"Kalau awak dapat pegang saya, apa yang akan awak buat?"
- ―Beliarok bertanya apabila seorang pengguna memegangnya buat kali pertama
Beliarok[2] merupakan sebilah pedang dengan pelindung lengan yang bertemakan kepala Ultraman Belial. Ia mampu bercakap dan memiliki pemikiran yang cerdas.[2] Ia kini dimiliki oleh Ultraman Z, meskipun senjata itu hanya boleh diakses melalui Delta Rise Claw[3] atau Original.
Gelaran: Pedang Dunia Hantu
Sejarah[]
Ultraman Z[]
Beliarok asalnya merupakan jarum angkasa yang tertanam ke dalam Greeza untuk menyegel anomali hidup jika ia akan dibebaskan, dan begitulah kesnya dengan kematian Bullton.
Apabila Ultraman Geed telah diserap ke dalam Greeza, dia cuba untuk mendapat jarum itu tetapi usahanya gagal apabila Ultra itu secara perlahan-lahan diserap ke dalam ketiadaan. Bagaimanapun, jarum itu telah menusuk Geed, dan titisan darah dengan Faktor Belial bertembung dengan jarum itu, lalu mengubahnya menjadi pedang dengan ciri Belial. Selepas menggunakan Z Riser untuk menembusi Greeza, Z berjaya mendapatkan peranti itu, Beliarok awalnya enggan untuk memberikan kerjasama sehinggalah ia diberi sebab untuk ia berlawan. Setelah Haruki Natsukawa memberikan pengenalan diri dengan betul, pedang itu bersetuju dan membantu Z untuk memusnahkan raksasa itu. Tugas Seorang Pahlawan
Ketika pertarungan menentang Alien Barossa II, Z telah ditinggalkan oleh Beliarok, seperti yang diharapkan oleh makhluk asing itu. Sebaik sahaja dicapai olehnya Beliarok bertanya apa yang akan dia lakukan jika dia menggunakannya. Apabila mendengar bahawa makhluk asing itu akan menggunakannya untuk merampas harta karun alam semesta, Beliarok bersetuju untuk digunakan olehnya, tetapi ia dengan pantas mendapati serangan Alien Barossa agak membosankan dan enggan untuk terus digunakan olehnya. Mengecil menjadi saiz manusia, Beliarok diambil lagi oleh Jugglus Juggler. Mendengar bahawa Juggler mengembara dalam perjalanan tanpa hala tuju, Beliarok pada mulanya tidak berminat, tetapi memberikan persetujuan kepadanya apabila mendapat tahu bahawa ada seseorang yang dibelah oleh Juggler menggunakan Beliarok. Menyaksikan pertempuran yang berlaku antara Z dan Barossa, Juggler memerhatikan bahawa Z sedang dikalahkan dengan teruk, namun begitu Beliarok memerhatikan bahawa pejuang yang terlebih yakin akan membuka celah kepada musuh, dan Z sedang menunggu celah itu. Sebaik sahaja Z mengambil peluang itu, Beliarok meninggalkan Juggler sambil berkata bahawa kelihatan akan lebih menarik untuk mengembara bersama Haruki. Sekali lagi ia bertanya kepada Haruki apa yang akan dilakukan olehnya, dan mendengar Haruki mengaku bahawa dia belum pasti menyebabkan Beliarok berkata kepada Haruki bahawa dia seorang yang sangat naif, tetapi itu bermakna dia akhirnya mungkin akan dapat membesar untuk membelah sesuatu yang menarik. Memberi persetujuannya, Beliarok sekali lagi membenarkan Z untuk memegangnya, tetapi berlepas meninggalkan pahlawan itu, mengatakan bahawa ia akan membelah apa yang ia mahu dan bila-bila masa sahaja ia mahu. Beliarok
Ketika pertarungan menentang Alien Barossa III dan Jugglus Juggler sebagai Tri-King (dan kemudian Five King), Yoko Nakashima menemui Beliarok di permukaan tanah ketika sedang mengawal Sevenger, yang dijatuhkan oleh Z ketika bertarung dengan Tri-King disebabkan oleh Beliarok yang terlalu degil dan memberatkan dirinya ke dalam tanah selepas Haruki memberitahunya yang dia pernah bertarung Five King sebelum ini. Apabila Yoko cuba untuk mengangkat Beliarok melalui Sevenger. Senjata itu memperkenalkan dirinya namun enggan untuk bertarung. Walau bagaimanapun, dengan sedikit psikologi terbalik yang meyakinkan daripada Yoko, Beliarok akhirnya membenarkan dirinya untuk dipegang dan digunakan oleh Sevenger, lantas menjadi pengguna ketiganya. Beliarok terbukti penting dalam mengalahkan Alien Barossa III bersama Sevenger dan Leg Carrier King Joe STORAGE Custom, yang membentuk satu pertiga daripada Sevenger Wave-Riding Special Slash milik Sevenger yang dilakukan secara spontan yang digunakan oleh mesin itu untuk menewaskan Barossa III. Hari Esok yang Terpisah
Kuasa[]
- Pembalikan: Beliarok boleh menelan serangan musuh sebelum membalikkannya semula kepada mereka.
- Tetakan Tenaga: Z boleh melepaskan tetakan tenaga ungu dari Beliarok.
- Deathcium Splitter : Pancaran yang ditembak dari mata Beliarok. Ia boleh digunakan untuk menyerang atau memisahkan dua makhluk yang bersatu secara sementara.
- Deathcium Slash
- Variasi lain adalah Z mencoret "Z" di udara, kemudian dia menujahkan pedang untuk menghasilkan gerudi tenaga lalu dia menusuk lawan.
- Variasi ketiga adalah menetak gelombang tenaga daripada pedang, ia cukup kuat untuk memisahkan makhluk asing daripada hosnya dan mengoyakkan keretakan dimensi.
: Dengan menekan butang sebanyak tiga kali, Z menetak "Z" menerusi badan lawan dengan Beliarok.
- Deathcium Fang : Dengan menekan butang dua kali, kepala Belial menjelma untuk membaham lawan.
- Deathcium Claw : Setelah menekan butang sekali, Z menusuk Beliarok ke dalam tanah. Ia menyeru dua kuku gergasi untuk membentuk cincin tenaga pengikat. Ia boleh digunakan untuk menyerang seperti menggunakan kuku tenaga untuk menikam pihak lawan berkali-kali.
- Final Break Alien Barossa. : Peluru tenaga yang dilancarkan oleh
- Sevenger Wave-Riding Special Slash Sevenger dan King Joe STORAGE Custom. Sevenger menunggang di atas Leg Carrier kepunyaan King Joe STORAGE Custom dan didorong laju ke arah sasaran. Sekali dalam julat, Sevenger memberikan tetakan berat dari Beliarok, merosakkan lawan secara kritikal. : Serangan gabungan tiga hala dengan
- Manipulasi Ketumpatan: Beliarok boleh memanipulasi kepadatan sendiri mengikut kehendaknya sendiri. Ini biasanya dilakukan untuk menentang pemiliknya dan menghalang kuasa luar daripada menggunakannya tanpa kebenarannya sendiri.
- Kejutan Elektrik: Dari kepalanya, Beliarok boleh melepaskan petir elektrik kecil. Walaupun ia tidak membahayakan penggunanya, tujuan utamanya adalah untuk menghalang sesiapa daripada menyentuhnya tanpa kebenaran pedang itu sendiri.
- Penerbangan: Beliarok mampu melakukan penerbangan anti graviti.
- Perubahan Saiz: Bentuk default Beliarok ialah senjata yang lebih kecil berbentuk seperti keris bersaiz besar. Sekiranya sesiapa diberi kebenaran untuk memegangnya, dia akan menukar saiznya kepada bentuk berorientasikan pertempuran, sama ada dalam saiz manusia atau gergasi untuk dipegang oleh figura bersaiz Ultraman.
- Pembaikan diri: Beliarok entah bagaimana boleh membaiki dirinya selepas dimusnahkan, dan mendakwa sebagai "abadi".
- Perjalanan Dimensi: Beliarok boleh membelah menerusi dinding antara dimensi, membolehkan Z untuk mengembara antara alam semesta.
Galeri[]
Ultraman Z[]
Rujukan[]
Senjata Ultra | |
---|---|
Slugger | Eye Slugger | Vezard | Maxium Sword | Zero Slugger | Xlugger | Geed Slugger | R/B Slugger |
Pendakap dan Gelang | Ultra Bracelet | Ultra Converter | King Bracelet | Stratos Edge | Armed Nexus | Armed Mephisto | Max Spark | Max Galaxy | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Bracelet | Strium Brace | Ultra Fusion Brace | Taiga Spark | Plasma Zero-let |
Senjata | Ace Blade | Pedang Ultimate | Leo Nunchaku | Darkness Broad | Giga Battlenizer | Ginga Spark Lance | Shepherdon Saber | Knight Timbre | Orb Slugger Lance | Orb Calibur | Orb Slasher | Geed Claw | King Sword | Giga Finalizer | Orb Dark Calibur | Orb Ring NEO | R/B Kourin | Taiga Tri Blade | Z Riser | Z Lance Arrow | Beliarok | Circle Arms | Glitter Blade | Ultra Dual Sword | Decker Shield Calibur | Tilsonite Sword |
Perisai | Protector | Cosmo Tector | Grantector | Arb Gear | Tector Gear | Ultimate Aegis | Zero Slugger Gear | Cyber Armor |
Lain-lain | Ultra Array | Ultra Magic Ray | Ultra Mantle | Ultlance (Pedanium Launcher) |