Ultraman Wiki
Advertisement

"Awak ingat awak dah menang? Apa yang awak tewaskan hanyalah larva Zetton! Bentuk yang sempurna! Inilah... Inilah... Inilah bentuk sempurna, Hyper Zetton!"

―Alien Bat, Ultraman Saga


Alien Bat (バット星人, Batto Seijin) ini merupakan ahli elit dari kaumnya yang berperanan sebagai antagonis utama dalam Ultraman Saga. Selain keganasan yang dilakukannya di seluruh alam semesta, dia telah menakluki Bumi Masa Depan sebagai tempat ujian untuk mencipta Hyper Zetton sebelum dia dimusnahkan oleh Ultraman Saga. Alien Bat bagaimanapun telah dihidupkan semula oleh Absolute Tartarus untuk mengikrarkan kesetiaannya kepada The Kingdom.

Sejarah[]

Ultraman Zero Gaiden: Killer the Beatstar[]

Pra-Ultraman Saga[]

Ultraman Saga[]

Menggunakan kapal angkasanya, Alien Bat merentas ke Dunia Neo Frontier Space untuk mendapatkan sisa-sisa Sphere sebagai catuan Hyper Zetton. Dalam pada itu, dia secara tidak sengaja membawa Nozomu Taiga ke Bumi Masa Depan yang kemudian menjalin ikatan dengan Ultraman Zero.

Dalam versi director's cut, Alien Bat yang berada di dalam Hyper Zetton melepaskan lima Senjata Raksasa (怪獣兵器, Kaijū Heiki) yang dibuat olehnya melalui mayat-mayat raksasa yang disatukan semula dengan kuasa Sphere iaitu Antlar, King Pandon, Black King, Verokron dan Tyrant. Ketika Ultraman Saga meneruskan pertempurannya, Ultra Brothers muncul untuk membantu Ultra Super itu menentang semua Senjata Raksasa.

Selepas pertempuran di seluruh bandar, Saga memberikan serangan penamatnya kepada Hyper Zetton di angkasa lepas dengan menumbuk Alien Bat dari posisi di mana dia mengawal ciptaannya itu. Kemusnahan Hyper Zetton menyebabkan semua bentuk kehidupan yang diculik kembali semula ke Bumi. Ultraman Saga

Ultra Zero Fight[]

Dia disebut oleh saudaranya, Gurashie kepada Ultraman Zero sebelum melepaskan Four Beast Warriors of Hell untuk menyerang Ultraman muda itu. Kuasa Baru

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

"Awak semua siapa? Saya mencari Ultraman Saga-"
"Awak sudah mati, dan sekarang telah hidup semula. Marilah abdikan kehidupan awak kepada The Kingdom?"
"B-Baik. Saya ada rancangan yang saya ingin cuba. L-Lepaskan saya dan saya akan bekerjasama.
"

―Alien Bat dan Tartarus

Dalam perjalanan Absolute Tartarus ke tempat lain ketika rancangan Alien Sran sedang berjalan, dia pergi bulan di Bumi Masa Depan untuk membolehkan Reibatos menghidupkan semula Alien Bat dari kematiannya. Permulaan Pada mulanya terkejut dengan keadaan itu, Alien Bat telah menerima tawaran Tartarus untuk mengikrarkan kesetiaannya kepada The Kingdom dan pergi ke makmalnya untuk mencipta Syaitan Ketakutan Zett sebagai alat mereka untuk menentang Ultra. Kemunculan Secara kronologinya, Alien Bat kali terakhir dilihat berada bersama Zett dan Reibatos semasa Tartarus cuba merekrut Isotop Selari penjahat bersejarah dari Negeri Cahaya iaitu ketika Ultraman Belial diperkenalkan kepada mereka. Perbezaan

Profil[]

TaigaBat
Statistik
  • Ketinggian: 2.5 ~ 50 meter
  • Berat badan: 80 kg ~ 28,000 tan
  • Tempat asal: Planet Bat
Kuasa dan Senjata
  • Kepintaran
  • Kubu Gergasi
    • Perjalanan Antara Dimensi
    • Pancaran Kilat
    • Penangkapan
    • Drone Jet Pejuang
    • Penggabungan

Trivia[]

  • Menurut pelakon suaranya, Hideo Higashikokubaru, tingkah laku Alien Bat dalam filem Ultraman Saga diilhamkan oleh pelakon Jepun Akihiro Miwa.[1]
  • Kata-katanya semasa dia memperkenalkan Hyper Zetton adalah rujukan kepada Kapten Zwordar dalam Farewell to Space Battleship Yamato.
  • Dalam rancangan asal, dia tidak dimaksudkan untuk menjadi alien tetapi manusia yang menyamar sebagai Alien Bat. Kostumnya juga dimaksudkan untuk mempunyai topeng yang boleh ditanggalkan.

Rujukan[]

Kaiju Ultraman Zero
Ultraman Zero: The Revenge of Belial Alien Esmeralda Emerana | Brigante | Legionoid | Iaron | Darkgone | Darklops | Malebrandes | Delust | Lanun Api | Rakyat Dua Dimensi | Arch Belial
Ultraman Zero Side Story: Killer the Beatstar Beatstar | Gomora Rei | Ace Killer | Inpelaizer | King Joe | Litra Rei (S) | Alien Bat
Ultraman Saga Hyper Zetton | Alien Bat | Sphere | Gubila | Gomess (S) | Arstron | Legionoid | Chaos Header 0 | Lidorias | Bolgils | Mogrudon | Golmede | Mienin | Eligal | Tyrant | Black King | King Pandon | Antlar | Verokron
Ultra Zero Fight Bemular | Telesdon | Gudon | Sadola | Alien Bat Gurashie | Red King | Galberos | Gan-Q | Bemstar | Pigmon Moroboshi-kun | Illusion Ultraman Zero | Alien Mefilas Sly | Alien Hipporit Jatar | Alien Temperor Villainous | Alien Groza Grocken | Alien Deathre Deathlogue | Silvergon | Rakyat Fanegon | Tyrant | Armored Darkness | Kaiser Darkness
Kaiju Ultra Galaxy Fight
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes Ultra Dark-Killer | Dark Lugiel | Etelgar | Peguila | Ragon | Red King I dan II
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Absolute Tartarus

Bab 1
Hellberus | Alien Sran | Leugocyte | Reibatos | Gymaira | Maga-Orochi | Gukulushisa


Bab 2
Alien Nackle | Alien Babarue | Alien Godola | Dada | Alien Empera | Juda Spectre | Mold Spectre | Reibatos | Alien Bat | Zett | Night Fang


Bab 3
Reibatos | Alien Bat | Zett | Zetton | EX Zetton | Hyper Zetton | Zetton Falx | Zandrias | Noiseler

Galaxy Rescue Force Voice Drama Gukulushisa | Queen Izana | Kenis | Bemstar | Alien Valky | Baby Samekujira Samekichi | Poccola | Dinozaur | Nova | Alien Babarue | Red King | Daada | Kelbim | Giestron | Neronga
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad Absolute Tartarus | Absolute Diavolo | Absolute Titan | Absolutians | Lidorias | Alien Bat | Reibatos | Gina Spectre | Bemstar | Darklops | Legionoid | Pestar | Gua Spectre | Mecha Baltan | Cyber Mecha Baltan | Ultroid Zero | Miclas | Windom | Agira
Ultraman Regulos Makhluk Ganas Kosmo | Alude | Phoros | Tubahn | Spica | Albeo | Pharood | Dias | Alien Magma (Volcan, Yurub, Lava) | Guebasser | Baraba | Absolute Tartarus
Ultraman Regulos: First Mission Alien Zarab | Alien Reiblood | Reibatos | Gandar | Star Bem Gyeron | Dallie | Black King | Ultraman Shadow
Advertisement