"Sayalah manusia yang baru muncul, dan saya akan memimpin semua manusia yang ada di sini."
- ―Suara rakaman Keigo Masaki melalui rangkaian Cytech Corporation
Evil Tiga ialah seorang Gergasi Cahaya Ultra Purba yang mempunyai persamaan yang tinggi dengan Ultraman Tiga. Pada asalnya, dia merupakan seorang Ultra yang baik, tetapi telah menjadi jahat akibat dari pengaruh hosnya setelah dibangkitkan pada zaman kini melalui penggabungan secara paksa.
Konsep[]
Etimologi[]
Ia tidak diketahui apakah nama sebenar Evil Tiga kerana nama "Evil Tiga" hanya digunakan dalam bahan luar. Dalam siri, dia dipanggil sebagai "Tiga yang Palsu" Rena walaupun statusnya sebagai Ultraman yang tulen. Dalam pementasan DARKNESS HEELS~THE LIVE~, Evil Tiga menunjukkan rasa sangat jijik apabila dipanggil dengan nama samaran itu, tetapi pada masa yang sama tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya.
olehReka bentuk[]
Cadangan asal Evil Tiga ialah dia dirancang untuk menjadi seorang Ultraman berwarna hitam yang mana sudahpun direka oleh Hiroshi Maruyama sejak penyiaran pertama siri Ultraman Neos. Penampilannya telah diubah daripada reka bentuk Ultraman Tiga yang telah ditolak.
Sejarah[]
Ultraman Tiga[]
Zaman Ultra di Bumi telah lama berakhir, dan hanya Ultraman Tiga yang mampu muncul di zaman moden 30 juta tahun kemudian dengan bantuan seorang manusia yang dikenali sebagai Daigo. Apa yang tinggal dari bangsa gergasi ini setelah pulang ke dunia asal ialah mereka telah meninggalkan replika tugu diri, tetapi tidak lama kemudian, satu minda yang songsang akan menghidupkan semula salah seorang pahlawan purba ini.
Selepas penciptaannya, Geozark telah menemui lokasi salah satu tugu terakhir. Dr. Keigo Masaki dari Cytech Corporation mencuri Sparklence milik Daigo untuk membebaskan kuasa makhluk baru ini. Masaki bergabung dengan pahlawan itu dan apa yang terhasil nyatanya bukanlah kuasa kebaikan. Terpesong akibat dari penggabungan secara paksa dengan Masaki, gergasi itu menjadi Evil Tiga dan mula menyerang manusia di bandar. Pasukan GUTS yang menyedari bahawa dia bukanlah wira mereka mula menentangnya namun langsung tidak membuahkan hasil sebelum seekor raksasa purba turut bangkit untuk menentangnya ketika Daigo tidak berdaya iaitu Guardie, sahabat lama wira tersebut. Kaiju yang ramah itu berusaha sebaik mungkin untuk menenangkan dan menghentikan sahabatnya itu, tetapi Evil Tiga terus menyerangnya dengan pukulan demi pukulan. Ketika dia hampir menamatkan riwayat makhluk itu, Daigo berjaya mendapatkan kembali Sparklence dan bertukar menjadi Ultraman Tiga. Namun sebaik tiba, tragedi yang tidak diingini telahpun berlaku atas sebab keseronokan semata-mata. Hal itu menaikkan darah Daigo dan menandakan permulaan pertarungan mereka.
Kekuatan kebaikan dan kejahatan bertembung di tengah-tengah bandar ketika kedua-dua mereka saling menyerang dan menangkis serangan antara satu sama lain. Kemudian, berlakunya pertembungan pancaran dengan kekuatan yang sama sebelum ledakan dari serangan itu menolak mereka ke belakang. Namun, seiring pertarungan itu, Evil Tiga terbukti sedikit lebih pantas dan lincah daripada Tiga. Tenaga mereka mula berkurangan dan lantas melancarkan serangan terakhir satu sama lain di mana Evil Tiga melancarkan tendangan lompat sementara Tiga menggunakan serangan pancungan. Kelihatan Tiga memegang sisi badannya kerana kesakitan akibat serangan Evil Tiga, tetapi nampaknya serangan Tiga lebih memberikan kesan apabila gergasi gelap itu jatuh ke tanah dalam keadaan tak berdaya. Ketika Ultra jahat itu cuba untuk bangkit dan bersedia untuk menyerang, Tiga bertindak lebih pantas dengan melepaskan pancaran Zeperion Beam yang telah diubahsuai. Pancaran tenaga itu menghujani Evil Tiga, membersihkannya lalu mengembalikannya menjadi Keigo Masaki. Pewarisan Bayang-Bayang
Ultraman Dyna[]

Evil Tiga dalam Ultraman Dyna
Evil Tiga muncul semula dalam siri Ultraman Dyna sebagai anggota Tentera Raksasa Ilusi, sebuah tentera yang terdiri daripada ilusi raksasa yang pernah muncul sebelum ini. Evil Tiga merupakan antara halusinasi yang dilihat oleh anggota Super GUTS sebelum ia berubah menjadi rupa sebenarnya: Moravia. Kuasa Memikirkan Awak Ia juga didedahkan bahawa selepas pemusnahan Evil Tiga yang asal, TPC secara rahsia memulakan Project F selepas terinspirasi dari tindakan Keigo sebelumnya dan akhirnya mencipta Ultraman buatan yang digelar Terranoid. Bab Akhir I: Bayang-Bayang Baru
Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale![]
Salinan digital Evil Tiga muncul dalam Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale! sebagai Evil Tiga (Bug Ray) .
Sementara Hikaru Raido dan rakan-rakannya bertukar menjadi Ultra untuk melihat siapa yang paling kuat melalui Livepad, tiba-tiba dunia maya itu menjelmakan lima Ultra jahat/palsu versi tiruan yang terdiri daripada Chaos Ultraman, Chaosroid T, Evil Tiga, Chaosroid S, dan Chaosroid U. Sekumpulan remaja yang dalam bentuk Ultra mereka itu bertempur dengan kumpulan Ultra jahat itu sehingga keletihan. Hikaru/Ginga memberikan semangat kepada mereka untuk bangkit semula sambil melepaskan serangan penamat masing-masing kepada lawan mereka. Akhirnya, tamatlah riwayat lima Ultra jahat itu.
Profil[]

Statistik[]
- Ketinggian: 54 meter
- Berat badan: 44,000 tan
- Umur: Tidak diketahui
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5
- Had Masa: Evil Tiga juga mempunyai had masa, namun Evil Timer miliknya akan berkelip lebih lambat daripada biasa. Ini mungkin menunjukkan bahawa dia boleh bertahan lebih lama di Bumi berbanding Tiga yang sebenar ataupun had masanya bergantung pada kecederaan yang telah dialaminya.
Ciri-ciri Tubuh[]
- Evil Crystal : Kristal yang terdapat di dahi Evil Tiga, sama ada ia membolehkannya melakukan Type Change masih tidak diketahui.
- Evil Eye : Mata Evil Tiga sama sepertimana mana-mana Ultra yang lain, tetapi ia bersinar biru dan mempunyai bayang hitam di sekelilingnya.
- Evil Timer : Color Timer milik Evil Tiga berfungsi seperti Color Timer biasa, walaupun hakikatnya cahaya dalamannya telah dicemari.
- Evil Protector : Jalur kuning dan merah di dadanya merupakan bahagian yang paling kukuh pada tubuhnya dan hampir tidak dapat dimusnahkan oleh serangan. Ia mampu menahan sepuluh ribu tan, kejutan dan serangan pancaran.
- Evil Body : Tubuh Evil Tiga mampu menahan serangan pancaran daripada pejuang GUTS dengan mudah. Ia juga bersinar putih terang ketika dia pertama kali muncul sehinggalah hati Masaki mencemarkannya.
Teknik[]
Khas[]
- Evil Shot : Pancaran hitam dalam gaya "L" Evil Tiga dilepaskan dengan gerakan tangan yang terbalik daripada gerakan dan posisi tangan Ultraman Tiga semasa melancarkan Zeperion Beam. Ia sama kuat dengan Zeperion Beam.
- Evil Barrier : Evil Tiga boleh menjelmakan penghalang tenaga ungu yang mampu mengalih semula pancaran serangan ke mana-mana arah yang dia kehendaki.
- Evil Beam Ultraman Fighting Evolution 3 dan dilepaskan serta-merta sebagai pasangan gelap kepada Hand Slash milik Tiga. : Evil Tiga boleh mengeluarkan letupan tenaga yang kuat dari penumbuknya. Serangan ini boleh diisi tenaganya. Gerakan ini dinamakan Evil Slash dalam
Fizikal[]
- Evil Kick : Tendangan terbang yang dilakukan oleh Evil Tiga, namun ia berjaya dipatahkan oleh Tiga dengan Brain Chop. Menurut latar cerita, kuasa tendangan ini dikatakan mampu menghancurkan sebuah bangunan yang besar dengan satu serangan.
- Evil Punch : Satu tumbukan yang kuat.
- Evil Flight : Evil Tiga boleh terbang di udara pada kelajuan yang setanding dengan Ultraman Tiga.
ULTRA MONSTERS[]
- Geozark Attack : Evil Tiga menunggang sirip Geozark, meluncur ke arah lawan sebelum melancarkan serangan tendangan. Ini tidak boleh dianggap sebagai serangan berpasukan kerana peranan Geozark hanyalah sebagai penyokong dan merupakan sebahagian daripada serangan (pemain) Evil Tiga.
- Evil Genocider Gatanothor. Evil Tiga melompat ke belakang Gatanothor sementara raksasa itu menghembus Shadow Mist untuk mengelirukan lawan. Evil Tiga kemudian menyerang lawan yang bingung sehingga Gatanothor melancarkan Petrifaction Ray untuk membekukan mereka menjadi batu. Akhirnya, Evil Tiga menyerap Shadow Mist Gatanothor untuk memperkuatkan Evil Shot miliknya ke arah lawan yang sudah dibekukan. : Satu serangan berpasukan bersama
Media Lain[]
Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: New Generations[]
Evil Tiga merupakan musuh terakhir bagi jalan cerita Tiga dalam permainan video PS1 1998, Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: New Generations.
Ultraman Fighting Evolution 3[]
Evil Tiga muncul semula dalam Ultraman Fighting Evolution 3 sebagai watak yang boleh dimainkan. Dalam Ultra Mode, watak sokongannya ialah Geozark. Dalam permainan ini, cincin Evil Timer miliknya telah ditukar kepada cincin Color Timer yang digunakan semula daripada Chaos Ultraman.
Lost Heroes 2[]
Compati Hero Series pada tahun 2015 menampilkan Evil Tiga sebagai watak yang tidak boleh dimainkan. Memandangkan Keigo Masaki tiada, Evil Tiga digambarkan sebagai seorang Ultra yang telah dicuci otaknya dan menyalahgunakan Guardie secara fizikal dan bertarung dengan Tiga yang asal hingga seri. Bukannya dikalahkan, dia kembali kepada kesedarannya dan menyokong pemain sehingga mengambil alih peranan Keigo Masaki dalam menghidupkan semula Tiga yang dibekukan menjadi batu selepas kekalahannya oleh Gatanothor.
Ultraman Live in Genting: Revenge of Baltan[]
Dalam pementasan The Revenge of Baltan, Evil Tiga telah membentuk pakatan dengan Ultraman Belial, Dark Zagi, Ultraman Zero Darkness dan Alien Baltan.
DARKNESS HEELS~THE LIVE~[]
Akan ditambahkan... DARKNESS HEELS~THE LIVE~
Trivia[]
- Tindakan yang dilakukan oleh Evil Tiga merupakan akibat daripada penggabungan secara paksa dengan Keigo Masaki, di mana kedua-dua mereka tidak mengawal tubuh Evil Tiga. Walaupun begitu, Evil Tiga menandakan kali pertama seorang Ultra tulen menjadi jahat dan kali pertama Ultra dari puak yang berbeza bertarung antara satu sama lain.
- Konsep ini akhirnya dibalikkan untuk latar belakang Tiga dalam filem Ultraman Tiga: The Final Odyssey.
- Secara kronologi, Evil Tiga merupakan Ultra Jahat kedua kerana dia tidak jahat pada masa lalu. Ultra yang pertama ialah Ultraman Tiga yang pada masa lalu jahat sepenuhnya sebagai Tiga Dark. Evil Tiga hanya menjadi jahat kerana hati jahat hosnya.
- Walaupun menjadi gergasi cahaya dalam siri ini, warna tenaga yang dihasilkan daripada serangan pancarannya dan hakikat bahawa dia merupakan sekutu kegelapan dalam kebanyakan pementasan Ultraman menunjukkan bahawa Evil Tiga secara perlahan-lahan telah menolak cahayanya demi kegelapan, mencerminkan insiden yang telah menimpa Gergasi Cahaya Ultra Purba.
- Faktor lain yang menyumbang adalah dalam permainan arked Mega Monster Battle: ULTRA MONSTERS, di mana dia ditunjukkan menyerap kegelapan Gatanothor untuk memperkuatkan Evil Shot miliknya.
- Menurut penulis Chiaki J. Konaka, episod "Pewarisan Bayang-Bayang" di mana Evil Tiga diperkenalkan menggunakan “Bayang-Bayang” dan bukannya “Kegelapan” untuk menunjukkan bahawa Evil Tiga ialah seorang Ultraman yang tulen dan bahawa dia tidak sebenarnya "jahat" secara semula jadi.[2]
- Seperti Ultraman Tiga, Evil Tiga tidak pernah bercakap secara fizikal melebihi suara mendengus. Masaki telah menyediakan sistem dengan rakaman suaranya.
- Walaupun suara dengusan asalnya (diberikan oleh Takashi Kora, pelakon yang juga melakonkan Keigo Masaki dalam siri Ultraman Tiga) telah diarkibkan seperti yang ditunjukkan dalam set Dark Spark, penerbitan permainan Ultraman Fighting Evolution 3 menggunakan suara dengusan dan ketawa Evil Tiga yang disediakan oleh Yuji Machi, pelakon suara pertama Ultraman Tiga. Sebagai perbandingan, versi Yuji merupakan versi nada rendah berbanding suara Tiga yang asal.
- Suara dengusan Evil Tiga dalam Ultraman Fighting Evolution 3 sama dengan yang digunakan untuk Tiga Dark dalam siri Ultraman Ginga.
- Suara Evil Timer Evil Tiga merupakan versi modifikasi dan nada tinggi daripada Color Timer milik Ultraman Tiga dalam siri asal. Namun, suara Evil Timer dalam Ultraman Fighting Evolution 3 telah ditukar kepada bunyi Color Timer yang digunakan semula daripada Chaos Ultraman.
- Evil Tiga merupakan Ultra kedua yang mempunyai mata biru, yang pertama ialah Ultraman Powered.
- Secara kronologinya, dia merupakan Ultra purba kedua yang terjaga di dunia pada zaman moden.
- Evil Tiga merupakan salah seorang daripada beberapa Ultra gelap yang bertempur dalam Perang Dark Spark.
- Dalam konsep asal, Evil Tiga sepatutnya muncul dalam filem tahun 2016, Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman di bawah cadangan penulis Takao Nakano tetapi telah ditolak oleh Kiyotaka Taguchi setelah mendapati plotnya terlalu serupa dengan Evil Tiga yang asal. Menurut skrip, Carlos Kurosaki sepatutnya menjadi hos kepada Ultra tersebut dan akan mengalami kesukaran selepas bertukar. Malah, pelakonnya (Michael Tomioka) juga teringin untuk bertukar menjadi Ultraman dalam peranannya, walaupun ia adalah yang palsu.
Rujukan[]
Kaiju Ultraman Dyna | |
---|---|
Ultraman Dyna | Sphere | Darambia | Giralen | Neo Darambia | Cyclometra | Grossyna | Daigelun | Shieldron | Fohgus | Alien Dais | Gyabish | Bao-on | Giakuuda | Rakyat Zenekindarl | Dexador | Alien Merani | Mons-Ahgar | Mukkito | Himala | Alien Miji | Garaon | Alien Nuaza | Semangat Makhluk Asing | Alien Krea | Gyanzar | Clone Shieldron | Clone Silvergon | Neosaurus | Alien Shilback | Zombayu | Bishmel | Kokakucho | Alien Lasesta | Sodom | Mozui | Diplas | Maricula | Sufume | Reicubas | Digon | Alien Chern Left | Alien Chern Right | Demagorg | Grossyna II | Gigantes Jantan | Gigantes Betina | Gaigaraid | Kogaraon | Garaon II | Gregore | Imit-Ultraman Dyna | Mons-Ahgar II | Lovemos | Satan Lovemos | Alien Naltis | Menorfa | Bazob | Geomos | Neo Geomos | Yumenokatamari | Bundar | Zomborg | Zomborg Soldiers | Clone Daigelun | Alien Jagira | Jagira Tree | God Jagira | Diolius | Alien Reguran General Zoaka | Mountain Gulliver 5 | Golza II | Graikis | Torongar | Churasa | Moravia | Mejiwogu | Tentera Raksasa Ilusi (Evil Tiga, Gyanzar, Fohgus, Kokakucho, Rakyat Zenekindarl, Alien Nuaza Eshilis, Digon, Deathfacer, Alien Raybeak, Alien Natarn, Bishmel, Alien Manon, Mozui) | Alien Fabiras | Devil Fabiras | Alien Chadabin | Mogedon | Neo Darambia II | Terranoid | Zeluganoid | Neo Gaigaraid | Gran-Sphere |
Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: Warriors of the Star of Light | Geranda | Alien Monera | Deathfacer | Queen Monera |
Ultraman Dyna: The Return of Hanejiro | Alien Miji | Pochi Garaon | Booska | Kamosuke | Casa Madara | Arwon | Alien Dehadoh (Disebut) | Hanejiro | Alien Fabiras (Hologram) | One-Z |
Kaiju Ultraman Fighting Evolution | |
---|---|
Ultraman Fighting Evolution | Alien Baltan | Gomora | Dada | Zetton | Eleking | Alien Metron | King Joe | Ace Killer | Alien Magma |
Ultraman Fighting Evolution 2 | Alien Baltan | Dada | Alien Magma | Tyrant | Yapool | Bemstar | Ace Killer | Giras Brothers | Zetton | King Joe | Gomora |
Ultraman Fighting Evolution 3 | Alien Baltan | King Joe | Bemstar | Ace Killer | Tyrant | Alien Magma | Giras Brothers | Silverbloome | Gomora | Zetton | Dada | Fire Golza | Geozark | Zoiger | Gatanothor | Sufume | Reicubas | Gan-Q Code №00 | Gan-Q Code №01 | Zoruim | Gloker Pawn | Gloker Bishop | Giga Endra | Red King | Gudon | Twin Tail | Vakishim | Evil Tiga | Ace Robot | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Dyna |
Ultraman Fighting Evolution Rebirth | Bullton | Gomora | Red King | Eleking | EX Eleking | Kyrieloid | Tyrant | EX Red King | EX Gomora | Bullton II | Phantom-Ultraman Agul | EX Tyrant | EX Tyrant II | Geronimon | Alien Baltan | Waroga | Chaos Waroga | Alien Mefilas | Chaosroid T | Chaosroid S | Chaosroid U | Neo Chaos Darkness | Neo Chaos Darkness II |
Ultraman Fighting Evolution 0 | Alien Baltan | Zetton | Eleking | Black King | Vakishim | Alien Hipporit | Alien Temperor | Alien Babarue |
Kaiju Ultraman Ginga | |
---|---|
Ultraman Ginga | Alien Valky | Black King | Thunder Darambia | Kemur | King Pandon | Ragon | Doragory | Alien Nackle Gray | Dark Galberos | Zaragas | Red King | Antlar | Jasyuline | Super Grand King | Dark Lugiel | Alien Magma | Zetton |
Ultraman Ginga Theater Special | Alien Icarus | Tyrant |
Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale! | Kanegon | Alien Baltan | Red King | EX Red King | Telesdon | Dorako | Gomora | Reionic Burst Gomora | EX Gomora | Mecha Gomora | Zetton | Miclas | Snowgon | Yametaranese | Alien Miracle | Mochiron | Alien Akumania | Evil Tiga | Gan-Q | Zamsher | Zoa Muruchi | Bug Ray (Chaos Ultraman, Evil Tiga, Chaosroid S, Chaosroid T, Chaosroid U) |
Mountain Peanuts | Detton | Jamila | Nosferu | Beast Human | Android One Zero |
Ultraman Ginga S | Victorian | Alien Chibull Exceller | Android One Zero | Chiburoid | Shepherdon | EX Red King | Eleking | Alien Guts Vorst | Inpelaizer | King Joe Custom | Sadola | Gudon | Yapool | Vakishim | Gomora | Fire Golza | Gan-Q | Five King | Bemular | Bemstar | Doragory | Verokron | Alien Akumania Muerte | Alien Metron Jace | Zoa Muruchi | Birdon | Alien Zetton Berume | Hyper Zetton | Vict Lugiel | Alien Valky | Alien Nackle Gray | Alien Icarus |
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors! | Etelgar | Eteldummy (Dark Lugiel, Five King, Dark Mephisto, Alien Sran, Alien Empera, Ultraman Belial) |
Ultra Fight Victory | Aribunta | Giant Yapool | Ace Killer | Victory Killer | Verokron | Vakishim | Doragory | Lunaticks | Shepherdon | Juda Spectre | Super Grand King Spectre |