Ultraman Wiki
Advertisement

Gadis Bereben Biru (青いリボンの少女, Aoi Ribon no Shōjo) ialah episod ke-21 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Satu lagi Hyper Zetton Deathscythe muncul serentak dengan seorang gadis pelik yang bereben biru.

Plot[]

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kelihatan penampakan Hyper Zetton Deathscythe dan seorang gadis misteri berambut reben biru sering dikongsikan di internet. Mengingat kembali Alien Zetton Maddock, ramai yang berteka-teki jika gadis itu rakan kongsinya, namun menyangkalnya kerana andai benar, gadis itu pasti akan membantunya daripada membiarkannya dibunuh. Shin mendapat satu idea dan menggunakan lokasi penampakan untuk menganggar lokasi seterusnya. Naomi cuba membawa Gai sekali lagi, namun malangnya, dia sudahpun menghilangkan diri seperti biasa.

Pasukan tersebut menjejaki kebarangkalian lokasi gadis berambut reben biru di kawasan kediaman keluarga Iwake dan mendapati Gai telah pun tiba di sana. Pasangan Iwake menafikan bahawa mereka pernah bertemu dengan gadis misteri tersebut tetapi menyambut baik kedatangan Gai sekiranya dia kembali. Shibukawa muncul dan mengarahkan mereka untuk berpindah kerana kemunculan Hyper Zetton Deathscythe, namun sebaliknya SSP dan Gai bergegas ke tempat kejadian. SSP menyaksikan Gai bertarung dengan gadis misteri yang kelihatannya mengawal Zetton, sebelum gadis itu pengsan dan Zetton menghilang ketika menghampiri mereka.

Gadis reben biru bernama Maya itu dibawa pulang dengan selamat ke rumah keluarga Iwaki, di mana dia mendedahkan bahawa "ia" telah berlaku lagi. Di pejabat SSP, Shibukawa mengungkapkan bahawa pasangan Iwaki dahulunya selalu merantau ke seluruh dunia, selain itu mereka hanya tinggal berdua dan tidak memiliki anak. Apabila mereka turut merasakan raksasa Zetton itu ada kaitan dengan Maya, pasukan VTL pun mula memerhatikan mereka. Shin menjelaskan bahawa gelang tangan Maya dan Hyper Zetton Deathscythe mempunyai gelombang yang hampir serupa. Di rumah keluarga Iwaki, Maya mengingati bagaimana keluarga Iwaki mengambilnya sebagai cucu angkat ketika dia berada di jalanan, dan sejak itu mereka hidup bersama sebagai sebuah keluarga. Walaupun Wataru tahu Maya mungkin tidak akan kekal lama di situ, Gai datang melawat dan membelikan mereka mitarashi dango untuk dinikmati bersama teh. Gai memperhatikan Maya dengan teliti dan bertanya sama ada dia mengingatinya, namun Maya menafikannya. Maya mengakui bahawa dia suka tinggal bersama datuk dan nenek angkatnya, tetapi adakalanya dia merasa dirinya seperti orange lain, cuma ada kegelapan di dalam otaknya. Walaupun datuk dan neneknya menyatakan dia hanya bermimpi ngeri, Maya takut jika suatu hari dia akan diselubungi kegelapan sepenuhnya.

Hyper Zetton Deathscythe muncul lagi dan gelang Maya bertindak balas, menyebabkan dia menyerang Gai. SSP tiba di lokasi kejadian dan Shibukawa segera bersiap sedia, mengisytiharkan Maya sebagai makhluk asing, namun dia dilindungi oleh datuk dan nenek angkatnya. Tiba-tiba, satu suara yang tidak asing didengar pada diri Maya, memberitahu bahawa tujuan dia menggunakan rupa bentuk itu supaya Gai tidak menyerangnya, tetapi tidak menyangka bahawa pasangan Iwaki akan mempertahankannya. Naomi meyakini bahawa suara tersebut adalah milik Maddock, yang kemudiannya mengakuinya. Status sebenar Maya adalah badan ganti Maddock, hidupan buatan yang dicipta oleh Alien Zetton Maddock sebagai unit sandaran untuk menghapuskan Gai Kurenai apabila percubaannya untuk membunuh Gai secara langsung gagal. Badan ganti Maddock menghabiskan sisa hidupnya di jalanan, namun pertemuannya dengan keluarga Iwaki menyebabkan memorinya dibebani dengan maklumat dan perasaan yang tidak perlu, yang seterusnya mencipta personaliti terpisah yang dikenali sebagai Maya. Tidak membuang masa, Maddock memanggil Zetton dan Gai cuba menarik raksasa itu jauh, tetapi sebelum ia sempat melepaskan serangan, Maya cuba melawan kehendak Maddock sendiri.

Dari kalangan rakan-rakannya, Gai berjaya mengalihkan perhatian raksasa itu sebelum bertukar menjadi Orb Origin dan mula bertarung dengan Zetton sebelum beralih kepada pertarungan di udara. Sementara Maddock mengawal Zetton, Shin mengenal pasti bahawa gelang Maya perlu dihancurkan terlebih dahulu bagi memutuskan kawalan raksasa itu ke atasnya, lantas Shibukawa pun bersiap sedia untuk berbuat demikian, tetapi pasangan Iwaki menghalangnya, melihat bagaimana Maya berjuang melawan separuh dirinya yang lain. Pasangan itu mengingatkan Maya tentang saat-saat bahagia yang dilaluinya bersama mereka sambil dia sendiri cuba untuk merosakkan gelang itu walaupun Maddock memberi amaran bahawa melakukan demikian akan menghapuskan memori keluarga angkatnya berserta Maddock. Walau bagaimanapun, Maya tetap melakukannya dan tidak terlupa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penjaganya sebelum pengsan. Dengan Zetton yang sudah lemah, Orb merampas Orb Caliburnya dan melemparkan raksasa itu ke udara sebelum dia bertukar menjadi Thunder Breastar untuk melancarkan jurus penamat.

Maya terjaga semula tanpa sebarang ingatan tentang masa lalunya, tetapi pasangan Iwaki mengingatkannya tentang impian asalnya untuk mengembara ke seluruh dunia. Kaoru memberikan semula baju lamanya kepada Maya dan memasukkannya ke dalam bagasinya. Gai memberi nasihat kepada gadis pengembara itu untuk pergi ke mana sahaja yang dia inginkan, tetapi mempunyai tempat untuk pulang pasti lebih seronok. Maya mengucapkan terima kasih atas segala yang telah mereka lakukan dan mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita ingin untuk hari ni... ini dia!
  • Orb Ring: Ultraman Tiga Sky Type!
  • Gai: Salah satu keunikan Tiga adalah kebolehannya mengubah jenis modnya. Sky Type adalah jenis pantas dan mahir dengan peperangan udara! Manakala raksasa hari ini pula ialah...
  • Orb Ring: Hyper Zetton Deathscythe!
  • Orb: Hyper Zetton Deathscythe. Seekor dinosaur angkasa lepas yang dibawa ke Bumi oleh Alien Zetton. Sabit di tangannya adalah senjata yang sangat berbahaya. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Wataru Iwaki (岩木 渉, Iwaki Wataru): Kotaro Shiga (志賀 廣太郎, Shiga Kōtarō)
  • Kaoru Iwaki (岩木 薰, Iwaki Kaoru): Taeko Hattori (服部 妙子, Hattori Taeko)
  • Maya (マーヤ, Māya): Kayako Okuda (奥田 佳弥子, Okuda Kayako)
  • Wanita dalam Video (動画の女性, Dōga no Josei): Chieri Ajioka (味岡 ちえり, Ajioka Chieri)

Pelakon suara[]

  • Alien Zetton Maddock (ゼットン星人マドック, Zetton Seijin Madokku) Kenta Matsumoto (松本 健太, Matsumoto Kenta)

Pelakon sut[]

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ni merupakan penghormataan kepada episod dari siri Ultraman Leo, Terror of the Saucer Race Series - The Phantom Girl.
  • Ini juga merupakan kali pertama dan satu-satunya masa di mana Gai terus bertukar kepada bentuk Origin tanpa melalui bentuk-bentuk alternatifnya terlebih dahulu.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement