Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement
Geed Fighting Pose

Dunia Side Space (サイドスペースのワールド, Saido Supēsu no Wārudo) merupakan alam semesta di mana peristiwa siri Ultraman Geed dan Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes! berlaku.

Pra-Ultraman Geed[]

Omega Armageddon[]

Beberapa ketika setelah mendapatkan semula Giga Battlenizer daripada Reibatos, Belial bersama dengan Darkness Five, Kei dan bala tenteranya yang baharu yang dipanggil Terror The Belial (テラー・ザ・ベリアル, Terā Za Beriaru) menentang Pahlawan Ultra dalam pertarungan sengit yang dikenali sebagai Omega Armageddon, yang mempertaruhkan nasib alam semesta. Dalam pertarungan itu, Ultraman Hikari telah mencipta Kapsul Ultra untuk memelihara kuasa Pahlawan Ultra. Ia juga telah mengakibatkan kemusnahan pelbagai planet di alam semesta, dengan yang paling ketara ialah dunia asal Alien Shadow, Planet Sturm dan bahkan juga Bumi.

Impak Krisis[]

Belial dapat menangkis serangan Ultra dan melemahkan Ultimate Zero (dengan merosakkan Ultimate Bracelet). Belial menggunakan Giga Battlenizer untuk menyeru Bom Pembasmian Super-dimensi dan mencetuskan Impak Krisis dengan Bumi sebagai pusat letupan krisis itu. Misi Belial akan berjaya jika Ultraman King tidak campur tangan yang menggunakan kuasanya untuk mengembalikan alam semesta dengan bersatu dengannya. Intipati King tidak lama selepas itu dikenali sebagai Radiasi Kanak-kanak, yang kian beredar mengelilingi alam semesta. Tidak lama selepas itu, Pahlawan Ultra turut dikenali sebagai mitos legenda oleh penduduk Bumi yang telah dipulihkan.

Selepas Impak Krisis[]

Belial yang mengalami kecederaan parah telah berundur ke dimensi poket untuk memulihkan dirinya, dan telah menugaskan Kei Fukuide untuk mencuri Riser dari Negeri Cahaya dan menghasilkan Kapsul Kaiju. Belial juga telah memberikan Kei bahan genetiknya untuk mencipta anak lelakinya sendiri, Riku Asakura, yang akan menjadi seorang Ultraman pada masa hadapan.

Riku telah diambil sebagai anak angkat oleh Sui Asakura dan mengamanahkannya kepada keluarga Aizaki selepas ketiadaan isterinya. AIB juga telah ditubuhkan oleh berbagai bangsa makhluk asing untuk memulihkan alam semesta. Seorang Alien Shadow bernama Zenna menyertai organisasi tersebut dengan harapan untuk memulihkan kegemilangan di planetnya, tetapi kemudiannya ditebus daripada tindakannya. Moa Aizaki turut menyertai AIB setelah direkrut oleh Zenna. Pada masa yang sama, Laiha Toba telah dilahirkan sebagai seorang yang sihat setelah permintaan ibu bapanya mencapai Ultraman King, yang mana memulihkan kesihatan Laiha. Beberapa ketika selepas itu, Riku juga bertemu dengan Pega, seorang Alien Pegassa dan kedua-dua mereka mula akrab dan tinggal bersama-sama.

6 tahun sebelum siri bermula, Kei Fukuide melepaskan Elemen Carallen sebagai magnet bagi Radiasi Kanak-kanak, yang akan membawa kepada pembentukan Little Star selepas memasuki badan sesuatu organisma. Kei juga turut bertukar menjadi Skull Gomora (kaiju pertama yang dilihat oleh manusia di alam semesta ini) untuk membunuh ibu bapa Laiha dengan harapan untuk mengumpulkan Little Star milik Laiha tetapi dia gagal untuk berbuat demikian.

Masa Kini[]

Rencana utama: Ultraman Geed

Pada zaman kini, satu siri peristiwa telah membawa kepada Riku menjadi Ultraman Geed untuk menentang pelbagai makhluk asing/raksasa, termasuk Kei sendiri sebagai Raksasa Gabungan Belial dengan harapan dapat mengumpulkan Kapsul Ultra dari Little Star yang lain untuk memulihkan Belial menjadi seperti dahulu. Ultraman Zero yang cedera juga turut kembali untuk mencari orang yang bertanggungjawab mencuri Riser dan Kapsul, menjalin ikatan dengan seorang pekerja yang dikenali sebagai Leito Igaguri untuk terus tinggal di Bumi. Zero bertanggungjawab membantu Geed dalam pertarungannya. Rancangan Belial dan Kei gagal dan membawa kepada Riku berhadapan dengan ayahnya dan mengatasi nasibnya.

Apabila Organ Sturm milik Kei berada di tahap terkuatnya, Belial mengambilnya dan membangkitkan semula dirinya dari kematiannya sebagai Chimeraberus dan bertukar menjadi bentuk baharu Fusion Rise, Belial Atrocious. Belial kemudian menyerap Radiasi Kanak-kanak milik King yang mengganggu keamanan di alam semesta. Mujurlah, Geed berjaya menewaskan dan memusnahkan bapanya untuk selamanya, menjadikan semesta itu kembali aman. Disebabkan ini, tubuh badan King telah dipulihkan dan luka di alam semesta telahpun sembuh. Zero juga berlepas dari Bumi dengan Ultimate Bracelet miliknya yang telah pulih.

Ancaman Gillvalis[]

Rencana utama: Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!

Selepas kematian Belial, Bumi sekali lagi berada dalam bahaya dari ancaman Gillvalis dan robot tenteranya, Galactron yang menjadikan Bumi sebagai sasaran mereka yang seterusnya untuk dinilai dan ditetapkan semula, sambil mencari keluli merah. Sementara bertarung menentang Galactron, Geed berganding bahu bersama Zero, Orb dan Jugglus Juggler. Selepas memusnahkan sisa-sisa ahli tentera Galactron, kumpulan Ultra itu tiba di Cyber Planet Kushia dan bertarung dengan Perfect Form Gillvalis. Selepas pertarungan yang sengit, mereka berjaya memusnahkan kecerdasan buatan itu dengan Geed memberikan serangan penamat. Setelah pertarungan itu tamat, Ultimate Force Zero meninggalkan Bumi dengan mengamanahkan planet itu di tangan Riku/Geed. Gai Kurenai dan Juggler juga turut meninggalkan planet itu dan memulakan pengembaraan masing-masing.

Advertisement