Ultraman Wiki
Advertisement

Amukan Keadilan (暴走する正義, Bōsō Suru Seigi) ialah episod ke-14 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

SSP membantu sekumpulan pekerja di mata air untuk membina mesin VTL, namun tiba-tiba sebuah robot gergasi muncul dari portal di langit. SSP menamakannya sebagai Galactron. Ia bangkit dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk dengan kenyataan bahawa tujuannya adalah untuk keadilan di Bumi.

Plot[]

Selepas Shin terpaksa bekerja sambilan, Gai terpaksa menjadi jurukamera SSP di bawah bimbingan Jetta. Namun, Jetta memarahi pengembara itu kerana kemahiran penggambarannya yang teruk semasa merakam dokumentari Naomi di kawasan luar bandar. Setelah seharian bekerja di Kofune Manufacturing, bosnya iaitu Soichi Kofune menjemput pekerja-pekerjanya untuk makan Yakisoba dan membenarkan Shin mengundang rakan-rakannya. Melihat Gai menikmati Yakisobanya, pengurus tersebut pun memutuskan untuk mengajarnya cara memasak hidangan itu. Gai dengan senang hati menerima ajakan itu dan segera menggoreng Yakisoba tersebut, mengejutkan Kofune dengan kelincahannya.

Tiba-tiba, sebuah robot gergasi pelik mendarat di kawasan lapang berhampiran kilang itu. Melihatnya, Naomi menggelar robot itu sebagai Galactron dengan menggabungkan nama-nama yang dicadangkan oleh Jetta (Galaxy Dragon) dan Shin (Salvatron). Setelah robot itu menganalisis Naomi sejenak, Jetta percaya bahawa Galactron adalah robot keadilan dan mungkin merupakan sekutu Orb dalam pertarungan. Dengan mendapat persetujuan daripada VTL dan Shibukawa, pekerja-pekerja di Kofune Manufacturing mula menganalisis robot itu sebaik mungkin.

Pada waktu petang, Kofune mendedahkan bahawa sebahagian besar struktur Galactron berasal dari luar bumi, di mana bahan-bahannya tidak dikenali dan terdapat banyak bahagian yang menentang hukum fizik. "Ekor" Galactron mengeluarkan sensor pelik, yang menunjukkan bahawa ia digunakan untuk mengesan sesuatu dari bawah tanah. Pada waktu malam, Gai menyaksikan Shin yang sedang mengajukan beberapa soalan kepada robot tersebut. Kofune menyertai pengembara itu dan mendedahkan beberapa butiran tentang masa lalu mereka: dahulunya, dia adalah seorang juri dalam pertandingan mencipta robot yang disertai oleh Shin yang masih darjah 1 ketika itu, dan budak kecil itu menangis apabila robotnya tidak memenangi pertandingan tersebut. Ketika itu, Kofune memberi kata-kata semangat kepadanya, dan Shin terus memperbaiki diri sehingga berjaya setahun kemudian.

Pada keesokan harinya, sementara Naomi masih tidur di SSP-7, yang lain sedang menikmati roti Yakisoba sebagai sarapan dari lebihan yang dimasak oleh Gai semalam. Sensor Galactron tiba-tiba berhenti berfungsi dan robot itu dengan pantas terjaga, menculik Naomi dan menggunakannya sebagai penterjemah untuk berbicara. Dengan berlakunya kebanyakan peperangan di kawasan diskriminasi dengan kekejaman penduduk di dunia, Galactron percaya bahawa Bumi perlu dibersihkan dan dimulakan semula demi keamanan dunia. Galactron melancarkan tembakan ke arah kilang dan mula bergerak menuju ke bandar. Gai mengesyaki bahawa Galactron telah dibuang oleh dimensi asing itu kerana sudah muak berdepan dengannya. Dia kemudiannya bertukar menjadi Orb dan menentang Galactron di bandar sebelum mengalihkan pertarungan itu ke kawasan luar bandar. Melihat kilang yang sudahpun musnah, Shin merasa tertekan dan bertanya sama ada dia yang bertanggungjawab, tetapi Kofune meyakinkan bahawa semua orang memainkan peranan mereka, dan cara Galactron dalam menegakkan keadilan tidak akan diterima.

Orb bertukar dari Spacium Zeperion kepada Hurricane Slash, namun dia dengan mudah ditewaskan sebelum ditusuk sehingga menembusi bahagian perutnya.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita hari ni ialah...
  • Orb Ring: Ultraseven!
  • Gai: Perwira merah, iaitu Seven. Kalau nak tahu, dia juga ayah kepada Ultraman Zero. Raksasa kita hari ini ialah...
  • Orb Ring: Maga-Zetton!
  • Gai: Raja Raksasa Cahaya yang telah saya tewaskan dulu, Maga-Zetton. Untuk menewaskan dia tu, saya terpaksalah untuk membayar harga yang sangat mahal. Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Soichi Kofune (小舟 惣一, Kofune Sōichi): Ryo Kinomoto (木之元亮, Kinomoto Ryō)
  • Shibao (芝尾): Hiroyuki Hakamada (袴田 裕幸, Hakamada Hiroyuki)
  • Tamaru (田丸): Kazuyoshi Nagazawa (中澤 兼利, Nagazawa Kazuyoshi)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Spacium Zeperion) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Galactron (ギャラクトロン, Gyarakutoron): Satoru Okabe (岡部暁, Okabe Satoru)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Galactron

Trivia[]

Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement