Alien Terrorist ialah makhluk asing kedua yang muncul dalam episod 38 Ultraman Taro.
Gelaran: Makhluk asing Berwarna Hijau
Sejarah[]
Ultraman Taro[]
Terrorist ialah seorang makhluk asing yang jahat dan kejam. Ketika Kotaro ditunjukkan bagaimana seorang gadis yang ditemuinya telah diberikan bola kristal oleh Alien Miracle, mereka berdua menyaksikan serangan Alien Terrorist yang membunuh Miracle dengan pedangnya, mencari bola kristal Miracle. Beberapa saat kemudian, Terrorist muncul dan mula memusnahkan bandar, mencari bola kristal Miracle. Dia melihat gadis itu, yang kini memilikinya, dan cuba membunuhnya untuk mendapatkannya. Apabila dia kehilangan jejak gadis itu, dia mula memusnahkan segala-galanya di sekelilingnya juga. Kotaro cuba menghalangnya tetapi pistolnya gagal, dia bertukar menjadi Taro dan mencetuskan pergaduhan. Taro dengan pantas mula melawan makhluk asing itu dan mula mengalahkannya apabila ZAT muncul untuk membantu wira. Cuba sedaya upaya, nampaknya Terrorist tidal boleh menang sehingga dia menemui loji gas asli di belakangnya. Dengan melindunginya dengan badannya, dia mengalami beberapa pukulan keras akibat serangan Terrorist. Dengan Taro jatuh, Terrorist berpatah balik ke loji itu, bersedia untuk memusnahkannya tetapi Taro terus bangkit untuk mencuba dan menghalang makhluk asing itu, tetapi sudah cedera parah. Bagaimanapun, gadis itu melemparkan bola itu ke arah Terrorist, meletup dengan kekuatan yang cukup untuk mencederakan makhluk asing itu. Terrorist terhuyung-hayang dan akhirnya mati, membeku. Taro kemudian mengangkat badan raksasa itu dan kemudiannya melemparkannya ke udara, memusnahkannya degnan Rasuk Shooting, badannya meletup menjadi salji.
Trivia[]
- Alien Terrorist ialah salah seorang makhluk asing yang membentuk tubuh Belyudra dalam Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie.
- Alien Terrorist asalnya dirancang untuk menjadi lawan Zamsher dalam Ultraman Mebius Episod 16, tetapi dia telah dibuang dan diganti dengan Alien Magma kerana namanya yang bermasalah.
Data[]
- Statistik
- Ketinggian: 52 meter
- Berat: 31,000 tan
- Tempat Asal: Planet Terrorist
- Kuasa dan Senjata
- Pedang Terrorist: Alien Terrrorist dilengkapi dengan pedang yang boleh digunakannya dalam pertempuran.
- Teleportasi: Terrorist boleh teleport ke lokasi berbeza sesuka hati.
- Api Terrorist: Terrorist boleh menembak peluru berpandu organik dari tangannya.
- Perubahan Saiz: Alien Terrorist boleh membesar dari saiz manusia kepada saiz kaiju sesuka hati.