Dark Faust adalah Ultraman jahat pertama yang dicipta oleh Dark Zagi untuk menentang Ultraman Nexus. Bertahun-tahun dahulu, Nosferu, haiwan peliharaan Dark Mephisto membunuh keluarga Saida termasuk Riko Saida. Mephisto menyuruh ejennya iaitu Dark Faust merasuk Riko untuk menyembunyikannya daripada Ultraman Nexus.
Walaupun suaranya sangat maskulin dan penampilannya menyerupai lelaki, Faust telah disahkan yang dia adalah Ultra perempuan dalam sebuah majalah Ultraman.[1] [2] Tambahan pula, dia tidak pernah dipanggil dengan nama penuh, hanya dipanggil sebagai Faust sahaja oleh Himeya dan Night Raiders, dan juga oleh dirinya sendiri.
Gelaran:
- Gergasi Kegelapan
- Gergasi Merah Kematian
Trivia[]
- Faust sering disalah anggap oleh peminat sebagai Ultra lelaki kerana dia kekurangan sifat feminin. Perek bentuk Dark Faust sengaja mencipta rupa parasnya seperti seorang Ultra lelaki. Perekanya juga berkata sebabnya adalah untuk menyembunyikan apa-apa petunjuk tentang hostnya, Riko. Dalam sebuah permainan video, Faust diberi badan yang lebih feminin.