Filis ialah Ultraman berwarna biru yang pertama kali muncul dalam Tri-Squad VoiceDrama, iaitu bonus dari siri Ultraman Taiga.
Sejarah[]
Tri-Squad VoiceDrama[]
Filis ialah arkivis yang menguruskan peninggalan lama dari zaman tamadun yang lalu. Dia merupakan satu-satunya pekerja yang berada di jabatannya. Taiga selalu berjumpa dengan Filis untuk menyatakan kekecewaan semasa hidup dalam bayangan bapanya. Filis menjadi kawan kepada Taiga dengan sangat cepat kerana dia memandang Ultra itu sebagai dirinya sendiri dan bukan dari imej bapanya. Pada suatu masa, Filis menunjukkan sebuah kapsul yang mengandungi Triger Shot kepada Taiga, Ia adalah sebuah senjata yang digunakan oleh bentuk manusia Mebius yang mana mengandungi eksploitasinya di Bumi dan masa yang dihabiskan dengan kawan-kawannya. Perkara ini telah membuatkan Taiga melatih dirinya dengan bersungguh-sungguh.
Trivia[]
- Pelakon suara Filis juga menyuarakan Alien Markind dari siri yang sama.
- Filis adalah serupa dengan Voice, iaitu Ultra berwarna biru eksklusif yang juga kawan kepada pahlawan muda dari keturunan Ultra Brothers.