Ultraman Wiki
Advertisement

Blues Penyamar (ニセモノのブルース, Nise Mono no Burūsu) ialah episod kesembilan dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Don Nostra, ahli Planet Invasion Union menghantar Alien Babarue ke Bumi dan menyamar sebagai Ultraman Orb untuk menghancurkan bandar. Tetapi rancangan mereka hancur apabila munculnya raksasa yang mengganggunya, lalu membuatkan Orb Palsu itu mengalahkannya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Jetta menemuinya dan menganggapnya sebagai identiti rahsia Orb.

Plot[]

Di angkasa luar, di atas kapal angkasa mereka, Don Nostra dan Jugglus Juggler membuat kesimpulan bahawa harapan dan kepercayaan manusialah yang telah memberi kekuatan kepada Ultraman Orb serta ketakutan untuk menyakiti mereka semasa pertarungan. Nostra kemudian memulakan Perintah Angkasa M774 dengan mengarahkan sekutunya, Alien Babarue Babaryu untuk menggunakan kebolehannya dalam berubah rupa untuk menyamar menjadi Orb dan menyerang permukaan, dengan tujuan menghancurkan kepercayaan tersebut. Babaryu menerima arahan itu dan berubah menjadi Orb.

Kembali di Bumi, Gai dan SSP sedang makan tengah hari di sebuah kafe tempatan. Shin menunjukkan kepada Naomi tentang program kecerdasan buatan ciptaannya yang akan menguruskan sebahagian besar tugasnya, manakala Jetta mula merasa bosan dengan ketiadaan raksasa. Namun, dia melihat sesuatu di luar, yang ternyata merupakan cahaya yang kemudian muncul sebagai "Ultraman Orb". Jetta memutuskan untuk memimpin SSP merakam Ultra tersebut dan memberi Gai tanggungjawab tersebut sebelum dia sempat untuk bertukar menjadi yang sebenar. Sebelum Ultraman Orb palsu itu sempat menyebabkan kehancuran di permukaan atas arahan, raksasa Telesdon tiba-tiba muncul dari bawah tanah. Menyangka ia ialah Orb yang sebenar, Telesdon mula menyerang Babaryu yang mengejutkan kedua-dua pihak, iaitu Babaryu dan Don Nostra. Tanpa pilihan lain, Don Nostra mengarahkan Babaryu untuk mempertahankan dirinya, namun dia melakukannya dengan sangat buruk. Selepas secara tidak sengaja melindungi dua kanak-kanak, makhluk asing itu mula marah dan menyerang Telesdon secara langsung sehingga raksasa tersebut memutuskan untuk menggali semula keluar, dengan "Ultra" itu mengarahkan agar ia pergi dan tidak kembali. Setelah itu, penyamarannya mula pudar, dan dia berubah semula menjadi cahaya lalu meninggalkan tempat tersebut. Jetta memutuskan untuk menyiasat identiti sebenar Orb setelah kedua-dua kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan mereka.

Babaryu yang masih kesakitan dan bingung selepas pertempuran itu ditemui oleh Jetta, dan dia terpaksa menukar penampilannya menjadi manusia dengan nama Ryuji Baba. Jetta menyimpulkan bahawa sukar untuk beroperasi sebagai seorang wira jika identiti sebenar diketahui oleh orang ramai. Kedua-dua mereka berjanji untuk menyimpan rahsia ini hanya antara mereka berdua. Setelah itu, lelaki yang pelik itu meninggalkan tempat tersebut, pada masa yang sama Gai yang sedang mengawasi dari jauh.

Kembali di kapal angkasa, Babaryu memberitahu Don Nostra bahawa dia akan meneruskan arahan komando angkasa itu. Sementara itu, di pejabat SSP, berita mengenai serangan raksasa terbaru disiarkan di televisyen. Jetta memberitahu Gai bahawa dia pada mulanya menyangka Gai ialah Ultraman Orb sehingga dia mendapat tahu identiti "sebenar" wira itu, namun dia tidak dapat memberitahunya. Sebagai membayar hutangnya, Gai terpaksa mengikuti Jetta sepanjang hari.

Sementara itu, Babaryu merancang untuk mensabotaj sebagai Orb untuk merosakkan kepercayaan manusia, tetapi dia tertangkap oleh ketua VTL, Ittetsu Shibukawa dan hampir ditangkap. Namun, Jetta bersama Gai menghalangnya dengan memberitahu Ittetsu bahawa mereka berdua pernah berada dalam satu sekolah yang sama sebelum berlalu pergi. Jetta kemudian menghubungi kanak-kanak yang mereka temui sebelumnya dan rakan-rakan mereka, lantas mereka berkumpul di sekitar "Baba" yang menjadikannya sangat tidak selesa dengan keadaan itu. Jetta menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan dan dengan bantuan "rakannya", dia memberitahu mereka bahawa untuk menjadi apa yang mereka impikan dan lakukan, mereka perlu melakukan perkara yang betul setiap hari dan sentiasa fokus pada matlamat mereka.

Ketika matahari terbenam, Baba mengucapkan terima kasih kepada Jetta atas bantuannya. Setelah melihat hadiah-hadiah yang diberikan oleh kanak-kanak tadi, Baba bertanya kepadanya sama ada adakah adiwira itu sangat hebat. Jetta terimbau kembali ke zaman kanak-kanaknya ketika dia juga ingin menjadi seorang adiwira dan berkata lagi kepada Baba tentang harapannya — menceritakannya kepada orang lain kerana ia akan memberikan mereka kekuatan.

Babaryu kemudian kembali ke kapal angkasa dalam rupa asalnya, lalu memandang beberapa gambar yang telah dilukis oleh kanak-kanak dan memberitahu Nagus yang baru tiba bahawa perasaan apabila disukai oleh manusia jauh lebih seronok daripada dibenci oleh mereka. Namun, Nagus menolak pandangan itu, sambil menggelar Babaryu sebagai orang yang aneh.

Keesokan harinya, Baba kembali ke Bumi dalam rupa manusia dan bermain dengan kanak-kanak di sebuah taman permainan, dengan benar-benar menjiwai peranannya sebagai contoh teladan di kalangan kanak-kanak. Kata-kata dorongannya memberi kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak itu dan dia pun mula tertanya-tanya jika dia mampu teruskan dengan kebaikan ini. Tiba-tiba, kapal angkasa dari Planet Invasion Union muncul dan Don Nostra yang sudah bosan menunggu mengarahkan Babaryu untuk melaksanakan tugasnya dalam nada marah. Baba kemudian berubah menjadi Orb dengan dorongan semangat dari kanak-kanak itu, tetapi daripada memusnahkan landskap dan mencederakan kanak-kanak itu, dia berdiri teguh menentang Don Nostra dan memberitahu mereka bahawa dia juga boleh menjadi adiwira berkat kanak-kanak tersebut. Kecewa dengan tindakan itu, Don Nostra memerintahkan Jugglus untuk melaksanakan eksekusi terhadap Baba.

Dengan menggunakan Dark Ring miliknya, Babaryu menyeru raksasa Kelbim untuk menyerang "Ultra" tersebut. Raksasa itu menewaskannya dengan serangan fizikalnya yang lebih kuat, dan penyamarannya pun terbongkar selepas dia diserang dengan bola api. Dia membuat pengakuan kepada kanak-kanak dan Jetta serta Gai bahawa dia sebenarnya bukanlah Ultraman Orb. Meskipun begitu, kanak-kanak dan Jetta tetap memberi dorongan semangat untuknya bangkit dan melawan semula. Dengan semangat baru yang membara, Babaryu kembali bertempur dengan raksasa tersebut dan kali ini dia berjaya memberikan tentangan yang lebih sengit, tetapi tetap tidak mampu menewaskan Kelbim. Namun, sebelum dia diserang dengan bola api lain, Ultraman Orb yang sebenar muncul dan menyelamatkannya dengan Sparion Shield. Setelah bertarung dengan seimbang, Orb bertukar menjadi bentuk Hurricane Slash dan setelah mencampak Kelbim terbang ke udara, dia memusnahkannya dengan Trident Slash. Setelah mengakui bahawa adiwira yang sebenar sememangnya hebat, Babaryu pun menghilang, lantas menimbulkan kebimbangan dalam diri Jetta.

Di atas kapal angkasa, Jugglus memberitahu Don Nostra bahawa kaedahnya dalam menilai baik dan jahat dalam sifat manusia sudah ketinggalan zaman, lalu dia beredar meninggalkan tempat itu. Sementara itu, di Bumi, kelihatan Babaryu dalam rupa asalnya berjalan dalam keadaan tempang sebelum akhirnya dia menghilang selepas Jetta dan dua kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepadanya atas segala bantuannya. Kejadian itu membuatkan ia kelihatan seolah-olah Babaryu telah pergi meninggalkan mereka.

Di taman permainan, Jetta dan Gai sedang duduk sambil tertanya-tanya ke mana agaknya Baba pergi. Gai kemudian melihat seorang lelaki yang baik hati mengenakan pakaian biru muda dan putih, memberikan semula topi kepada seorang gadis kecil dan memberi petunjuk kepada mereka bahawa Baba mungkin masih hidup selepas semua kejadian itu. Episod berakhir dengan Gai membuat tekaan bahawa mungkin sebenarnya mereka berjumpa lebih kerap dengan adiwira itu.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Wira kita hari ini ialah... inilah dia! Memperkenalkan!
  • Orb Ring: Ultraman Cosmos!
  • Gai: Wira yang baik hati, Cosmos. Dia boleh berubah bentuk dari Luna Mode yang lembut kepada Corona Mode yang keras dan kuat. Raksasa kali ini pula ialah...
  • Orb Ring: Kelbim!
  • Gai: Raksasa Jahat Angkasa Lepas, Kelbim. Raksasa yang merbahaya dengan cakar yang tajam dan ekor yang panjang seperti cemeti. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Babarue Babaryu/Ryuji Baba (馬場 竜次, Baba Ryūji): Ryusuke Nakamura (中村 龍介, Nakamura Ryūsuke)
  • Jetta Hayami (semasa kecil): Atsuki Hagihara (荻原 淳貴, Hagihara Atsuki)
  • Bapa Jetta Hayami: Katsuyuki Yamazaki (山﨑 勝之, Yamazaki Katsuyuki)
  • Masato (マサト): Ren Matsumoto (松本 漣, Matsumoto Ren)
  • Shinji (シンジ): Ibuki Morinaga (守永 伊吹, Morinaga Ibuki)
  • Kanak-kanak: Rion Saito (斎藤 龍音, Saitō Rion), Soma Ogasawa (小笠原 颯真, Ogasawa Sōma), Reo Yasuda (安田 怜央, Yasuda Reo), Rui Nagashima (長嶋 琉季, Nagashima Rui), Ayaka Oki (大木 彩加, Ōki Ayaka), Sakura Kubota (久保田 咲空, Kubota Sakura), Koyuki Takei (武井 恋友姫, Takei Koyuki), Seiran Fukushima (福島 星蘭, Fukushima Seiran)
  • Alien Mefilas Nostra (Suara): Hiroki Yasumoto (安元 洋貴, Yasumoto Hiroki)
  • Alien Metron Tarude (Suara): Koichi Toshima (外島 孝一, Toshima Kōichi)
  • Alien Nackle Nagus (Suara): Tetsuo Kishi (岸 哲生, Kishi Tetsuo)
  • Radio (Suara): Miki Ootani (大谷 美紀, Ōtani Miki)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Spacium Zeperion) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu), Alien Mefilas Nostra (メフィラス星人ノストラ, Mefirasu Seijin Nosutora): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Babarue Babaryu (ババルウ星人 ババリュー, Babaru Seijin Babaryū): Daisuke Terai (寺井 大介, Terai Daisuke)
  • Telesdon (テレスドン, Teresudon), Kelbim (ケルビム, Kerubimu): Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokō Kazunori)
  • Alien Metron Tarude (メトロン星人タルデ, Metoron Seijin Tarude): Hiroyuki Arai (新井 宏幸, Arai Hiroyuki)
  • Alien Nackle Nagus (ナックル星人 ナグス, Nakkuru Seijin Nagusu): Keita Rikimaru (力丸 佳大, Rikimaru Keita)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

BabaMirror

Perbandingan transformasi Babarue dengan Mirrorman

  • Episod ini adalah penghormatan kepada episod 21 siri Ultra Q, Arahan Angkasa M774, yang merupakan kod nama Babaryu semasa berkhidmat dalam Union.
  • Adegan transformasi Babaryu mirip dengan Ultra Willpower milik Dan Moroboshi, yang secara ironisnya pernah digunakan oleh Dan untuk menentang Alien Babarue dalam siri Ultraman Leo.
    • Selain itu, urutan transformasi tersebut sangat mirip dengan transformasi Mirrorman, tetapi tanpa latar belakang berwarna biru.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement