Ultraman Wiki
Advertisement

"Ambil ni... [...] Ia merupakan peninggalan yang telah menyerap cahaya bintang selama berabad-abad."

Yuzare memberikan Ancient Sparklence kepada Kengo Manaka, Pertemuan Cahaya dan Kegelapan


Ancient Sparklence (エンシェントスパークレンス, Enshento Supākurensu) merupakan sebuah peninggalan dalam siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga yang berfungsi sebagai asas bagi GUTS Sparklence. Ia juga boleh bertindak sebagai peranti transformasi.[1]

Sejarah[]

Ultraman Trigger: New Generation Tiga[]

Ancient Sparklence berada dalam pemilikan Yuzare pada zaman Ultra Purba. Fungsi utamanya ialah mengumpul tenaga cahaya daripada serata bintang. Apabila bertemu dengan Kengo Manaka yang berpindah merentasi masa, Yuzare memberikan peranti itu kepadanya untuk mengejar Gergasi Kegelapan dan berhubung dengan Trigger Dark ketika gergasi itu hampir memanfaatkan tenaga daripada Eternity Core.

Pada zaman kini, Ancient Sparklence telah diserahkan kepada Mitsukuni Shizuma oleh Ryuichi Tokioka dan diberikan kepada Akito Hijiri yang kemudiannya menggunakannya untuk mencipta senjata api GUTS Sparklence untuk ahli-ahli GUTS-Select sambil mencipta versi boleh bertukar yang akan serasi untuk Trigger (dalam masa yang sama turut berharap dirinya akan terpilih untuk menjadi hos Ultra itu). Pada suatu titik, Ignis cuba untuk mencuri Ancient Sparklence ketika pencerobohan pertamanya ke dalam Nursedessei, tetapi pasukan itu berjaya mendapatkannya semula ketika amukan Okagubila.

Ultraman Trigger: Episode Z[]

Ancient Sparklence telah digunakan oleh Zabil untuk bertukar menjadi Evil Trigger selepas dia mendedahkan belangnya sebagai seorang pengkhianat dan menggunakan nyawa lima ekor Leyrah untuk mencipta "cahaya" berdasarkan maklumat Ultraman Trigger yang diekstrak daripada GUTS Sparklence dan Hyper Key milik Kengo.

Kuasa[]

  • Penyerapan Tenaga Cahaya: Menurut Yuzare, asal peranti tersebut ialah untuk menyerap tenaga cahaya dari serata bintang.
  • Penciptaan Ruang Dalaman: Apabila digunakan oleh Kengo yang merentas pindah masa, dia dapat membawa dirinya dan Trigger Dark ke dalam sebuah ruang yang kosong.

Galeri[]

Trivia[]

  • Pereka: Takahiko Waki[2]
  • Sesuai dengan peranannya sebagai peranti transformasi, produk Ancient Sparklence dibuat mempunyai bunyi transformasi terprogram bagi Multi Type dan Glitter Trigger Eternity milik Trigger.
  • Meskipun cengkamannya boleh memuatkan Hyper/Kaiju Key, produk dalam kehidupan sebenar tidak memiliki mod Hyper Gun secara keseluruhan.
    • Namun begitu, prop sebenar Ancient Sparklence yang digunakan dalam siri sebenarnya tidak memiliki cengkaman Hyper/Kaiju Key sepenuhnya.
  • Ukiran purba pada Batu Bersurat Ultra Purba menggambarkan Ancient Sparklence sebagai sebatang obor.
  • Ancient Sparklence sangat menyerupai Bronze Sparklence dari Ultraman Tiga Gaiden: Revival of the Ancient Giant.
    • Kebetulan, kedua-dua Sparklence tersebut terlibat digunakan oleh watak yang berpindah rentas masa.

Rujukan[]

Alat Transformasi
Alat Showa Beta Capsule | Ultra Eye | Kuasa Kehendak | Ultra Ring | Ultra Badge | Leo Ring | Beam Flasher | Bright Stick | Bright Bracelet
Alat Heisei Delta Plasma | Willpower | Beta Capsule/Flash Prism | Estrellar | Pikari Brush | Sparklence | Lieflasher | Esplender | Agulater | Nice Dreamer | Cosmo Pluck | Just Lancer | Evoltruster | Darkevolver | Max Spark | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Eye | Saga Brace | Ginga Spark | Dark Spark | Dark Dummy Spark | Gunpad | Ginga Light Spark | Livepad | Victory Lancer | Chibull Spark | Ultra Fusion Brace | X Devizer | Orb Ring | Orb Calibur | Riser | Ultra Zero Eye NEO | Giga Finalizer | Gyro | Orb Ring NEO
Alat Reiwa Taiga Spark | Tregear Eye | Taiga Tri Blade | New Generation Eye | Z Riser | GUTS Sparklence | Ultra D Flasher | Phase Riser | Blazar Brace | Arc Ariser
Alat Media Lain Zoffy Bracelet | Jack Bracelet | Gorian Belt | Zarge Sword | Drew Bracelet | Flare Coin | Alphone Pendant | Arus Ring | Mimicry System | Ultra Operation
Advertisement