"Adanya kegelapan kerana adanya cahaya. Adanya cahaya kerana adanya kegelapan."
- ―Bapa Ultra kepada Alien Empera, "Kata-kata dari Hati -Trilogi Akhir III-"
Bapa Ultra ialah Panglima Tertinggi dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Beliau pertama kali muncul dalam episod 27 siri Ultraman Ace. Beliau merupakan suami kepada Ibu Ultra, bapa kepada Ultraman Taro, bapa angkat kepada Ultraman Ace dan datuk kepada Ultraman Taiga. Nama sebenarnya ialah Ultraman Ken .
Sejarah[]
Masa lalu[]
Suatu masa dahulu, Ultraman Ken dan rakan seperjuangannya, Ultraman Belial mengambil bahagian dalam Perang Ultimate untuk menentang Alien Empera dan bala tenteranya yang telah menyerang Negeri Cahaya. Di pertengahan pertarungan, Ken dan Belial telah mengalami kecederaan apabila mereka terserempak dengan Ultrawoman Marie yang memberikan Pedang Ultimate kepada Ken, iaitu sebilah pedang dengan kuasa luar biasa yang merupakan pusaka dalam keluarganya. Ken melepaskan kuasa terpendamnya apabila dia dan Empera menetak pedang antara satu sama lain sehingga meninggalkan bekas luka di bahagian pinggang mereka dan menyebabkan Empera melarikan diri untuk bersembunyi. Selepas peperangan itu, rakyat Ultra telah memutuskan untuk membentuk Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dengan Ken dilantik sebagai Panglima Tertinggi dan menggunakan gelaran Bapa Ultra. Perlantikan itu telah menyebabkan Belial berasa cemburu terhadapnya dan dia mula mencuba menyentuh teras Plasma Spark yang membawa kepada pengusirannya dari Negeri Cahaya.
Pada suatu ketika, Ken telah berkahwin dengan Ultrawoman Marie yang kemudiannya dikenali sebagai Ibu Ultra dan mereka memiliki seorang anak lelaki bernama Taro. Dia juga mengambil Ultraman Ace, anak lelaki kepada rakannya yang telah terbunuh sebagai anak angkatnya.
Ketika Pemberontakan Belial berlaku, Ken muncul untuk melindungi isterinya dan Zoffy yang masih muda pada ketika itu daripada Belial yang telah ditukarkan menjadi Reionics oleh Alien Rayblood dan menyerang Negeri Cahaya dengan tentera raksasanya tetapi dia turut dikalahkan. Konflik itu berakhir setelah Ultraman King tiba dan kemudiannya memenjarakan Belial di Penjara Angkasa.
Ken tidak dapat menggunakan kuasa terpendamnya pada Belial dan menderita akibat perkara itu. Setelah itu, dia menyegel bentuk masa lalunya sebagai "Ken".[1]
Ultraman Ace[]
Ultraman Story[]
Ultraman Taro[]
Ultraman Leo[]
Ultraman 80[]
Ultraman Mebius[]
Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga[]
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
Ultraman Ginga[]
Ultraman Geed[]
Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes![]
Dalam filem ini, Bapa Ultra telah mengarahkan Zoffy untuk memaklumkan kepada Ultimate Force Zero untuk pergi ke Bumi Geed untuk melindungi planet itu daripada ancaman Gillvalis. Bapa Ultra kemudian mengucapkan tahniah kepada sekumpulan Ultra itu atas kejayaan mereka dalam memusnahkan Gillvalis. Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!
Ultraman Taiga[]
Dalam episod 0, Bapa Ultra telah disebut oleh Taro yang berkongsi kisah dengan anak lelakinya, Taiga bahawa ketika dia kecil dahulu bapanya juga turut mengajarnya tentang latihannya.
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Profil[]
Statistik[1][2][]
- Ketinggian: 40 meter (Muda), 45 meter (Semasa)
- Berat badan: 45,000 tan (Muda), 50,000 tan (Semasa)
- Umur: 160,000 tahun
- Tempat asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
- Kelajuan Berlari Maksimum: 700 per jam
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: 200 knot
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 6
- Ketinggian Melompat Maksimum: 350 meter
- Kekuatan Lengan: 120,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 50,000 tan
- Pekerjaan: Panglima Tertinggi dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi (jawatan tertinggi dalam organisasi itu), Presiden Negeri Cahaya (dia mungkin tidak lagi memegang jawatan ini)
- Struktur keluarga:
- Suami kepada Ibu Ultra dan abang ipar kepada kedua-dua kakaknya
- Bapa angkat kepada Ultraman Ace
- Rakan lama kepada bapa Ace yang telah terbunuh
- Bapa kepada Ultraman Taro
- Datuk saudara kepada anak lelaki Seven, Ultraman Zero
- Datuk kepada anak lelaki Taro, Ultraman Taiga