Ultraman Wiki
Advertisement

"Maga-Basser muncul, menjelmakan ribut dan menghapuskan segala-galanya di daratan."

―Maga-Basser dalam rekod Pasifik


Basser (バッサー, Bassā) ialah sejenis Kaiju berwajah burung yang membuat kemunculan sulungnya dalam siri Ultraman Orb sebagai Maga-Basser (禍翼マガバッサー, Maga Bassā).

Walaupun varian asalnya belum muncul, satu video temu bual peminat (yang telah dipadam) dengan pengarah Kiyotaka Taguchi mengesahkan kewujudannya dan menggambarkannya sebagai "Maga-Basser tanpa Maga-Kristalnya".[1]

Gelaran:

  • Maga-Basser: Raja Raksasa Angin (風ノ魔王獣, Kaze no Maō-jū)
  • Guebasser: Raksasa Pemangsa (猛禽怪獣, Mōkin Kaijū)[2]
  • Decker: Raksasa Burung Petir (稲妻怪鳥, Inazuma Kaichō)[3][4]

Konsep[]

Etimologi[]

Basser memperoleh nama mereka dari onomatopoeia untuk "kepakan" (バサバサ, Basabasa).[5][6]

Seperti dengan Raja Raksasa yang lain, awalan Maga dalam nama Maga-Basser bermaksud "berbahaya/menyeramkan" (禍々しい, Magamagashii).

Dalam siri Decker, nama mereka berasal dari bahasa Jepun bagi istilah "Petir" (雷, Rai) dan "Anak Ayam" (雛, Hina) masing-masing.

Reka bentuk[]

Maga-Basser pada asalnya direka bentuk untuk lebih menyerupai pelbagai burung pemangsa. Akhirnya, reka bentuknya diputuskan sebagai gabungan antara naga dan Fenghuang dari mitologi Asia Timur. Reka bentuknya juga dirancang untuk menyerupai siluet Bemstar dalam kredit pembukaan siri Ultraman Ace. Ia juga dikatakan mendapat inspirasi daripada Melba dan Lidorias.

Sejarah[]

Ultraman Regulos[]

Di Planet D60, Ultraman Regulos tiba-tiba diserang oleh Guebasser yang menghuni gua tempat dia jatuh selepas terhempas di gunung. Raksasa Pemangsa tersebut berjaya menandingi Regulos sehingga dia diselamatkan oleh Tubahn. Guebasser berundur selepas pertarungan ringkas. Semasa latihan rahsia dengan Tubahn, Regulos bertarung dengan Guebasser sekurang-kurangnya dua kali sebelum berjaya mengusirnya sendiri. Ultraman Regulos

Trivia[]

  • Oleh kerana Guebasser tidak ditunjukkan dihapuskan, ini menandakan kali pertama sebarang varian Basser diketahui masih hidup.

Ultraman Orb Chronicle Bab 6-0: Pembukaan[]

Maga-Basser merupakan salah seekor daripada Raja Raksasa yang telah dicipta oleh Maga-Orochi, mewakili elemen Angin. Pada zaman dahulu, Maga-Basser telah disegel di dalam ionosfera di atas Kutub Utara oleh Ultraman Mebius, sehinggalah pada suatu ketika Juggler membebaskannya menggunakan Kaiju Card Peguila pada zaman moden.

Ultraman Orb[]

Pada suatu hari yang indah di Kitchitachi, Tokyo, seekor raksasa purba berupa burung yang tidur dalam ionosfera tiba-tiba terjaga dan mengamuk di kota dengan kuasa aerokinesinya untuk mencipta Maga-Ribut. Menurut SSP, fenomena ini berlaku setiap beberapa hari dan hilang secara tiba-tiba. Pasukan SSP tiba untuk menyiasat fenomena aneh tersebut, dan ketika mereka terperangkap dalam salah satu puting beliung, mereka mendapati identiti "Raja Raksasa Angin" iaitu Maga-Basser dan seorang gergasi cahaya yang dengan pantas menewaskan raksasa itu buat sementara waktu.

MagaBasserEP1

Maga-Basser dalam episod 1

Bukan sahaja raksasa tersebut menimbulkan banyak masalah di seluruh Tokyo dengan ributnya, tetapi menurut kesan rama-rama, ia juga mencipta tujuh taufan yang muncul di seluruh Lautan Pasifik. Akhirnya, Maga-Basser mencipta ributnya sekali lagi dan apabila ribut reda, ia mula menjelmakan dirinya kepada seluruh Tokyo. Gergasi cahaya yang memperkenalkan dirinya sebagai Ultraman Orb turut menjelmakan diri dalam bentuk Spacium Zeperion dan kedua-dua gergasi itu bertarung sekali lagi.

Pertarungan mereka seimbang dengan kelebihan kemahiran bertarung dan kelebihan udara masing-masing. Selepas Maga-Basser melepaskan Maga-Gelombang Kejutan ke arahnya, Orb menjelmakan Sparion Light Ring untuk menyerang balik, tetapi raksasa itu sempat terbang melarikan diri, dengan serangan Orb hanya berjaya menyingkirkan beberapa bulu Maga-Basser. Selepas bertarung di udara, Color Timer Orb mula berkelip dan menyebabkan bentuk Fusion Upnya hampir berpecah, Orb sedar dia perlu menamatkan perlawanan dengan cepat. Lalu, dia melepaskan Sparion Beam ke arah Maga-Basser dan raksasa itu pun meletup tidak lama selepas itu, mengakhiri ancamannya di Bumi.

Selepas itu, bentuk manusia Orb iaitu Gai Kurenai menjumpai Maga-Kristal milik raksasa tersebut dan dengan menggunakan Orb Ring, dia menukarnya menjadi Ultra Fusion Card Ultraman Mebius, seorang Ultra yang bertanggungjawab telah menyegel raksasa tersebut. Sementara itu, baki tubuh raksasa tersebut turut berubah menjadi Kaiju Card yang diperoleh oleh dalang sebenar, Jugglus Juggler.Pengembara Senja

Trivia[]

  • Pereka sut: Kengo Kusunoki
  • Pada mulanya, Maga-Basser mempunyai bulu yang sepenuhnya berwarna hijau gelap, dengan ekor yang panjang dan reka bentuk sayap yang berbeza.
  • Pada peringkat awal pengeluaran, Maga-Basser pada asalnya akan dinamakan sebagai King Basser (キングバッサー, Kingu Bassā). Namun, disebabkan oleh Grand King telah diluluskan untuk digunakan dalam siri, penerbit bersekutu Okamoto Yuzo mencadangkan penggunaan istilah Maga sebagai sebutan umum bagi semua Kaiju yang akan digunakan sebagai Raja Raksasa.

Ultraman R/B[]

"Biarkan dia mengesan angin dan cari sumbernya, Kristal Angin sepatutnya ada berdekatan. Keluarlah, Guebasser! Un, deux, trois! Un, deux, trois! Un, deux, TROIS!"

―Makoto ketika dia memanggil raksasa tersebut
グエバッサー1-1

Dijelmakan oleh Makoto Aizen untuk mencari Kristal Angin, Guebasser (グエバッサー, Gue Bassā) mengamuk sementara adik-beradik Minato cuba membantu Yuha dalam percubaannya untuk terbang. Burung gergasi itu pada mulanya menandingi mereka dalam pertarungan menentang Ultraman sehinggalah Kristal Tiga ditemui. Menggunakannya, Blu bertukar kepada bentuk Wind dan menangkis kebolehan manipulasi angin Guebasser sebelum kedua-dua Ultra menghancurkannya dengan Zero Twin Slicer dan Storm Shooting. Kristalnya ditemui oleh D.R.L.N., lalu Makoto mengembalikannya ke dalam R/B Crystal Collection Case. Selamat Tinggal, Icarus

Trivia[]

  • Pereka sut: Shinnosuke Ishikawa
  • Sut Guebasser diubah suai dengan mengecat semula sut Maga-Basser agar menyerupai ibis jambul Jepun dan menanggalkan Maga-Kristal, mengikut cadangan Kengo Kusunoki; pereka asal sut tersebut.[7] Staf menggunakan figura yang dicat khas olehnya sebagai rujukan untuk pewarnaan.[8]
  • Walaupun sebahagian penonton percaya bahawa Guebasser ialah varian asal Maga-Basser, Kiyotaka Taguchi menggelarnya sebagai "jenis liar" (野生体, Yasei-tai) bagi Maga-Basser, membuktikan bahawa baka ini sebenarnya merupakan satu lagi varian yang berbeza.[9]
  • Penjelmaan Basser ini kadang-kadang mengeluarkan bunyi "Gue" dalam raungannya, seolah-olah menyebut awalan namanya sendiri.
  • Dalam siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga, Lishurian bernama Ignis memiliki penyapu yang diperbuat daripada bulu Guebasser sebagai salah satu daripada pelbagai harta miliknya. Penyapu ini membolehkannya terbang dan menyusup ke dalam Nursedessei tanpa dikesan. Pada satu ketika, dia juga meminjamkannya kepada Yuna untuk pergi ke Barriguiler walaupun terdapat bantahan daripada kaptennya.

Ultraman Decker[]

UltramanDeckerRaibasser

Raibasser muncul dalam Ultraman Decker

Kehadiran Terraphaser menyebabkan raksasa liar muncul satu demi satu, tertarik kepada robot itu dan menyerangnya secara naluri tanpa sebab yang diketahui. Selepas percubaan gagal oleh Gazort, Raibasser (ライバッサー, Raibassā) dan sekumpulan kecil Hinabasser (ヒナバッサー, Hinabassā) muncul dalam sebuah angin taufan untuk menyerang robot itu sejurus selepas ia mendarat di tapak ujian.

Disebabkan kecerdasan buatan Terraphaser yang kurang berkembang, ia berdepan kesukaran dalam pertarungan menentang Raibasser, berakhir dengan kerosakan teruk akibat serangan elektrik yang menyebabkan ia tidak lagi berfungsi, mengakibatkan Raibasser melarikan diri setelah mencapai kemenangan pertamanya. Ahli GUTS-Select iaitu Kanata Asumi, Ichika Kirino dan Soma Ryumon kemudian membantu Yuichiro Asakage untuk ke pintu penyelenggaraan mesin itu bagi menggunakan data pertempuran HANE2 sebagai pengganti AI, tetapi dalam perjalanan mereka diserang oleh kumpulan Hinabasser. Salah satu Hinabasser berjaya menangkap Kanata dan berniat menjatuhkannya dari ketinggian, namun Kanata bertukar menjadi Ultraman Decker dalam saiz manusia dan bergabung dengan dua ahli GUTS-Select yang lain untuk menangkis serangan Hinabasser hingga Terraphaser berjaya diaktifkan semula. Dengan bantuan Decker, mereka berjaya menewaskan semua Hinabasser yang menyerang, manakala Terraphaser berdepan dengan Raibasser sehingga HANE2 mula mengalami kepanasan berlebihan. Decker kemudian membesar ke saiz gergasi dan menghunuskan Ultra Dual Sword, menewaskan Raibasser menggunakan serangan Triple Decker Scram. Machine God Deployed

Trivia[]

  • Pelakon sut: Shinnosuke Ishikawa
  • Sut Rai/Hinabasser dihasilkan dengan mengubahsuai sut Guebasser, kali ini dicat dengan warna emas kekuningan bersama jalur ungu kecil pada bulunya, serta menambahkan empat tanduk di kepalanya.
  • Menurut laman web rasmi, hanya sebilangan kecil Hinabasser yang dapat tumbuh menjadi Raibasser dewasa sepenuhnya, dengan syarat mereka menjadi ganas dalam kitaran hidup mereka.[3]

Ultraman Blazar[]

Walaupun tidak muncul secara fizikal dalam siri ini, Raibasser muncul sebagai ilusi ketakutan terbesar seorang pekerja binaan yang dicipta oleh Mogusion, digunakan untuk menyembunyikan rupa sebenar Mogusion. Serangan Bawah Tanah

Ultraman Arc[]

Raibasser dan Guebasser telah disebut sebagai antara Kaiju yang pernah muncul di Jepun, yang mendorong kepada pembentukan dan penubuhan cawangan SKIP di seluruh negara. Khususnya, Guebasser dan Raibasser masing-masing pertama kali dilihat di Nagano dan Hokkaido. Di SKIP Cawangan Bandar Fujiyama

Maklumat[]

Basser
Stats
  • Ketinggian: Tidak diketahui, disyaki sama dengan Maga-Basser
  • Berat badan: Tidak diketahui, disyaki sama dengan Maga-Basser
  • Asal usul: Tidak diketahui
Kuasa dan Senjata
  • Penerbangan: Sebagai seekor burung gergasi, Basser dipercayai mampu terbang menggunakan sayapnya.

Maga-Basser
MagaBasserData

Maga-Basser

Statistik
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 20,000 tan
  • Asal usul: Tidak diketahui, disegel dalam ionosfera oleh Ultraman Mebius
Kuasa dan Senjata
  • Penerbangan: Sebagai raksasa yang mirip dengan burung, Maga-Basser mampu terbang pada kelajuan yang luar biasa.
  • Paruh Tajam: Maga-Basser mempunyai paruh yang tajam pada hujungnya dan boleh digunakan dalam pertempuran.
  • Cakar Tajam: Jari-jari Maga-Basser dilengkapi dengan cakar tajam yang menonjol. Ia menggunakan cakar ini untuk bertarung jarak dekat semasa terbang.
  • Aerokinesis: Sepertimana gelarannya, Maga-Basser boleh memanipulasi angin mengikut kehendaknya untuk menghasilkan pusaran angin dan taufan mini.
    • Maga-Ribut (マガ嵐, Maga Arashi): Dirujuk oleh Gai sebagai "Angin Syaitan". Dengan terbang dalam bulatan, Maga-Basser dapat mencipta awan hitam yang besar yang mengeluarkan beberapa taufan dengan magnitud yang cukup untuk merobek dan mengangkat bahagian bangunan. Salah satu taufan tersebut cukup besar untuk Maga-Basser sendiri muat masuk ke dalamnya. Penggunaan ribut ini mempunyai kesan domino kepada corak cuaca di seluruh dunia, mengakibatkan ribut global dan corak cuaca yang tidak menentu seperti ribut salji di Mesir.
    • Maga-Gelombang Kejutan (マガ衝撃波, Maga Shōgekiha): Dengan mengepakkan sayapnya, Maga-Basser dapat mengumpulkan tekanan udara untuk melepaskan gelombang kejutan yang besar.

Guebasser
GueBasserRender

Guebasser

Statistik
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 20,000 tan
  • Asal usul: Bandar Ayaka (R/B), Planet D60 (Regulos)
  • Kelajuan Penerbangan: Mach 8
Kuasa dan Senjata
  • Penerbangan: Guebasser boleh terbang pada kelajuan Mach 8.
  • Paruh Tajam: Paruh Guebasser mempunyai hujung yang tajam yang boleh digunakan untuk mematuk lawan semasa bertempur.
  • Cakar Tajam: Jari-jari kaki Guebasser mempunyai kuku tajam yang menonjol, juga digunakan untuk bertempur.
  • Aerokinesis: Guebasser boleh memanipulasi angin mengikut kehendaknya untuk menghasilkan pusaran angin dan taufan mini.
    • Basa-Basser (バサバッサー, Basa Bassā): Dengan mengayunkan sayapnya, Guebasser melepaskan hembusan angin sejauh 90 meter atau lebih. Angin ini cukup kuat untuk merobek sekelilingnya dan menghalang Rosso dan Blu.[2]
    • Bassa-Basa Storm (バッサバサストーム, Bassa Basa Sutōmu): Dengan terbang dalam bulatan, Guebasser dapat mencipta awan hitam yang besar yang membentuk sebuah tornado apabila terbang pada kelajuan maksimum.
  • Basa-Feather Shoot (バサフェザーシュート, Basa Fezā Shūto): Guebasser boleh menembak bulunya sebagai projektil.

Dalam Ultraman Decker, Raibasser merupakan versi dewasa muktamad, manakala Hinabasser ialah istilah yang diberikan untuk anaknya.[3]

Raibasser
UltramanDeckerRaibasser
Stats[3]
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 20,000 tan
  • Asal usul: Samudera Pasifik (pengesanan pertama)
Kuasa dan Senjata[3]
  • Penerbangan: Raibasser boleh terbang menggunakan sayapnya sendiri.
  • Manipulasi Ribut Petir: Raibasser boleh mengawal cuaca untuk mencipta ribut petir yang mengiringi kehadirannya. Semasa melakukan ini, ribut petir tersebut mempunyai sifat elektromagnetik yang boleh memutuskan komunikasi.
  • Penghasilan Elektrik: Raibasser boleh menghasilkan kilat elektrik dari perutnya untuk serangan.

Hinabasser
UltramanDeckerHinabasser
Statistik[3]
  • Ketinggian: 2 meter
  • Berat badan: 200 kg
  • Asal usul: Samudera Pasifik (pengesanan pertama)
Kuasa dan Senjata[3]
  • Penerbangan: Hinabasser boleh terbang menggunakan sayapnya sendiri.

Galeri[]

Rencana utama: Basser/Galeri

Rujukan[]

Kaiju Ultraman Orb Chronicle
'Pokok Kehidupan' (Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA) Jugglus Juggler | Alien Wraith Psychi | Amate/War Deity | Alien Kanon | Morks | Bezelb | Queen Bezelb | Kugutsu Arstron | Kugutsu King Guesra | Gargorgon | Kugutsu Bemstar | Lidorias | Bolgils | Kugutsu Birdon | Kugutsu Vakishim | Kugutsu Verokron | Psyqueen
'Sayalah Burung Pengembara Galaksi' Murnau | Jiggle | Dinosaur Tank | Pestar | Gamakugira | Takkong | Gora | Alien Gapiya Sadis | Orlok | Alien Zartana | Alien Nackle Ramon Bersaudara | Jugglus Juggler
Lelaki Yang Mencuri Lohong Hitam' Jugglus Juggler | Biranki | Gango | Balloonga/Bom Balloonga
'Pertarungan Sengit! Tamadun Ishtal' Jugglus Juggler/Nuru Ra Hotep | Dodongo | Raksasa Mumia | Magatanothor
'Dari Rusalka Dengan Cinta' Kingsaurus II | Super C.O.V. | Pris-Ma | Maga-Zetton | Jugglus Juggler | Makhluk Asing Tiga Meter | Biranki | Hungler
'Pengembaraan Cahaya' (Ultraman Orb) Peguila | Maga-Zetton | Maga-Basser | Jugglus Juggler | Maga-Grand King | Maga-Jappa | Maga-Pandon | Alien Zetton Maddock | Hyper Zetton Deathscythe | Alien Mefilas Nostra | Alien Nackle Nagus | Alien Metron Tarude | Aribunta | Hoe | Penjaga Ragon | Anak Ragon | Gubila | Alien Babarue Babaryu/Imit-Ultraman Orb | Telesdon | Kelbim | Black King | Maga-Orochi | Galactron | Zeppandon | Alien Zelan | Alien Shaplay Katarohi | Bemular (Empowered) | Renki (Crimson Lotus Knight) | Maya | Hyper Zetton Deathscythe (Reserver) | Alien Pitt Myu | Nova | Black Directive | Kamaitadon (Disebut) | Demaaga | Gomess (S) | Magatano-Orochi
'Serangan Balas Penyihir Angkasa Murnau, Kembalinya Sadis' (Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!) Galactron | Alien Ckalutch | Cicada Woman | Galmess | Hupnath | Jugglus Juggler | Murnau | Alien Gapiya Sadis | Alien Temperor Batista | Alien Hipporit Callisto | Alien Guts Doppel | Alien Serpent | Lecuum | Darebolic | Zeppandon
'Raksasa Ganas Langit Super Desastro' Desastro
'Utusan Penyihir Alam Akhirat' (Ultra Fight Orb) Reibatos | Juda Spectre | Demaaga | Mecha Gomora | Vict Lugiel | King Joe | Birdon | Gudon | Twin Tail | Hyper Zetton | Tyrant
'Burung Pengembara, Pergilah Ke Langit' Biranki | Jugglus Juggler
Ultraman Festival 2016 Alien Baltan | Cyber Mecha Baltan | Zetton Alien Baltan | Zett
Kaiju Ultraman R/B
Ultraman R/B Grigio Bone | Cereza | Black King | Gargorgon | Red King | Guebasser | Mecha Gomora | Aribunta | Ultraman Orb Dark | Gomess (S) | Horoboros | Bezelb | Gubila | Grigio King | Neronga | Pigmon | Booska | Dada | Alien Zarab | Alien Mefilas | Alien Chibull | Alien Bado | Alien Pitt | Alien Nackle | King Joe | Grand King Megalos | Gomora | Kamisori Demaaga | Grigio Regina | Leugocyte
Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond Bemstar | Gan-Q | Alien Pegassa Pega | Mecha Gomora | Snake Darkness | Pigmon | Grigio Regina
Ultraman R/B Novel: The Blue-Eyed Girl Whose Name is Gray Bakubarba | Nero | Margodon | Grigio | Fearmonger | Alien Egon Ciel | Barrigator No. 1 dan 2 | Leugocyte
Kaiju Ultra Galaxy Fight
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes Ultra Dark-Killer | Dark Lugiel | Etelgar | Peguila | Ragon | Red King I dan II
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Absolute Tartarus

Bab 1
Hellberus | Alien Sran | Leugocyte | Reibatos | Gymaira | Maga-Orochi | Gukulushisa


Bab 2
Alien Nackle | Alien Babarue | Alien Godola | Dada | Alien Empera | Juda Spectre | Mold Spectre | Reibatos | Alien Bat | Zett | Night Fang


Bab 3
Reibatos | Alien Bat | Zett | Zetton | EX Zetton | Hyper Zetton | Zetton Falx | Zandrias | Noiseler

Galaxy Rescue Force Voice Drama Gukulushisa | Queen Izana | Kenis | Bemstar | Alien Valky | Baby Samekujira Samekichi | Poccola | Dinozaur | Nova | Alien Babarue | Red King | Daada | Kelbim | Giestron | Neronga
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad Absolute Tartarus | Absolute Diavolo | Absolute Titan | Absolutians | Lidorias | Alien Bat | Reibatos | Gina Spectre | Bemstar | Darklops | Legionoid | Pestar | Gua Spectre | Mecha Baltan | Cyber Mecha Baltan | Ultroid Zero | Miclas | Windom | Agira
Ultraman Regulos Makhluk Ganas Kosmo | Alude | Phoros | Tubahn | Spica | Albeo | Pharood | Dias | Alien Magma (Volcan, Yurub, Lava) | Guebasser | Baraba | Absolute Tartarus
Ultraman Regulos: First Mission Alien Zarab | Alien Reiblood | Reibatos | Gandar | Star Bem Gyeron | Dallie | Black King | Ultraman Shadow
Kaiju Ultraman Decker
Ultraman Decker Sphere | Sphere Soldier | King Sphere | Spheresaurus | Deathdrago | Miclas | HANE2 | Alien Bazdo (Agams) | Gomora | Sphere-Gomora | Bemular | Alien Shaplay | Mons-Ahgar | Eleking (Elly) | Alien Pitt | Alien Metron Marluru | Pagos | Gudon | Telesdon | Twin Tail | Agira | Sphere-Megalothor | Gijeran | Red King | Windom | Gregore Grace | Sphere-Red King | King Guesra | Neomegas | Sadola | Terraphaser | Gazort | Hinabasser | Raibasser | Sphere-Neomegas | Noiseler | Spinnie | Pandon | Alien Metron Nigel | Gomess (S) | Metsu-Orochi | Yapool | Aribunta | Zomborg Soldiers | Galactron MK2 | Lovemos | Ragon | Sphere-Geomos | Chandlar | Mother Spheresaurus
Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond Alien Pedan | Alien Ckalutch | Alien Zelan | Galmess | HANE2 | King Joe | Terraphaser | Baby Zandrias | Young Mother Zandrias | Alien Godola | Alien Magma | Alien Bado | Professor Gibellus | Alien Icarus | Gigalogaiser | Alien Ghose | Alien Shaplay | Alien Serpent | Alien Groza | Hupnath | Lecuum | Gregore Grace | Alien Metron Nigel | Zor-Gigalogaiser
Kaiju & Seijin Ultraman Arc
Ultraman Arc Rution | Digelos | Gomora | Red King | Oo-ze | Shagong | Leodo | Monogelos | Nezutron | Livyjira | Alien Croco | Homger | Internet Kanegon | Neronga | Pagos | Noiseler | Oka-Gubila | Givas | Alien Meguma | Sweed | Zadime | Takkong | Eleking | Chandlar | Bemstar | Mogusion | Zangill | Gedos | Taganular | Bazanga | Hellnarak | Earth Garon | Supekkio (Gomess (SP)) | Red Sphere (Dori|King of Mons) | Lelaki Bertopeng Putih | Pillar | Biorno | Trigelos | Guilebaku | Ze Su
Ultraman Arc The Movie: The Clash of Light and Evil Alien Diggle Sascal | Alien Repo | Shagong | Guil Arc | Doglf | Repodios | Zerogelos | Gartura
Pra-siri Chandlar | Eleking | Bemstar | Antlar | Houlinga | Neldorand | Takkong | Silvergon | Shieldron | Syazac | Leilons | Saramandora | Flygler | Guebasser | Raibasser | Demaaga | Gudon | Oka-Gubila | Barebadon | Peter | Gabora | Magular | Gubila
Advertisement