Ultraman Wiki
Advertisement

"Cosmos!"

―Panggilan transformasi Musashi


Cosmo Pluck (コスモスプラク, Kosumosu Puraku) merupakan sebuah alat transformasi yang digunakan oleh Musashi Haruno untuk bertukar menjadi Ultraman Cosmos.

Sejarah[]

Sebelum menjadi Cosmo Pluck, peranti itu berbentuk batu Pyroxene (Cosmo Stone), sebiji batu yang telah diberikan sendiri oleh gergasi itu kepada Musashi ketika dia kecil. Fungsi batu ini adalah sama seperti batu Ultra Star yang dilihat dalam siri Ultraman Tiga untuk menyeru pemilik Ultranya dari mana-mana bahagian alam semesta.

Musashi menyimpan alat itu semasa kanak-kanak dan setelah dia membesar menjaga raksasa-raksasa jinak, dia menggunakannya untuk menjalinkan ikatan dan menenangkan raksasa Lidorias. Apabila fikirannya diambil alih oleh Virus Chaos Header, Musashi cuba menggunakannya untuk menenangkannya. Pads mulanya ia berjaya tetapi dia telah diserang oleh SHARK dan kembali kepada keadaan bermutasinya. Pesawat Musashi ditembak jatuh, tetapi Cosmos yang merasakan bahaya itu turun dari angkasa dan bersatu dengannya.

Selepas Musashi menunjukkan keazamannya untuk menyelamatkan raksasa, batu itu berubah menjadi Cosmo Pluck yang membolehkan dia bertukar mengikut kehendaknya (selagi Cosmos membenarkannya).

Transformasi[]

Ketika ia masih dalam bentuk permata, apabila Musashi mula-mula menyeru Cosmos, dia ditunjukkan seperti bunga yang mekar dan kemudian Cosmos hanya berdiri. Setelah ia sudah menjadi Cosmo Pluck, Musashi mengangkat Cosmo Pluck ke atas dan menjerit "Cosmos!" dan kilatan cahaya menyelubungi Musashi dan mengubahnya menjadi bentuk default mod Luna Cosmos. Adakalanya Musashi baru sahaja menggunakannya dengan cara yang serupa dengan Beta Capsule tanpa menjerit. Pada masa lain, Musashi telah bertukar tanpa berkata apa-apa tetapi perkataan Cosmos masih boleh didengari, membayangkan dia mengatakannya dalam fikirannya atau ia bertujuan menjadi sinematik.

Galeri[]

Alat Transformasi
Alat Showa Beta Capsule | Ultra Eye | Kuasa Kehendak | Ultra Ring | Ultra Badge | Leo Ring | Beam Flasher | Bright Stick | Bright Bracelet
Alat Heisei Delta Plasma | Willpower | Beta Capsule/Flash Prism | Estrellar | Pikari Brush | Sparklence | Lieflasher | Esplender | Agulater | Nice Dreamer | Cosmo Pluck | Just Lancer | Evoltruster | Darkevolver | Max Spark | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Eye | Saga Brace | Ginga Spark | Dark Spark | Dark Dummy Spark | Gunpad | Ginga Light Spark | Livepad | Victory Lancer | Chibull Spark | Ultra Fusion Brace | X Devizer | Orb Ring | Orb Calibur | Riser | Ultra Zero Eye NEO | Giga Finalizer | Gyro | Orb Ring NEO
Alat Reiwa Taiga Spark | Tregear Eye | Taiga Tri Blade | New Generation Eye | Z Riser | GUTS Sparklence | Ultra D Flasher | Phase Riser | Blazar Brace
Alat Media Lain Zoffy Bracelet | Jack Bracelet | Gorian Belt | Zarge Sword | Drew Bracelet | Flare Coin | Alphone Pendant | Arus Ring | Mimicry System | Ultra Operation
Advertisement