Dark Lucifer merupakan Ultra jahat terakhir yang dicipta oleh Dark Zagi. Dia membuat kemunculan pada tahun 2012, tiga tahun selepas kematian penciptanya itu.
Gelaran: Gergasi Kegelapan
Sejarah[]
Ultraman Nexus TV COMPLETE DVD-BOX: Second Coming - Dreams -[]
Sudah tiga tahun selepas kemusnahan Dark Zagi. Kazuki Komon telah dilantik menjadi ketua cawangan Night Raider di Jepun. Pada suatu hari, ada beberapa kes mengenai beberapa orang telah kehilangan memori mereka mengenai Space Beast. Komon dan Nagi selepas itu telah menemui si pelakunya yang juga seorang pegawai polis dari Police Memory. Si pelaku itu juga telah mendedahkan bahawa dirinya itu sebenarnya adalah seorang gergasi kegelapan yang bergelar Dark Lucifer. Komon dan Nagi kemudiannya telah berhadapan dengan ancaman terbaru ini selepas bergabung dengan Ultraman Noa sekali lagi.
Konsep dan Pelan Asal[]
Dark Lucifer sepatutnya menjadi antagonis terakhir bagi siri Ultraman Nexus, namun kerana rating siri itu yang rendah, Zagi yang telah menjadi ancaman terakhir dalam siri itu. Dia sepatutnya menjadi rupa bentuk (form) terakhir untuk Zagi, tetapi dia akhirnya menjadi ciptaan terakhir oleh Zagi di dalam novel berkenaan.
Walaupun tidak mempunyai sut yang tersendiri, rekaan Dark Lucifer merupakan hasil rekaan dari Yasushi Torisawa. Rupa pada badan gergasi ini mempunyai beberapa aspek dari kesemua antagonis yang pernah muncul dalam Projek Ultra N:
- Beast the One (Beruzebua): Badan utama
- Dark Faust: Muka di leher kiri
- Dark Mephisto: Muka di leher kanan
- Dark Zagi: Corak seakan-akan urat pada badan
- Bentuk yang seakan-akan "dahan" pada belakang badannya itu berdasarkan dari watak Mitsuhiko Ishibori dalam babak flashback dan dari makhluk yang sudah pupus iaitu Space Beast Arakunia.
Impak pada tahun kemudian dalam Siri Ultra[]
- Ultraman Mebius (2006): Pereka bentuk Hiroshi Maruyama telah menggunakan aspek dari Dark Lucifer untuk mencipta reka bentuk watak Ultraman Hikari dan watak alter-ego keduanya iaitu Hunter Knight Tsurugi.
- Ultraman Saga (2012): Dark Lucifer sepatutnya menjadi watak penjahat utama dalam filem Ultraman Saga, namun sama seperti kejadian dengan siri Ultraman Nexus, idea itu telah ditolak.
Trivia[]
- Dia hanya muncul dalam novel sahaja, dan perkara itu telah menjadikan dia sebagai watak Ultraman yang ekslusif. Dark Lucifer membuat kemunculan pertama pada tahun 2012, tahun itu juga merupakan tahun yang sama Ultraman Nexus TV COMPLETE DVD-BOX diterbitkan.