Ini mungkin bukan halaman yang anda cari. Untuk sekumpulan Ultra jahat dalam siri Tiga dan Trigger, rujuk Gergasi Kegelapan.
Gergasi Kegelapan dalam Projek Ultra N ialah kumpulan Ultra jahat yang dipimpin oleh pencipta mereka, Dark Zagi dalam pertarungan menentang Ultraman Noa dan bentuk devolusinya, Ultraman Nexus. Walaupun dikenali sebagai satu pasukan, ahli kumpulan ini bertindak secara individu di bawah arahan ketua mereka. Sekiranya seorang Gergasi Kegelapan tewas dalam pertempuran, anggota lain akan mengambil tempatnya untuk meneruskan misi.
Dalam tulisan Kanji, nama kumpulan ini ditulis sebagai Yami no Kyojin
atau Ankoku Kyojin .Sejarah[]
Ultraman Nexus[]
"Aku dapat lihat Nagi akan dapat cahaya dari Ultraman. Dan sebab tulah... Faust dan Mephisto lawan Ultraman), sebab nak panjangkan kuasa cahaya. Bila gunakan Riko Saida dan Mizorogi... Nagi, semua tu untuk menggelapkan ingatan kau tu. Jadi aku rasa lebih selesa kalau bersama dengan korang. Semua tu untuk melindungi dari penyamaran aku yang sebenar."
- ―Mitsuhiko Ishibori/Dark Zagi
Setelah kehilangan bentuk fizikalnya akibat pertarungan dengan Ultraman Noa dan terpaksa mengambil identiti Mitsuhiko Ishibori, Dark Zagi mula merangka rancangan jangka panjang yang berpusat pada Nagi Saijyo. Dengan menjangkakan bahawa cahaya Noa akan memilih Nagi, dia mencipta Gergasi Kegelapan sebagai alat untuk melaksanakan rancangannya. Langkah pertama ialah menggunakan Dark Mephisto untuk mempengaruhi Shinya Mizorogi agar berpihak kepadanya, serta merancang kematian Riko Saida untuk membolehkan Dark Faust menjadikan Riko sebagai jasad tumpangan.
Gergasi Kegelapan memulakan tindakan mereka pada masa kini ketika Night Raider merekrut Kazuki Komon sebagai anggota baru. Sambil Mizorogi memerhati dari bayangan, Dark Faust kerap bertarung dengan Himeya dan turut menyasarkan Komon dengan menimbulkan rasa bersalah terhadap peranannya dalam kematian Riko Saida. Kemudian, Mizorogi menyingkirkan Faust menggunakan Nosferu apabila Riko yang sebenar mula menekan pengaruh Gergasi Kegelapan dalam dirinya, sehingga mendedahkan identitinya sebagai Dark Mephisto kepada Night Raider. Mizorogi/Mephisto dilihat terbunuh dalam pertarungan itu. Namun, Mizorogi sebenarnya terselamat tetapi hilang ingatan, memaksa Zagi untuk campur tangan secara aktif dalam serangan Space Beast berikutnya. Antara tindakannya ialah menggodam pangkalan data TLT untuk memadam maklumat tentang serangan pancaran Nexus dan memperkuatkan Space Beast melalui Dark Field G.
Apabila Mizorogi ditangkap oleh TLT, Zagi mencuci otak Hiroyuki Misawa untuk menjadi klon Mephisto bagi menggantikan tugas Mizorogi serta membungkamnya daripada mendedahkan rahsia Zagi. Mizorogi kemudian memperoleh kembali keupayaan untuk bertukar menjadi Mephisto dan mengorbankan dirinya untuk menahan pelanduk dua serupanya itu, memberi peluang kepada Nexus untuk menghabisi mereka berdua. Dalam nafas terakhirnya, Mizorogi melaporkan kepada Nagi bahawa Zagi berada dalam kalangan anggota TLT. Selepas kehancuran Izmael, cahaya Nexus diserahkan kepada Nagi, seperti yang telah diramalkan oleh Zagi. Selepas membunuh anggota-anggota Night Raider, Ishibori mengakui identiti sebenarnya sebagai Zagi dan motifnya untuk memperkuat Nexus melalui Gergasi Kegelapan sebagai alat sambil menyemai kebencian dalam diri Nagi. Transformasi Nagi menjadi Nexus mencetuskan perangkap oleh Lethe yang menyerap kebencian Nagi dan cahaya Nexus untuk menukarnya menjadi tenaga gelap, membangkitkan kembali Dark Zagi dan memulakan pemerintahannya yang penuh kengerian. Zagi akhirnya ditewaskan apabila cahaya Nexus dipindahkan kepada Komon, yang memulihkan Nexus ke bentuk asalnya, Noa.
Ultraman Nexus TV COMPLETE DVD-BOX: Second Coming - Dreams -[]
Tiga tahun selepas kematian Zagi, Dark Lucifer muncul sebagai Gergasi Kegelapan terakhir ciptaannya yang menjadi lawan kepada Ultraman Noa.
Ultraman F[]

Soso dan Utsutsu sebagai Gergasi Kegelapan alternatif.
Versi alternatif Dark Zagi mengubah saintis asing, Soso and Utsuutsu menjadi Dark Mephisto dan Dark Faust setelah mereka menyerahkan jiwa mereka kepada pahlawan gelap itu sebagai pertukaran untuk kuasa yang lebih besar. Ketiga-tiga mereka bertarung dengan Akiko Fuji sebagai Giant Soldier F, di mana pancaran Zagi menjadi pemangkin untuk mengubah Fuji menjadi Ultraman F. Dengan kuasa barunya, Fuji berjaya menewaskan Faust dan Zagi. Tubuh Mephisto pula dihancurkan oleh M87 Beam. Selepas kematian Utsuutsu, Soso hampir menghancurkan Bumi kerana dendamnya, tetapi dihalang oleh semangat Utsuutsu yang muncul untuk menyedarkannya.
Ahli[]
Trivia[]
- Berbeza dengan pasukan lain yang mempunyai nama serupa, Gergasi Kegelapan ciptaan Zagi bukan sahaja beroperasi secara individu, malah dianggap sebagai alat sekali guna untuk merealisasikan rancangannya. Selain itu, setiap anggota pasukan ini berkongsi skema warna hitam dan merah yang menjadi identiti mereka.