"Seorang pahlawan yang gagah perkasa, pada zaman Ultra-Purba dia merupakan kawan baik kepada Tiga. Dia memanggil Tiga sebagai "My friend"."
- ―Pencerita dalam Ultraman Trigger: Preview Special
Darramb merupakan salah seorang Gergasi Kegelapan yang muncul dalam Ultraman Tiga: The Final Odyssey sebagai salah seorang antagonis sekunder. Dia mempunyai kekuatan super yang lebih kuat berbanding Gergasi Kegelapan yang lain dan pada satu ketika dia merupakan rakan seperjuangan Tiga Dark.
Gelaran: Pahlawan Herculean
Sejarah[]
Zaman purba[]
30 juta tahun yang lalu, Camearra wujud sebagai salah seorang Gergasi Cahaya Ultra Purba yang wujud pada zaman Peradaban Ultra-Purba di R'lyeh. Namun, Darramb, Camearra, Hudra dan Tiga menemui sebuah kuasa "kegelapan" dalam hati mereka dan menjadi Gergasi Kegelapan. Mereka menggunakan kuasa mereka untuk kejahatan dan menghancurkan dunia di pertengahan peperangan antara Gergasi Ultra Purba. Akhirnya, Yuzare entah bagaimana telah meyakinkan Tiga untuk berpihak kepada cahaya sekali lagi, lalu dia mengkhianati rakan-rakan seperjuangannya. Tiga mengalahkan ketiga-tiga Gergasi Kegelapan dan mengambil kuasa mereka yang memberikannya kebolehan Type Change, lalu menyegel mereka sebagai patung batu di runtuhan R'lyeh. Dengan menukarkan tenaga kegelapan Darramb menjadi cahaya, Tiga memperoleh Power Type miliknya.
Ultraman Tiga: The Final Odyssey[]
"Goodbye... dear, my friend."
- ―Darramb
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 62 meter
- Berat badan: 68,000 tan
- Umur: Tidak diketahui
Ciri-ciri Badan[]
- Kristal Cahaya: Seperti Tiga, Darramb mempunyai kristal di dahinya, tetapi ia tidak diketahui jika ia mempunyai sebarang fungsi.
- Pemasa Warna: Seperti Ultra yang lain, Darramb juga memiliki Pemasa Warna yang berfungsi sama seperti yang lain.
- Perisai: Baju perisai yang menutupi bahagian badan, tangan, muka dan depan kakinya. Tidak seperti protektor kebanyakan Ultra, perisai di dadanya mempunyai rantai.
Transformasi[]
Bentuk[]

Darramb
- Statistik
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 3
- Kebolehan
- Kekuatan Super: Darramb memiliki kekuatan yang luar biasa, walaupun dalam bentuk manusianya di mana dia mampu mencampak makhluk yang sama saiz dirinya sendiri dengan mudah.
- Dark Water: Darramb boleh menyeret lawan ke dimensi yang terdiri dari reruntuhan bawah laut untuk memberinya kelebihan dalam pertarungan.
- Bentuk Manusia: Darramb juga boleh mencipta bentuk manusianya sendiri sama seperti Gergasi Kegelapan yang lain.
- Teknik
-
- Istimewa
- Fire Magnum
- Fizikal
- Darramb Whip
- Scuidder
- Ramuskick
- Darrameter
- Dagarm

Seperti semua Gergasi Kegelapan, Darramb boleh menggunakan penyamaran manusia dengan mengekalkan sebahagian kuasanya sebagai Ultraman.
- Kebolehan
- Kekuatan Super: Darramb memiliki kekuatan yang luar biasa, walaupun dalam bentuk manusianya di mana dia mampu mencampak makhluk yang sama saiz dirinya sendiri dengan mudah.