Ultraman Wiki
Advertisement

Alamak! Mak Datang! (大変!ママが来た!, Taihen! Mama ga Kita!) ialah episod ke-11 dalam siri Ultraman Orb.

Sinopsis[]

Naomi meminta pertolongan Gai untuk menemaninya ketika dia berjumpa dengan ibunya, tetapi pertemuan mereka terganggu apabila Juggler didedahkan masih hidup dan menjelaskan rancangan barunya. Kini, dia memiliki kesemua Kad Kaiju Raja Raksasa dan Ultra Fusion Card Ultraman Belial.

Plot[]

Episod ini bermula di dalam tempat mandian awam, di mana Naomi meminta Gai membantunya dengan berpura-pura menjadi teman lelakinya. Pada masa yang sama, Jetta dan Shin tergelincir dan terlanggar beberapa baldi yang disusun.

Keesokan harinya, Naomi menyarankan agar Gai memakai sut formal ketika mereka berdua bertemu dengan ibu Naomi, Keiko, di mana Gai berusaha sebaik mungkin untuk berlakon sebagai teman lelaki Naomi. Tiba-tiba, Juggler muncul dan mengganggu pertemuan itu, menyebabkan Gai menariknya keluar sebentar dan menyuarakan keterkejutannya tentang bagaimana Juggler berjaya terselamat setelah ditembak oleh Alien Nackle Nagus. Juggler mengucapkan terima kasih kepada Gai kerana telah menewaskan Raja Raksasa, yang membolehkan dia mengumpul kad-kad mereka dan menunjukkan Fusion Card Belial kepada Gai, pada masa yang sama sering muncul gangguan. Sementara mereka sedang ingin menikmati makan tengah hari, Puteri Tamayura muncul dalam saiz gergasi, yang menarik perhatian orang ramai dan sebenarnya cuba untuk memberi amaran kepada Gai tentang ancaman yang akan datang.

Kemudian, Keiko meminta Ittetsu menemaninya untuk membeli-belah kerana dia takut akan kemunculan Tamayura, sementara Ittetsu terpaksa mengangkut barang-barang belanjaannya. Sementara itu, di pangkalan SSP, Shin memberitahu rakan SSP yang lain bahawa dia telah melakukan penyelidikan mengenai Puteri Tamayura sejak pertama kali mereka bertemu dengannya. Dipetik dari satu artikel, Shin mendedahkan bahawa dahulu kala, Tamayura telah diculik oleh Maga-Orochi yang merusuh sehingga dia diselamatkan oleh seorang pahlawan cahaya. Sejak itu, dia menggunakan kuasa pahlawan tersebut untuk memastikan segel Maga-Orochi tetap dikunci dan dianggap sebagai pelindung hutan terlarang. Gai segera meninggalkan pangkalan itu dan SSP cuba mengikutinya sehingga Keiko muncul dan cuba membawa Naomi pulang. Shin memberi amaran tentang lohong hitam aneh yang muncul dari hutan terlarang dan mereka segera beredar, dengan Ittetsu mengikuti mereka untuk memastikan keselamatan mereka.

Bertemu dengan Juggler di hutan terlarang, Gai terlibat dalam pertarungan singkat sebelum Juggler menggunakan semua Raja Raksasa untuk melepaskan sebutir telur aneh. Juggler melancarkan kad Belial untuk memusnahkan Ultra Fusion Card yang menjaga telur tersebut (Zoffy) dan akhirnya membebaskan Maga-Orochi, yang kemudiannya menuju ke bandar. Gai menengking Juggler kerana melibatkan orang awam dalam perseteruan mereka sebelum meninggalkannya dan bertukar menjadi Ultraman Orb. Pahlawan Ultra itu mencuba setiap kuasa yang ada padanya, namun gagal. Percubaan terakhirnya dengan menggunakan kuasa Stobium Dynamite Burnmite menghasilkan kerak terbakar yang melitupi raksasa itu, tetapi hanya untuk seketika sebelum ia menyerang Orb dengan satu pukulan yang menghancurkannya. Setelah mencapai had masanya, Gai akhirnya jatuh tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang dialaminya. Sementara Naomi mencari Gai di hutan, Juggler mengambil Ultra Fusion Card Holder daripada Gai dan ketawa dengan nada yang kejam, akhirnya menang dalam persaingan mereka yang panjang.

Kaji Selidik Wira Ultra Gai[]

  • Gai: Kaji Selidik Wira Ultra. Wira kita kali ni ialah...!
  • Orb Ring: Zoffy!
  • Gai: Ultra Brother #1, Zoffy. Dia juga ketua Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Manakala raksasa kita ialah...
  • Orb Ring: Maga-Orochi!
  • Gai: Maga-Orochi akhirnya telah bangkit semula. Raja Besar Raksasa yang menguasai semua Raja Raksasa yang lain. Raksasa yang paling bahaya dalam sejarah, yang juga dikatakan memakan planet! Saksikan episod seterusnya ya!

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Naomi Yumeno (夢野 ナオミ, Yumeno Naomi): Miyabi Matsuura (松浦 雅, Matsuura Miyabi)
  • Jetta Hayami (早見 ジェッタ, Hayami Jetta): Naoto Takahashi (髙橋 直人, Takahashi Naoto)
  • Shin Matsudo (松戸 シン, Matsudo Shin): Hiroaki Nerio (ねりお 弘晃, Nerio Hiroaki)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Takaya Aoyagi (青柳 尊哉, Aoyagi Takaya)
  • Ittetsu Shibukawa (渋川 一徹, Shibukawa Ittetsu): Shingo Yanagisawa (柳沢 慎吾, Yanagisawa Shingo)

Pelakon jemputan[]

  • Keiko Yumeno (夢野 圭子, Yumeno Keiko): Minako Tanaka (田中 美奈子, Tanaka Minako)
  • Puteri Tamayura (タマユラ姫, Tamayura Hime): Mala Morgan (モーガン 茉愛羅, Mōgan Māra)
  • Pelayan: Keisuke Sonoyama (園山 敬介, Sonoyama Keisuke)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Orb (Spacium Zeperion, Burnmite) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶, Iwata Hideyoshi)
  • Ultraman Orb (Hurricane Slash) (ウルトラマンオーブ, Urutoraman Ōbu): Shinnosuke Ishikawa (石川 真之介, Ishikawa Shin'nosuke)
  • Jugglus Juggler (ジャグラスジャグラー, Jagurasu Jagurā): Satoru Okabe (岡部 暁, Okabe Satoru)
  • Maga-Orochi (マガオロチ, Maga Orochi): Yoshiki Kuwabara (桑原 義樹, Kuwabara Yoshiki)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan penghormatan kepada episod dari siri Ultraman, Iblis Bangkit Lagi.
  • Secara ironinya, istilah Mama (sinonim bagi Ibu) mempunyai dua makna. Satu merujuk kepada kemunculan Keiko Yumeno, dan satu lagi merujuk kepada kemunculan Maga-Orochi sambil meramalkan kehadiran Magatano-Orochi.
Episod Ultraman Orb Chronicle
Ultraman Orb Pengembara Senja | Raja Raksasa Tanah | Perairan Raksasa | Berhati-hati dengan Api di Musim Panas | Hati Yang Takkan Lari | Hutan Terlarang | Hari Esok Yang Dilitupi Kabus | Ikan Duyung Bandar | Blues Penyamar | Kematian Juggler! | Alamak! Mak Datang! | Rahmat Raja Kegelapan | Pembersihan Hati | Amukan Keadilan | Never Say Never | Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan | Pedang Suci Muncul Kembali | Lelaki Berhati Batu | Kejahatan Di Dalam Saya | Picu Dendam | Gadis Bereben Biru | Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta | Pedang Kegelapan | Raja Raksasa Menyerang Kembali | Pengembaraan Cahaya
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA Bintang Bergemerlapan | Terakhir ~Sesama~ | Gema | Kemudian ~Tragedi~ | Fajar | War Deity | Bungkus ~Mempesonakan~ | Bunyi | Sentuh ~Teori~ | Ribut Bunga | Jerebu Panas | Tanah Besar ~Dunia Baru~
Advertisement