | Darebolic (MB) | Jinobe | Alien Markind | Alien Borg Puan Graia | Celebro | Genegarg
Advertisement