Drew ialah seorang Ultra yang muncul dalam manga Ultraman Story 0. Beliau merupakan guru kepada Ultraman Leo dan Astra.
Sejarah[]
Ultraman Story 0[]
Sama seperti Ultra segenerasinya yang lain, Drew dilahirkan seperti rupa bentuk seakan manusia di Negeri Cahaya. Beliau juga telah bertukar menjadi gergasi cahaya dengan kurniaan kuasa fantastik dan telah ditugaskan untuk menentang raksasa yang wujud disebabkan oleh kuasa yang sama.
Bersama dengan pejuang muda Ultra yang lain, Drew berkumpul dengan ramai Pahlawan Ultra untuk bertemu dengan Bapa Ultra dan Ibu Ultra. Mereka mahu berbincang di bawah Menara Ultra tentang satu penemuan baru-baru ini, iaitu sebuah serpihan teknologi yang telah ditanam di dalam badan seekor raksasa yang mereka telah kalahkan. Mereka kemudiannya telah mengabungkan serpihan berkenaan untuk menjadi sebuah peranti, dan peranti tersebut telah menunjukkan sebuah imej Alien Baltan, iaitu makhluk yang bertanggungjawab terhasilnya Plasma Sun yang telah menyebabkan perubahan rupa bentuk para Ultra sebelum ini. Para makhluk Baltan mahu menakluki alam semesta, oleh sebab itu mereka merancang untuk memadam nyalaan api di Menara Ultra. Nyalaan api itu direka khas untuk mencipta Ultra yang baharu di masa-masa akan datang.
Drew menyerang kuasa kegelapan yang memadam cahaya di planet itu dengan kuasanya iaitu Drew Tornado, akan tetapi serangannya itu tersasar ke udara. Kegelapan kemudiannya menuju ke arah Drew sebelum diselamatkan oleh pendinding yang dihasilkan oleh Flare. Zoffy kemudiannya memusnahkan peranti yang menghasilkan kegelapan tersebut dan para Ultra telahpun berjaya menyelamatkan nyalaan api di Menara Ultra.
Beberapa tahun selepas kejadian itu, Drew telah menjumpai sebuah planet Ultra yang lain iaitu di Nebula L77 yang juga dihuni oleh para Ultra di sana. Drew kemudiannya telah dilantik menjadi seorang kesatria untuk berkhidmat kepada raja di planet itu yang bernama Arus. Raja itu juga merupakan bapa kepada sepasang kembar yang bernama Leo dan Astra.
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 52 meter
- Berat badan: 50,000 tan
- Umur: 25,000 tahun
- Dunia Asal: Negeri Cahaya
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
Transformasi[]

Drew Bracelet
Seperti Ultra yang lain dalam manga, Drew mempunyai bentuk manusia semula jadi. Untuk bertukar menjadi bentuk Ultra, dia menggunakan gelang dengan Plasma Ore. Dia mengangkat gelang tersebut apabila ingin bertukar, kemudian mengayunkan tangannya ke sisi sambil menyebut namanya sendiri.
Teknik[]
- Drew Tornado: Drew menyelubungi kakinya dengan tenaga api dan melakukan tendangan berganda sambil berpusing pada kelajuan tinggi. Serangannya cukup kuat untuk menghancurkan sebuah kapal perang.
- Storm Fire: Drew mengisi tenaga ke dalam penumbuknya dan melancarkan beberapa siri tumbukan. Setiap tumbukan melepaskan pancaran tenaga yang kuat, mampu menumbangkan sejumlah besar lawan.
Galeri[]
Trivia[]
- Walaupun Drew berkhidmat di bawah Arus iaitu raja L77, beliau mungkin lebih tua daripada Arus memandangkan jangka hayat penduduk M78 sangat panjang. Ketika Arus disinari Cahaya dari Plasma Sun, beliau jelas kelihatan menyerupai seorang pemuda, namun pada masa kini, Drew mempunyai penampilan seseorang yang berada di usia lanjut.
- Manga tersebut menunjukkan bahawa Leo Kick milik Leo ialah berdasarkan Drew Tornado milik Drew, dengan kedua-dua teknik ini berasaskan prinsip latihan yang sama.