Arahan Konvoi Objek Tak Dikenali Ultraman Z.
ialah episod kesembilan dalam siriSinopsis[]
GAF telah berjaya mendapatkan semula Pingat Ultra. Kali ini, misi STORAGE ialah untuk mengiringi Pingat tersebut ke sebuah fasiliti keselamatan. Namun, makhluk asing sedang memburu harta tersembunyi Pingat Ultra! Bagaimanakah STORAGE dan Ultraman Z akan berhadapan dengan ancaman Robot Angkasa, King Joe? Saksikan bagaimana Z meledak keluar dengan gerakan khas terbarunya!
Plot[]

Beberapa bulan selepas Genegarg dimusnahkan, anggota GAF giat mengumpul semula Pingat Ultra yang berselerak untuk tujuan penyelidikan setelah mengesan tenaga plasma istimewa di dalamnya. Namun, satu kumpulan penyelidik dari Pusat Kajian Raksasa telah diserang hendap oleh King Joe yang sedang mara untuk merampas Pingat tersebut.
Insiden ini menarik perhatian anggota STORAGE, lebih-lebih lagi apabila si pelaku (makhluk asing) menghantar video ugutan kepada GAFJ, menuntut supaya baki tiga harta angkasa (Pingat Ultra) diserahkan kepada mereka. Jika tidak, mereka akan menyerang menggunakan robot berkuasa mereka. STORAGE diberi tugasan untuk menghantar tiga Pingat Ultra yang masih ada ke JAERC (Pusat Penyelidikan Peralatan Lanjutan Bersama). Yuka meramalkan bahawa makhluk asing itu mampu mengesan Pingat Ultra kerana tenaga plasma yang dipancarkan dan JAERC memiliki bilik terlindung 300 meter di bawah tanah. Hebikura menyusun rancangan untuk menghantar Medal tersebut melalui konvoi di kawasan pergunungan, sementara Yuka mencipta Bekas Pengionan Super untuk menghalang isyarat plasma daripada dikesan. Hebikura dan Yuka akan menghantar Pingat menggunakan sebuah van mini, manakala Haruki akan memandu Windom sebagai pengawal mereka. Namun, Yoko tidak diberikan sebarang peranan dalam misi ini.
Rancangan berjalan lancar sehinggalah King Joe menyerang. Windom cuba untuk menghalang, tetapi robot itu mampu memisahkan dirinya menjadi empat komponen yang berbeza. Di sekitar sebuah empangan, Hebikura dan Yuka terpaksa menyerahkan bekas pengionan tersebut. Kekecewaan Haruki semakin bertambah apabila mereka menyedari bahawa ini semua adalah muslihat untuk memaksa Yoko menghantar bekas sebenar yang mengandungi STEGG, kerana objek yang dirampas oleh King Joe hanyalah palsu yang berpura-pura memancarkan radiasi Pingat. Malangnya bagi Yoko, pegawai JAERC yang menunggunya ternyata adalah Kaburagi yang menyamar, yang memperdaya King Joe dengan membuka bekas itu dan melarikan diri.
Z berjaya melindungi Yoko daripada letupan itu dan merampas tiga Pingat Ultra sebelum King Joe, tetapi terlupa bagaimana untuk menggunakannya. King Joe terus membelasah Z sebelum ia melarikan diri menggunakan Beta Smash dan bertukar menjadi Gamma Future. Menggunakan nasihat Yuka tentang kelemahan King Joe, Z menjelmakan tiga Ultra Heisei untuk memperdayakan King Joe agar memisahkan dirinya. Dengan itu, Z memanfaatkan kuasa ketiga-tiga Pingat tersebut untuk menyerang dengan kilat yang memusnahkan King Joe.
Dengan Z berjaya mendapatkan Pingat Ultra, misi STORAGE gagal, namun pengarah beralih fokus kepada usaha untuk mengambil semula bahagian-bahagian King Joe. Dari tapak sisa runtuhan itu, makhluk asing yang tidak bernama mengangkat tangannya…
[]
- Haruki: Ultra Navi Haruki! Okey! Hari ini kami tunjukkan ini!
- Z Riser: Dyna.
- Z: Bentuk biru Dyna ialah pahlawan dengan kuasa ghaib! Kuasa ajaibnya membantu menjadikan Gamma Future lebih kuat!
- Z: Seterusnya...
- Z Riser: Mebius.
- Haruki: Ultraman Mebius. Wira ini menjalin persahabatan dengan manusia yang menyemarakkan pertarungannya!
Segmen episod ulangan[]
Haruki telah menghadiahkan Z dengan sekeping foil Pedanium, menyatakan bahawa latihan untuk memusnahkan aloi itu akan menguatkannya. Z bersetuju dan memukulnya, tetapi hanya menyebabkan kesakitan pada dirinya. Kemudian, dia meminta set Pingat Beta Smash daripada Haruki.
Ultraman Z and Ultraman Zero Voice Drama[]

Adik Lelaki Besi
Z bertemu dengan Jean-Nine, sahabat kepada Zero. Z mendengar dari Zero bahawa beliau digelar sebagai Pahlawan Besi dan berkhidmat kepada Puteri Emerana, tetapi Jean-Nine memberitahu Ultraman muda itu bahawa sebenarnya ia adalah abangnya, Jean-Bot yang menyebabkan Z berasa jengkel.
Pelakon[]
- Haruki Natsukawa : Kohshu Hirano
- Yoko Nakashima : Rima Matsuda
- Yuka Ohta : Hikari Kuroki
- Shota Hebikura : Takaya Aoyagi
- Shinya Kaburagi : Rihito Noda
Pelakon suara[]
- Ultraman Z Tasuku Hatanaka :
- Pencerita: Koichi Toshima
Pelakon jemputan[]
- Penyelidik 1: Keiichiro Mori
- Penyelidik 2: Satoshi Iwago
- Penyelidik 3: Kôsuke Takaki
Pelakon sut[]
- Ultraman Z: Hideyoshi Iwata
- Windom: Yuto Nagachi
- King Joe: Satoru Okabe
- Alien Barossa: Shinnosuke Ishikawa
Kemunculan[]
Ultra[]
- Ultraman Z
- Alpha Edge
- Beta Smash
- Gamma Future
Kaiju[]
- King Joe
- Jugglus Juggler
- Windom
- Alien Barossa (Kameo)
Trivia[]
- Seperti STEGG, van mini yang dipandu oleh Hebikura dan Yuka juga berasal dari Toyota.
- Adegan di mana King Joe bergabung dan jatuh dari udara diturunkan semula dari episod 11 siri Ultraman X.
- Bermula dengan episod ini, siaran ulangan siri Ultraman Z di YouTube memaparkan sebuah lakonan pendek selama 30 saat yang merujuk kepada raksasa dalam episod tersebut sebelum episod itu bermula.